Saya Sedang Membaca

The Consuming Fire oleh John Scalzi | Pemberontak Filem oleh Nasir Jani | The Prague Cemetry oleh Umberto Eco | Confessions of a Mask oleh Yukio Mishima | In Search of Modernity: A Study of the Concepts of Literature, Authorship and Notions of Self in "Traditional" Malay Literature oleh Hadijah Rahmat |

Wednesday, October 14, 2020

Pembukaan untuk Mengirim Makalah Pangsura tahun 2022

               


           Jurnal Pangsura Mengalu-alukan Kiriman Makalah Ilmiah

tahun 2021 untuk terbitan tahun 2022
Jemputan untuk Pemakalah dari Malaysia Sahaja

_____

Jurnal Pangsura atau Jurnal Pengkajian dan Penelitian Sastera Asia Tenggara diterbitkan dua kali setahun (Januari-Jun dan Julai-Disember) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Negara Brunei Darussalam. Jurnal pertamanya terbit pada 16 Januari 1996. Penerbitan jurnal ini bertujuan untuk membantu meningkatkan mutu karya sastera, sebagai wadah ilmiah dalam usaha menampilkan kajian-kajian serta pembahasan-pembahasan tentang sastera. Di samping itu, jurnal ini mendukung perkembangan kesusasteraan Melayu khususnya di Negara Brunei Darussalam dan dunia Melayu amnya.

Jurnal Pangsura memuatkan pengkajian dan penelitian sastera hasil para pemakalah negara anggota MASTERA, iaitu Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura, juga dari negara Asia Tenggara lainnya. Melalui jurnal ini, gagasan dan pandangan ahli akademik dan golongan intelektual tentang pengalaman sastera di Asia Tenggara yang saling berhubung kait.

_____

Syarat Penyertaan
Manuskrip mestilah makalah ilmiah. Penulisan makalah ilmiah merujuk karangan ilmiah tentang topik dan permasalahan berdasarkan data yang diperoleh melalui rujukan perpustakaan dan/ataupun kerja lapangan. Penghuraiannya merujuk penulisan yang berlandaskan metodologi keilmuan atau saintifik. Metodologi saintifik ialah pendekatan mengungkapkan fakta dan bukti bagi menyokong kebenaran melalui beberapa langkah seperti perumusan masalah dan pembentukan hipotesis. Bahasa penulisan ilmiah, biasanya memilih kata, istilah, ungkapan dan ayat yang maknanya denotasi, yakni tepat dan jelas. Oleh hal yang demikian, makalah ilmiah haruslah bersifat objektif, jujur dan tepat.

Setiap manuskrip yang dikirim hendaklah memuatkan abstrak dan kata kunci. Manuskrip mesti ditulis dalam bahasa Melayu.

Panjang manuskrip tidak kurang daripada 15 halaman dan tidak lebih 30 halaman, rupa taip Times New Roman, poin 12, langkau baris 1.5 pada sebelah muka surat kertas saiz A4, nota kaki 10 poin. Format manuskrip dalam Microsoft Word *.doc atau *.docx.

Manuskrip yang dihantar mestilah belum pernah diterbitkan serta belum pernah terikat dengan mana-mana pihak untuk diterbitkan. Setiap manuskrip yang dikirim akan dinilai terlebih dahulu sebelum dimaklumkan dalam masa enam (6) bulan.

E-melkan manuskrip berserta NAMA PENUH, NO. KAD PENGENALAN, ALAMAT SURAT-MENYURAT PENUH, NO. AKAUN BANK dan NO. TELEFON kepada Encik Muhammad Fadhli al-Akiti (fadhli@dbp.gov.my).

No comments: