Saya Sedang Membaca

The Consuming Fire oleh John Scalzi | Pemberontak Filem oleh Nasir Jani | The Prague Cemetry oleh Umberto Eco | Confessions of a Mask oleh Yukio Mishima | In Search of Modernity: A Study of the Concepts of Literature, Authorship and Notions of Self in "Traditional" Malay Literature oleh Hadijah Rahmat |
Showing posts with label Promo. Show all posts
Showing posts with label Promo. Show all posts

Wednesday, October 14, 2020

Pembukaan untuk Mengirim Makalah Pangsura tahun 2022

               


           Jurnal Pangsura Mengalu-alukan Kiriman Makalah Ilmiah

tahun 2021 untuk terbitan tahun 2022
Jemputan untuk Pemakalah dari Malaysia Sahaja

_____

Jurnal Pangsura atau Jurnal Pengkajian dan Penelitian Sastera Asia Tenggara diterbitkan dua kali setahun (Januari-Jun dan Julai-Disember) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Negara Brunei Darussalam. Jurnal pertamanya terbit pada 16 Januari 1996. Penerbitan jurnal ini bertujuan untuk membantu meningkatkan mutu karya sastera, sebagai wadah ilmiah dalam usaha menampilkan kajian-kajian serta pembahasan-pembahasan tentang sastera. Di samping itu, jurnal ini mendukung perkembangan kesusasteraan Melayu khususnya di Negara Brunei Darussalam dan dunia Melayu amnya.

Jurnal Pangsura memuatkan pengkajian dan penelitian sastera hasil para pemakalah negara anggota MASTERA, iaitu Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura, juga dari negara Asia Tenggara lainnya. Melalui jurnal ini, gagasan dan pandangan ahli akademik dan golongan intelektual tentang pengalaman sastera di Asia Tenggara yang saling berhubung kait.

_____

Syarat Penyertaan
Manuskrip mestilah makalah ilmiah. Penulisan makalah ilmiah merujuk karangan ilmiah tentang topik dan permasalahan berdasarkan data yang diperoleh melalui rujukan perpustakaan dan/ataupun kerja lapangan. Penghuraiannya merujuk penulisan yang berlandaskan metodologi keilmuan atau saintifik. Metodologi saintifik ialah pendekatan mengungkapkan fakta dan bukti bagi menyokong kebenaran melalui beberapa langkah seperti perumusan masalah dan pembentukan hipotesis. Bahasa penulisan ilmiah, biasanya memilih kata, istilah, ungkapan dan ayat yang maknanya denotasi, yakni tepat dan jelas. Oleh hal yang demikian, makalah ilmiah haruslah bersifat objektif, jujur dan tepat.

Setiap manuskrip yang dikirim hendaklah memuatkan abstrak dan kata kunci. Manuskrip mesti ditulis dalam bahasa Melayu.

Panjang manuskrip tidak kurang daripada 15 halaman dan tidak lebih 30 halaman, rupa taip Times New Roman, poin 12, langkau baris 1.5 pada sebelah muka surat kertas saiz A4, nota kaki 10 poin. Format manuskrip dalam Microsoft Word *.doc atau *.docx.

Manuskrip yang dihantar mestilah belum pernah diterbitkan serta belum pernah terikat dengan mana-mana pihak untuk diterbitkan. Setiap manuskrip yang dikirim akan dinilai terlebih dahulu sebelum dimaklumkan dalam masa enam (6) bulan.

E-melkan manuskrip berserta NAMA PENUH, NO. KAD PENGENALAN, ALAMAT SURAT-MENYURAT PENUH, NO. AKAUN BANK dan NO. TELEFON kepada Encik Muhammad Fadhli al-Akiti (fadhli@dbp.gov.my).

Monday, December 23, 2019

Pembukaan untuk Mengirim Makalah Pangsura tahun 2021


Jurnal Pangsura Mengalu-alukan Kiriman Makalah Ilmiah
tahun 2020 untuk terbitan tahun 2021
Jemputan untuk Pemakalah dari Malaysia Sahaja

_____

Jurnal Pangsura atau Jurnal Pengkajian dan Penelitian Sastera Asia Tenggara diterbitkan dua kali setahun (Januari-Jun dan Julai-Disember) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Negara Brunei Darussalam. Jurnal pertamanya terbit pada 16 Januari 1996. Penerbitan jurnal ini bertujuan untuk membantu meningkatkan mutu karya sastera, sebagai wadah ilmiah dalam usaha menampilkan kajian-kajian serta pembahasan-pembahasan tentang sastera. Di samping itu, jurnal ini mendukung perkembangan kesusasteraan Melayu khususnya di Negara Brunei Darussalam dan dunia Melayu amnya.

Jurnal Pangsura memuatkan pengkajian dan penelitian sastera hasil para pemakalah negara anggota MASTERA, iaitu Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura, juga dari negara Asia Tenggara lainnya. Melalui jurnal ini, gagasan dan pandangan ahli akademik dan golongan intelektual tentang pengalaman sastera di Asia Tenggara yang saling berhubung kait.

_____

Syarat Penyertaan
Manuskrip mestilah makalah ilmiah. Penulisan makalah ilmiah merujuk karangan ilmiah tentang topik dan permasalahan berdasarkan data yang diperoleh melalui rujukan perpustakaan dan/ataupun kerja lapangan. Penghuraiannya merujuk penulisan yang berlandaskan metodologi keilmuan atau saintifik. Metodologi saintifik ialah pendekatan mengungkapkan fakta dan bukti bagi menyokong kebenaran melalui beberapa langkah seperti perumusan masalah dan pembentukan hipotesis. Bahasa penulisan ilmiah, biasanya memilih kata, istilah, ungkapan dan ayat yang maknanya denotasi, yakni tepat dan jelas. Oleh hal yang demikian, makalah ilmiah haruslah bersifat objektif, jujur dan tepat.

Setiap manuskrip yang dikirim hendaklah memuatkan abstrak dan kata kunci. Manuskrip mesti ditulis dalam bahasa Melayu.

Panjang manuskrip tidak kurang daripada 15 halaman dan tidak lebih 30 halaman, rupa taip Times New Roman, poin 12, langkau baris 1.5 pada sebelah muka surat kertas saiz A4, nota kaki 10 poin. Format manuskrip dalam Microsoft Word *.doc atau *.docx.

Manuskrip yang dihantar mestilah belum pernah diterbitkan serta belum pernah terikat dengan mana-mana pihak untuk diterbitkan. Setiap manuskrip yang dikirim akan dinilai terlebih dahulu sebelum dimaklumkan dalam masa enam (6) bulan.

E-melkan manuskrip berserta NAMA PENUH, NO. KAD PENGENALAN, ALAMAT SURAT-MENYURAT PENUH, NO. AKAUN BANK dan NO. TELEFON kepada Encik Muhammad Fadhli al-Akiti (fadhli@dbp.gov.my).


Thursday, September 11, 2014

Jemput Hadir: Wacana Fikrah Ummah ke-8


Siri Wacana Fikrah Ummah ke-8

“Manusia Beradab ke Arah Modenisasi Alternatif”

YBhg. Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud


18 September 2014 (Khamis) | 9:00 pagi | Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud ialah seorang ahli falsafah, pentadbir pendidikan, aktivis Islam, dan penyair. 

Pada tahun 1988 hingga 2002, beliau merupakan seorang perintis dan bekas Timbalan Pengarah Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (International Institute of Islamic Thought and Civilization, ISTAC). Beliau diundang ke ISTAC oleh Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas untuk membantunya dalam hal ehwal akademik, pelajar, penerbitan, dan perpustakaan di ISTAC sehingga menjadi salah satu pusat pengajian Islam terulung di dunia Islam. 

Kini beliau bertugas sebagai Pengarah Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban (CASIS), Universiti Teknologi Malaysia. Beliau juga pernah diangkat sebagai tokoh Karyawan Bulan Ini dalam Dewan Sastera September 2012. Beberapa buku, monograf dan makalah beliau dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia, Turki, Jepun, Parsi, Rusia, Bosnia, Macedonia, Tamil, Mandarin, dan Arab.

Thursday, September 19, 2013

Bengkel Penulisan Fiksyen Sains dan Teknologi 2013

Rasa nak menangis apabila mendapat tahu UTM-Kumpulan Utusan kembali dengan Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi! Yey!

Faisal dan Ruhayu, jangan gatal masuk, nanti korang menang lagi. Ha ha ha.



Bengkel tidak ada had umur dan masuk percuma (siap ada makan-makan nanti). Jadi, sesiapa nak ilmu tentang fiksyen sains pun boleh ikut serta. Mesti Utusan siap bawak novel-novel pemenang terdahulu. Beli.

Dalam senarai penceramah, eloklah kalian bertemu dengan Prof. Dr. Ahmad Zaki Abu Bakar, penulis novel fiksyen sains Dendam Siber dan Wira Persona Avatar(?), beliau amat mengenali teori dan pengukuhan alam fiksyen sains. Dr. Saleeh Rahamad pun boleh tahan dengan falsafah fiksyen sainsnya yang tersendiri. Dr. Lim Swee Tin pula sudah lama bergerak sebagai juri sayembara ini jadi elok bertemu dan dapatkan tips daripada beliau. Dr. Hashim Ismail pula orang kuat dalam kajian sastera yang sangat mendalami ilmu novel dan pengnovelan.

Saya dimaklumkan bahawa bengkel ini akan bergerak, berjerayawara ke beberapa tempat, seperti dahulu, Kelantan, Pulau Pinang/Kedah, Johor, Sabah dan Sarawak. Hubungi pihak penganjur (seperti nombor yang tertera). Jadi usah risau ya!

Kepada yang susah nak berfaks, terus emelkan maklumat peribadi anda (seperti yang diminta dalam borang penyertaan) dalam e-mel beralamat kepada yosman[@]utm.my dan sitisahrina[@]utm.my.

Tuesday, April 23, 2013

Wednesday, January 2, 2013

Dah Tiba Masa Kita Iktiraf Karya ...

... penulis setelah puas menikmatinya.

Ada cakap-cakap antara kawan bahawa kami mau menggerakkan satu anugerah, mungkin dipanggil Anugerah Pilihan Majlis Pembaca (The Reader Circles' Choice Award) buat novel-novel bahasa Melayu (bahasa kebangsaan kita, ya) yang diterbitkan pada tahun 2013.

Kerja ni kerja suka-suka, tapi rasanya bukan kerja main-main.

Novel kita perlukan pengiktirafan bukan sekadar kebangsaan dan popular kedai buku, tetapi jamahan dan pilihan (kritikal) para pembacanya.

Sudah tiba masanya karya-karya kita diiktiraf dengan tempat yang sepatutnya kerana memberi kita, para pembaca, sesuatu, baik sebuah karya sastera, kemudian pelbagai fiksyen spekulatif (yang baik), dengan deretan hasil terbitan karya indie (yang sepatutnya baik) dan perseorangan.

Kerja ni masih dalam rancangan, tetapi semangat itu dah ada. Saya mula mahu mencari novel-novel terbitan tahun ini, sama ada penulisnya berpengalaman ataupun baru berkecimpung berprosa.

OK, saya nak mula baca novel mana ya?

Monday, December 31, 2012

Projek Fiksyen Sains Toq Rimau!

BERITA BAIK BUAT PENULIS FIKSYEN SAINS:

Mau menulis fiksyen sains? Saya sudah masuk, jadi sila, jom dan bersama-samalah!


PROJEK BUKU SAINS FIKSYEN



Tajuk (cadangan awal) PISTOL LASER / SENJATA RINGAN / MESIN MASA PAK LONG / ROBOT PERTAMA YANG MENANGIS

Tema
Naratif fiksyen sains dengan penutup cerita di luar jangkaan pembaca.

contoh konsep cerita:
  • Pemuda Merentas Masa Menyelamatkan Balai Polis Bukit Kepong
  • Firdaus Berkahwin Dengan Makhluk Zuhal
  • Robot Singapura Vs Zombies Ulu Tiram
  • Virus Dalam Telefon Bimbit Pandai Main Twitter
  • Zanji Sebuah Mangkuk Terbang
 (hanya menyebut beberapa)


Sasaran Bilangan penulis terlibat
20


Penerbit 
Sindiket Sol-jah (Penerbit buku-buku mandiri bermutu tinggi)



BERMINAT JADI PENULIS? HANTAR CADANGAN CERITA
Jika anda berminat dengan projek ini, tulis satu cadangan cerpen fiksyen sains dan hantar ke tokrimau(at)gmail(dot)com. 

FORMAT CADANGAN CERPEN. (Jawab 5 soalan ini)
  1. Beri latar belakang watak utama.
  2. Dengan apa atau siapa watak utama berkonflik?
  3. Bagaimanakah watak utama menyelesaikan konfliknya?
  4. Apakah pintalan cerita (plot twist) di hujung cerita? 
  5. Apakah tema cerpen anda?


