Saya Sedang Membaca

Kronikel Etanol oleh Hafizul Osman |Tunggul-tunggul Gerigis oleh Shahnon Ahmad | Atlantis: The Lost Continent Finally Found oleh Prof. Arysio Santos | The Mind of The Malay Author oleh Muhammad Haji Salleh | Joseph Anton: A Memoir oleh Salman Rushdie

Thursday, December 29, 2011

Sebongkah Batu Di Kuala Berang


Tajuk: Sebongkah Batu Di Kuala Berang
Oleh: Faisal Tehrani
Terbitan: PTS
Tahun: 2011

Sinopsis:
Akedemi Seni Islam mahu membikin dokumentari drama kedatangan Islam di Tanah Melayu. Pendebatan cerdik pandai pun bermula, berlumba-lumba memenangkan mazhab, kumpulan dan pemikiran yang mana dahulu meletakkan kalimah atas lidah bangsa Melayu. Selain itu, seorang pelakon wanita muda Sharifah Ezzati yang terkongkong dalam dunia keduniaan artisnya, dibawa masuk untuk berlakon di dalam projek sulung akademi itu, membuatnya mendepani realiti Islam dan keajaiban yang mula menggoncang jiwanya.

Rasa:
Saya membeli novel ini kerana mendapat berita pengharaman novel ini oleh JAKIM (kedengaran keputusan sudah menarik balik). Mungkin inilah tujuan saya menulis ulasan ini pun, mencari jika isi kandungan tulisan Faisal kali ini benar-benar kontroversi melanggar aqidah.

Buat saya tidak. Apa yang dibawa oleh Faisal hanyalah memaklumkan pengikut "Jafari" berkemungkinan menjadi peneraju pembawa Islam pertama ke tanah Jawi. Hal ini adalah polemik lama yang sudah bertahun-tahun diperdebatkan dalam kalangan cendiakawan sejarah, mengagak jika Sunni atau Syiah yang memperkenalkan agama suci ini di sini. Buat seorang seperti saya yang mengikuti perbincangan ini, hal ini tidak ada apa yang perlu ditakuti (atau tiba-tiba menganut agama sesat, yang mana menjadi paranoid masyarakat kita sekarang yang sangat menakutkan), malah Faisal menghidangkan hal ini dengan cara isi-isi itu dipersembahkan oleh beberapa watak tokoh pemikir (ini yang licik), maka idea-idea ini bukan datang daripada kepalanya(!) tetapi kepala tokoh-tokoh ini, termasuk pemetikan(citation) beberapa tulisan ilmiah berkenaan perkara ini.

Malah sebenarnya (walaupun secara halus, Faisal memenangkan gagasan Jafari tersebut dengan hujah-hujah tokoh wataknya di beberapa perenggan yang strategik) Faisal menggambarkan "perbincangan" perbezaan pendapat "siapa datang dahulu" ini berlaku daripada projek filem yang dilakukan oleh sekumpulan anak muda amatur. Ini menarik. Faisal secara prasedar memohon perbicaraan dan fakta ini didekonstruksi, melalui metafora pembikinan filem dokumentari ini (apabila kita membikin filem, kita melalui satu pengalaman baharu). Maka hal ini "dirakam dan siar" dan bukan semena-mena retorik penulis. Faisal sebenarnya mencari "gaya baharu" dalam memperkenalkan Persuratan Baharu yang diikutinya. Ini adalah antaranya, dan pemilihannya menarik.

Malah apa yang saya fikir mencuit, adalah percubaan Faisal memperkenalkan "praktikal" filem Islam (yang boleh berlaku) dan hal ini digambarkan di sini (saya kira, ini kali pertama difiksyenkan oleh seorang penulis tempatan), malah buat saya berjaya mengalahkan perangkap Juktaposisi Hizairi Othman yang menggunakan istilah-istilah Inggeris (masih!) dalam memperkenalkan jalan hidup "baharu" pembikin muda. Revolusi Faisal ini lebih saya hormati kerana menggunapakai habis-habisan isitulah Melayu dan ia langsung tidak kelihatan canggung! "Aksi" dan "potong" kelihatan hidup dan praktikal dan seharusnya suatu anjakan yang menarik dan diperhatikan oleh pembikin filem kini yang masih terbiasa dengan istilah-istilah Inggeris (ini adlaah satu cara mengacuankan sesebuah filem kita kepada kerangka milik kita).

Dari segi watak, Faisal masih mencuba, tetapi kali ini agak menarik dengan seorang dua watak yang kelihatan "berkembang", khusus Sharifah Ezzati (sindiran Faisal terhadap Syarifah Armani) dan Dr. Hayati. Yang lain-lain masih pepatung-pepatung berbicara sebagai penyampai "ilmu" Faisal. Tetapi saya agak kesal dengan pengakhiran novel ini. Sebenarnya, bab terakhir novel ini adalah "overture" novel ini yang membuatkan watak-watak "jahil" membuka jiwa mereka untuk memahami "hidayah indah" Islam. Tetapi hal ini tidak berlaku (sebaik yang saya jumpai dalam Muhammad Akhir) dan saya merasakan perubahan jiwa dua pelakon moden itu agak "sintetik". Inilah kelemahannya.

Satu hal lagi, saya dimaklumkan, teks Faisal berkenaan transkrip di bongkah batu Kuala Berang itu sudah tidak digunakan lagi (maka kebanyakan hujahnya sudah agak ketinggalan) oleh kalangan akademik dan arkeologi. Petikan "Rasul Allah dengan arwah santabi" sudah ketinggalan kerana transkrip yang lebih dipakai dan dipersetujui iaitu "Rasul Allah dengan yang orang sanabi" (bermakna Utusan Allah dengan umat Nabi Muhammad) yang mana diperbincangkan di seminar batu bersurat di Terengganu pada 2009.

Secara peribadi, atas kerana saya punya keturunan kerabat Acheh, saya agak tersinggung dengan pendedahan tokoh watak Faisal berkenaan Syeikh Nururddin ar-Raniri di bawah pemerintahan Sultan Iskandar Muda "yang despotik" dan "menyesatkan" (hlm. 57) yang mana adik saya yang belajar Pondok ada memaklumkan saya bukti bahawa Nuruddin tidak mencela Hamzah Fansuri. Tetapi sekali lagi, hal ini adalah polemik-polemik yang menarik untuk diperkatakan.

Novel ini turut mengancam golongan Wahabi. Saya mengandaikan, kemungkinan ini juga adalah antara alasan novel ini cuba diharamkan.

Secara keseluruhan, sekurang-kurangnya, Faisal cuba memberi semangat dan nafas segar dalam fiksyen menyelami kembali sejarah yang selalu dianggar bosan oleh khalayak kita, membawa kontroversi dan persoalan, dan inilah sepatutnya, bukan sahaja karya didaktisme berhala suapan.

24 comments:

Anonymous said...

"Apa yang dibawa oleh Faisal hanyalah memaklumkan pengikut "Jafari" berkemungkinan menjadi peneraju pembawa Islam pertama ke tanah Jawi. "

Ada kewajaran novel ini disekat daripada beredar di kalangan masyarakat. Sesiapa yg pernah mengikuti blog FT sebelum ini akan memahami mengapa FT bersungguh membangkitkan isu bhw Jaafari pembawa Islam ke tanah melayu.

Penerimaan sejarah versi FT ini akan mewajarkan dakwaan FT dan kelompok Syiah melayu jadi-jadian bhwsanya mereka adalah Syiah dari asal azali. Yg demikian itu akan melepaskan mereka daripada sbrg tdkn undang2 sekiranya didapati menyebarkan fhmn Syiah di kalangan msy muslim di sini. Kegiatan dakyah mereka akan lebih mudah dan lancar sekiranya mdpt pengiktirafan tersebut.

"Buat seorang seperti saya yang mengikuti perbincangan ini, hal ini tidak ada apa yang perlu ditakuti (atau tiba-tiba menganut agama sesat, yang mana menjadi paranoid masyarakat kita sekarang yang sangat menakutkan), "

FT membaurkan persepsi sendiri terhadap tasawwuf yg kononnya turut berunsur sinkretisme, hindu dsb. Tdkkah Tn berasa itu satu penghinaan terhadap ASWJ? Tanyalah Syikh Al-Akiti, benarkah Tasawwuf berunsur sinkretisme spt dakwaan FT?