Letak tajuk emel CADANGAN CERITA FIKSYEN SAINS. Tunjuk kebolehan mengawal nahu, tanda baca, ejaan dan naratif. Tiada had berapa banya cerita nak hantar.

Saya hubungi jika saya suka. Tolong jangan belasah saya jika saya tak hubungi.

TIADA DEADLINE lagi, cukup 20 orang terpilih, baru kita rancang deadline. ...



JIKA TERPILIH:
Tugas Penulis
1. Bayar RM200 kepada penerbit. Penerbit akan gunakan duit ni untuk urusan penerbitan. Pulangan kepada penulis rujuk perkara 4.
2. Tulis cerita 8 muka surat (A4, Times New Roman saiz 12, double spacing, format .doc)
3. Bertanggung jawab terhadap nahu dan ejaan tulisannya. Dapatkan seseorang untuk menyunting tulisan itu.
4. Hantar tulisan ke tokrimau(at)gmail(dot)com .
5. Penulis mendapat 30 naskah buku yang boleh dijual dengan harga RM20/naskah. Kalau terjual semua, RM600. Kaya!
6. Jika penulis mahu jual lagi, penulis boleh bincang dengan Sol-jah untuk dapatkan harga borong.



Tugas Penerbit
1. Mengenal pasti penulis berwibawa.
2. Mengumpulkan modal lebih kurang RM2000 untuk memula projek.
3. Mencari sumber kewangan lain menampung kos pengurusan.
4. Mengumpulkan tulisan lebih kurang 200 muka surat.
5. Membuat susun atur buku profesional.
6. Membuat rekabentuk kulit buku profesional.
7. Hantar buku untuk dicetak buku.
8. Penerbit TIDAK membuat proses suntingan/editorial secara terperinci. Penulis kena usahakan sendiri.


rujuk maklumat di gangguan.blogspot.com

Sunday, July 29, 2012

Cloud Fable Yang Menarik

Sebuah portal dalam web yang menarik sedang di udara dalam alam maya sekarang, dan namanya Cloud Fable, suatu persimpangan tempat pertemuan penulisan yang pelbagai dan boleh dikatakan, intelektual dengan reka letak dan bentuk memikat. Tulisan saya berkenaan nostalgia, khusus pada filem termuat di dalamnya. Boleh dibaca di sini.

Friday, May 11, 2012

Roslan Jomel Membaca KO KB KU KL

Dalam dunia sastera, Roslan Jomel ni kira besar (wops, maaf Ridhwan Saidi) dan merupakan antara penulis mapan yang mula menampakkan jalur sinarnya (untuk banyak memenangi lebih banyak anugerah), khusus selepas kumpulan cerpennya Namaku Epal Kuning yang banyak diperkatakan dalam kalangan pembaca sastera.

OK, saya tak bohong, apabila saya bertandang ke rumah Pak Shahnon Ahmad, saya bertanya kepadanya, siapa penulis muda (golongan seperti SM Zakir, Nisah Haron, Mawar Shafie sudah masuk ke fasa matang dan mapan) yang beliau anggap "hebat" dan mampu mengangkat suara segar dalam sastera kebangsaan, beliau lantas namakan dua nama sahaja dengan wajah tanpa terujanya, tanpa tersenyum, nyali, seakan-akan soalan itu bukan soalan yang "memecah otak":

"Faisal Tehrani, Roslan Jomel."

"Yang lain-lain takde, Pak Shahnon?"

"Takde."

Jadi, ianya satu perasaan rendah diri apabila beliau, Roslan Jomel, berkata berkenaan novelet saya, KO KB KU KL yang jauh lebih rendah tarafnya (baca: pulpa/picisan) jika hendak dibandingkan dengan tulisan beliau  seperti yang berikut:

"apabila saya membaca baris permulaan novel pendek KO KB KL KU karya Fadli Al-Akiti, saya membayangkan sesuatu penceritaan yang tajam. baris permulaan novel pendek itu mengingatkan saya kepada permulaan novel The Outsider karangan Albert Camus. watak seorang khunsa sangat jarang diterokai. apakah ia kawasan taboo dalam etika penulisan karya sastera tempatan? Fadli sangat bijak memilih dimensi sebegini untuk dituliskan dalam karya fiksyen. suatu pilihan yang agak risky tetapi eksentrik. elemen-elemen sebegini sudah lama dibiarkan tanpa dihidupkan dalam karya sastera. namun bagaimana hendak memindahkan pergelutan batin watak khunsa dengan cemerlang dalam karya fiksyen? sudah tentu bukan sahaja menagih ketepatan gambaran emosi malah jauh daripada itu kerja keras pengarang untuk memperinci surut-naiknya fikiran watak tersebut. dan ia bukan tugasan mudah."


Sunday, April 8, 2012

Ulasan KO KB KU KL

Alhamdulillah:

"Fadli al-Akiti membawa pandangan aku tentang Kota Bharu yang sedikit berbeza selepas membaca (KO KB KU KL). Selepas ini kalau ke KB, aku mahu perhatikan keindahan yang dinyatakan."
-Zara

Boleh baca di: http://shafaza-zara.blogspot.com/2012/04/ulasan-ko-kb-ku-kl-fadli-al-akiti.html

"Novelet ini memberikan imbasan sepintas lalu terhadap persoalan agama dan permasalahan sosial dari kaca mata sastera tanpa terburu-buru menjatuhkan hukuman."
-Sastera, Berita Harian

Monday, March 19, 2012

Novelet Fiksyen Pulpa Saya



Kuala Lumpur. Kota Bharu.
Dua kota berbeza tetapi kedua-duanya hidup, siang dan malam.
Masuk Mod dan Luwi.
Dua insan terdampar di Kota Bharu, menghirup udaranya. Seorang lari dan seorang menunggu, berani. Seorang mencari erti cinta jati dan diri. Seorang bertemu cinta sejati, mungkin.


Kuala Lumpur. Kota Bharu.
Destinasi terbuka membawa peluang dan debaran.


1. Ini novel "cinta" saya yang pertama.

2. Inilah novel paling susah yang pernah saya tulis. Saya tidak gemar menulis novel cinta. Awek (dan sekarang bini) saya memujuk. Waktu itu saya bekerja di Kota Bharu. Komputer laptop saya baru hilang. Saya sudah putus asa menulis. Awek saya pujuk saya menulis. Saya menulis novelet ini kerananya. Saya menulis semula selepas itu. Novelet ini paling lama ditulis, paling mengambil masa untuk ditulis. Dekat dua tahun baru habis.

3. Saya tabik spring kepada semua penulis novel cinta, kerana sebenarnya, amat susah untuk menulis novel cinta.

4. Sewaktu saya di Kota Bharu, saya banyak berjalan kaki, ke tengah bandar, ke Ceramah Pagi Tok Guru, ke pasar lama, ke masjid, ke Benteng. Pada satu malam, bas saya melalui jalan pada Hari Keputeraan Raja Kelantan. Gerbang-gerbang yang indah, pokok-pokok berbuah lampu pelbagai warna. Semua ini saya titipkan dalam novel ini.

5. Kota Bharu masih misteri buat saya, dan tetap suci. Walaupun KL "lumpur" tetapi saya sayang kepadanya.

6. Watak (yang mungkin kontroversi) dalam novelet ini mungkin Luwi. Luwi, bagi saya, benar-benar wujud. Saya suka solat Jumaat di Masjid Langgar (dekat dengan Makam Di-Raja). Di situ, ada seorang budak lelaki, tinggi dan kurus, putih, membalut diri dengan kesemuanya putih, keluar dari sebuah rumah banglo kayu berdekatan masjid, lalu berjalan longlai ke masjid, menyusup seperti kancil kalangan jemaah dan saf. Budak ini lembut, seakan androgynus, cantik seperti wanita dan tidak seperti lelaki yang lelaki. Dia solat, hilang, tersembunyi. Dia kembali ke rumah banglo itu, yang kini, saya lihat, ada lima hingga enam budak yang "menyerupainya" walaupun mungkin tidak "secantik"nya, semua berkerumun. Imej itu masih saya ingati dan ianya indah. Ia lagi indah kerana ia duduk berdiri dan tinggal di bumi Kota Bharu dan Kelantan, di sebelah masjid, sembahyang Jumaat sebagai menunaikan kewajipan. Inilah sisi-sisi Kota Bharu yang kita tak dengar. Inilah sisi-sisi Kota Bharu yang hidup tetapi terpinggir tetapi tetap berdiri dan bergerak bersama jaringan darah kotanya, tanahnya.