Ulasan di pautan di bwh harap dpt mencerahkan:

http://suarajagat.wordpress.com/2011/12/21/unsur-syiah-dalam-novel-sebongkah-batu-di-kuala-berang-bahagian-2/

Anonymous said...

"Apa yang dibawa oleh Faisal hanyalah memaklumkan pengikut "Jafari" berkemungkinan menjadi peneraju pembawa Islam pertama ke tanah Jawi. "

Ada kewajaran novel ini disekat daripada beredar di kalangan masyarakat. Sesiapa yg pernah mengikuti blog FT sebelum ini akan memahami mengapa FT bersungguh membangkitkan isu bhw Jaafari pembawa Islam ke tanah melayu.

Penerimaan sejarah versi FT ini akan mewajarkan dakwaan FT dan kelompok Syiah melayu jadi-jadian bhwsanya mereka adalah Syiah dari asal azali. Yg demikian itu akan melepaskan mereka daripada sbrg tdkn undang2 sekiranya didapati menyebarkan fhmn Syiah di kalangan msy muslim di sini. Kegiatan dakyah mereka akan lebih mudah dan lancar sekiranya mdpt pengiktirafan tersebut.

"Buat seorang seperti saya yang mengikuti perbincangan ini, hal ini tidak ada apa yang perlu ditakuti (atau tiba-tiba menganut agama sesat, yang mana menjadi paranoid masyarakat kita sekarang yang sangat menakutkan), "

FT membaurkan persepsi sendiri terhadap tasawwuf yg kononnya turut berunsur sinkretisme, hindu dsb. Tdkkah Tn berasa itu satu penghinaan terhadap ASWJ? Tanyalah Syikh Al-Akiti, benarkah Tasawwuf berunsur sinkretisme spt dakwaan FT?

Ulasan di pautan di bwh harap dpt mencerahkan:

http://suarajagat.wordpress.com/2011/12/21/unsur-syiah-dalam-novel-sebongkah-batu-di-kuala-berang-bahagian-2/

fadli akiti said...

saudara anon (mengapa org takut hendak menunjukkan diri apabila ingin membawa pembukaan debat? Saya tak makan orang, jauh daripada nak hantar hantu kepada nama tu, nauzubillah! WAHAI anon, tunjukkanlah diri, tak suka tau buat perangai berpurdah-purdah ni!)

pertamanya, ingin saya nyatakan, saya dah lama baca penulisan baik suarajagat itu dan saya mengaku, bagus hujah-hujahnya.

tapi ingin saya nyatakan saya tidak pula termakan dgn "dakyah" FT, jika itulah yang tuan ingin katakan di sini. Ya, saya mengaku, ada kalangan pembaca apabila membaca, jadi terpengaruh, khusus kerana tidak mendapat bimbingan betul sedari kecil atau tidak mendapat bimbingan mursyid atau syeikh atau ustaz yang telus ASWJ (atau pendek kata, pembaca pasif/bodoh). Hal inilah, secara peribadinya saya, katakan, saya tidak tergugah, insya-Allah, walaupun mafhum dengan "strategi" FT. Khusus saya melihat "gambaran luas" novel ini, iaitu mengembalikan pengintepretasian sejarah, tema tipikal FT yg bermula sedari Surat Perempuan Johor lagi.

Buat saya, jika dibandingkan karya "nipis" FT ini dengan "tebal" Imam Abdullah Hussain, saya lebih menjurus mengharamkan novel Imam itu kerana kesan-kesan yg bagi saya LEBIH LICIK daripada yg dibuat FT ini.