Ini yang membuat Kota Bharu saya hidup.

Cara pembelian:
1. Masukkan RM25 (termasuk kos pos laju) ke Akaun Maybank 114141154301 (Azalan Hussain).

2. E-mel resit deposit berserta nama penuh dan alamat ke studioanaianai[@]gmail[.]com dengan tajuk e-mel "Nak Beli Buku, Bai" Hubungi pihak Studio Anai-Anai atau Sol-Jah kalau nak maklumat lebih.

Wednesday, February 15, 2012

Tunas Cipta Februari 2012



Ehem, ya, saya ada menulis di dalam TC Februari berkenaan media sosial. Ada tentang Fixi, Geng Kaki Tulis, Karmawizra, Sastera Melayu, Sindiket Sol-Jah, Pipiyapong, MPR & Rakan, PenulisMalaysia, Penulisan2u, BACA@LRT dan beberapa penulis. Sila-silalah rujuk.

Tuesday, June 21, 2011

Perhimpunan dan Konvensyen Penulis Sempena Hari Ilmu Negeri Selangor 2011


JOM!

Dengarnya, pelbagai penerbit buku indi pun ada!

ATURCARA (TENTATIF) MAJLIS PERASMIAN

HARI ILMU & PESTA BUKU NEGERI SELANGOR 2011

26 Jun 2011 (Ahad)

MASA

PROGRAM

7.00 – 9.00 pagi:

Pendaftaran para penulis

9.00 – 10.00 pagi:

Perhimpunan Penulis

(Sambil menulis esei bagi Buku Mega Perdana “Selangor Negeri Idaman, Maju, Sejahtera & Berkebajikan”)

9.30 pagi:

Ketibaan dif-dif jemputan

10.00 pagi:

Ketibaan Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor & Isteri

:

Bacaan Doa

:

Ucapan Aluan oleh:

Pn. Mastura Hj Muhamad

Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)

:

Ucapan oleh:

Y.B. Puan Dr. Hajah Halimah Ali

Pengerusi Jawatankuasa Tetap

Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah PPAS

10.45 – 11.00 pagi:

15 Minutes Reading Break

11.00 pagi:

Ucapan Perasmian oleh:

Y.A.B. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim

Dato’ Menteri Besar Selangor

:

Upacara Perasmian

Hari Ilmu & Gerakan Membaca Perdana Negeri Selangor / Pesta Buku Negeri Selangor 2011

:

Penyampaian Anugerah Penulis Selangor

:

Pelancaran Buku

:

Jamuan

ATURCARA TENTATIF KONVENSYEN PENULIS

MASA

PROGRAM

12.00 tengahari

Y.A.B. Dato’ Menteri Besar, Exco-Exco dan Peserta Konvensyen Penulis mengambil tempat di Dewan Plenary Tingkat 1, SACC.

Konvensyen Bermula

Pembuka Bicara:

“Merakyatkan Ilmu : Peranan Penulis dan Tanggungjawab Kerajaan” oleh:

Tuan Che Shamsudin Othman, Presiden Persatuan Paksi Rakyat

SESI DIALOG 1

Ahli Panel Sesi Dialog:

1. Y.A.B Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim, Dato’ Menteri Besar Selangor

2. Y.B. Puan Dr. Hajah Halimah Ali, EXCO Negeri Selangor

3. Tuan Che Shamsudin Othman, Presiden Persatuan Paksi Rakyat

Moderator : Tuan Sayed Munawar Al-Jamalullail

Rehat

2.00 petang

SESI DIALOG 2

Ulasan Tajuk “Merakyatkan Ilmu : Peranan Penulis dan Tanggungjawab Kerajaan”

Ahli Panel:

1. Y.B. Puan Dr. Hajah Halimah Ali, Exco Kerajaan Negeri Selangor

2. SN Datuk A. Samad Said

3. SN Dato’ Dr. Anwar Ridhwan

4. Penerima Anugerah Penulis Selangor

Moderator : Tuan Haji Ishak Hamzah

Ucapan Penutup oleh:

Y.B. Puan Dr. Hajah Halimah Ali

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan

5.00 petang

Konvensyen tamat

Nota: Atur cara di atas adalah tertakluk kepada sebarang perubahan.




Monday, June 20, 2011

Republik Kutu: Sudah Keluar



Untuk makluman penjualan (kerana ini buku "merdeka"), sila ke facebook: Republik Kutu.