Ini adalah kerana "cara pemikiran" itu disampaikan.. JIka saudara sudah membaca karya FT ini habis, dengan INTELEK, saudara akan sedar kebanyakan "falsafah" yang bergerak di awan dan langit dunianya hanya berkisar daripada "buah mulut" orang2 yg diwawancara. Tidak ada pertunjukan hal itu "dipraktikkan", malah ditentukan BETUL/SAH, hanya hujah-hujah (dan suarajagat sudahpun patahkan hujah2 FT itu berkenaan beberapa hal, dan saya sendiri patahkan hujah tulisan FT berkenaan inskripsi itu kerana "ketinggalan zaman"nya - hal ini saya rujuk sendiri dgn pakar arkeologi).. malah HUJAH dalam kisah ini "tidak berakhir" dan sebenarnya perlu diteruskan oleh "KITA", sang pembaca (saudara tentunya), sudah tentu saya, dan suarajagat mengambil kata ASWJ.. begitulah..

Dalam IMAM Abdullah Hussain itu, hujah dan falsafah "kaum muda" pembawaan Imam Mihad itu bukan saja dinyatakan, dihujahkan, tetapi DIPRAKTIK, dihumanisasi dan diberi simpati, satu "tool" yang lebih menakutkan, lebih iicik dan lebih mengganggu kerana sehingga kini, tidak ada sesiapa, termasuk saudara sendiri mungkin, yg tampak betapa hebatnya Abdullah Hussain memasukkan ilmu2 "kaum muda"nya dgn halus sehingga mengiyakan pembaca (dan secara ironi, ada Imam2 Mihad yg kita boleh ketemu sekarang, berleluasa dalam pendakwahan, sehebat watak Imam Mihad pun dan tidak disedari oleh kita para ASWJ!)

Justeru, usahlah saudara risau, insya-Allah jiwa dan iman saya tetap buat Mazhab Syafii beraqidah Asyaari, malah ada tariqat sufinya (saya malas mahu nyatakan di sini kerana inilah yg kumpulan luar sana bantai sgt org tariqat, dan inilah saya lihat, walaupun mungkin saya dan FT tak serupa, sekurang2nya FT selalu menyokong kegiatan tariqat dlm tulisannya, walaupun tariqat tasawuf berlandas ASWJ, hal yg amat2 tidak disukai kaum muda).

Jadi usahlah saudara risau ya.. seperti adik sayalah yg dok pondok tu, dia nampak "isi2 syiah" dlm Tuhan Manusia tapi taklah sampai dia MELONCAT dan suruh HARAM novelnya, malah sengaja menyakiti saya dgn menyatakan, "Hah, novel macam nilah baru ana baca, buat orang berfikir dan mahu berbincangkan sesuatu!" (saudara akan faham ini kerana karya saya banyaknya bercerita, bukan berhujah, ini tempelek adik saya kerana menyamakan kisah cerita dgn "asyik masyhuk").

wallahu alam..

Anonymous said...

“saudara anon (mengapa org takut hendak menunjukkan diri apabila ingin membawa pembukaan debat? Saya tak makan orang, jauh daripada nak hantar hantu kepada nama tu, nauzubillah! WAHAI anon, tunjukkanlah diri, tak suka tau buat perangai berpurdah-purdah ni!)”

Pertama sekali, saya tak ada akaun google dan bukan blogger mcm sdr. Yg lebih senang guna anon la. Lagipun saya bukan org penting dan mmg kita bukan saling kenal pun. Yg lebih penting tujuan saya menulis. Apabila sdr menanggapnya sbg pembukaan debat, agak terkejut juga saya. Apa yg menyebabkan sdr begitu meloncat dalam ayat-ayat seterusnya seolah sdr yg yg dihujat? Pdhal dlm komen saya terdahulu, saya bercakap ttg FT dan tulisannya secara khusus sekitar novel SBKB. Saya tak bercakap ttg sdr pun. Baiklah, ini baru kira debat, tp lebih baik kalau anggap sekadar berdiskusi.


”Ya, saya mengaku, ada kalangan pembaca apabila membaca, jadi terpengaruh, khusus kerana tidak mendapat bimbingan betul sedari kecil atau tidak mendapat bimbingan mursyid atau syeikh atau ustaz yang telus ASWJ (atau pendek kata, pembaca pasif/bodoh). Hal inilah, secara peribadinya saya, katakan, saya tidak tergugah, insya-Allah, walaupun mafhum dengan "strategi" FT.”

Kalau begitu, bermakna sdr juga mengakui selain sdr yg bijaksana, ada pihak yang tidak sebijaksana sdr . Dengan kata lain ada pihak yang akan termakan dengan umpan-umpan yg sebenarnya “strategi FT”. Ada pihak yg akan tertawan dgn indah bahasa citera sasterawan. Lalu siapakah yang bertanggungjawab menangani perkara ini? Benar kita yakin yg haq akan menghapus yg batil, tetapi tidak cukup dengan keyakinan sahaja, tindakan dan perbuatan perlu seiring dengan keyakinan. Yang haq tidak mampu melupuskan yang bathil dengan sendiri jika muslim hanya berdiam diri. Setiap pihak ada peranan masing-masing. Pihak berkuasa dengan cara mereka, ilmuwan dan karyawan dengan cara mereka dan semua yang lain dgn kadar keupayaan masing-masing. “Barangsiapa dari kamu melihat kemungkaran, maka cegahlah dgn tangan (kuasa), jika tidak mampu cegahlah dgn kata2, jika tidak mampu (juga) maka cegahlah dgn hati, dan itulah selemah lemah iman”~ hadis.

“Khusus saya melihat "gambaran luas" novel ini, iaitu mengembalikan pengintepretasian sejarah, tema tipikal FT yg bermula sedari Surat Perempuan Johor lagi”.

Inilah yg dikatakan ‘strategi’. Apa motif di sebalik suguhan yg konsisten ini? Untuk siapa perjuangan ini? Implikasi yang besar jika sejarah Islam di Nusantara versi Syiah ini diterima pakai. Perjuangan Syiah di Malaysia sekarang supaya golongan mereka dianggap Syiah asal bukan Sunni yang bertukar Syiah kerana pendakyahan Syiah. Perkara ini juga cuba diketengahkan oleh FT melalui blog beliau sebelum ini. Saya mengikuti blog FT sebelum FT berhenti menulis blog dan cuba memberi komen di situ (tetapi banyak yg tidak disiarkan oleh FT). Harap sdr bukan sebegitu terhadap komen saya.

Anonymous said...

“Ini adalah kerana "cara pemikiran" itu disampaikan.. JIka saudara sudah membaca karya FT ini habis, dengan INTELEK, saudara akan sedar kebanyakan "falsafah" yang bergerak di awan dan langit dunianya hanya berkisar daripada "buah mulut" orang2 yg diwawancara. Tidak ada pertunjukan hal itu "dipraktikkan", malah ditentukan BETUL/SAH, hanya hujah-hujah”

Itulah pendoktrinan namanya. Lihat, sdr yg bijaksana pun tidak melihatnya sebagai lontaran wacana untuk diserap oleh pembaca. Bagaimana dgn umum yg tidak bersifat pengkaji dan tidak sebijak sdr? Adalah normal permulaan bagi sesuatu ideologi hanya dilontar melalui wacana demi wacana. Jika sampai peringkat dipertunjuk atau dipraktik ke luar, maka ketahuilah bahawa wacana tersebut telah pun menjadi produk. Sepertimana pemikiran liberal dimulai dgn wacana sahaja, tetapi apabila telah jelas kelihatan pengiktirafan nikah sesama jenis di kalangan awam, maka itu adalah produk daripada wacana liberal (sekadar contoh).


“(dan suarajagat sudahpun patahkan hujah2 FT itu berkenaan beberapa hal, dan saya sendiri patahkan hujah tulisan FT berkenaan inskripsi itu kerana "ketinggalan zaman"nya - hal ini saya rujuk sendiri dgn pakar arkeologi).. malah HUJAH dalam kisah ini "tidak berakhir" dan sebenarnya perlu diteruskan oleh "KITA", sang pembaca (saudara tentunya), sudah tentu saya, dan suarajagat mengambil kata ASWJ.. begitulah..”

Ya, itulah yg sepatutnya. Semua pihak menyokong tindakan pihak berkuasa yang jelas dengan tujuan pengharaman. Apabila KITA faham apa yg sdg dilakukan oleh FT lewat karya beliau itu, tidak ada sebab untuk menafikan kewajaran pengharaman tersebut, melainkan KITA adalah org yg tidak faham, maka akan turut sama berkokok seolah-olah tidak tahu hujung pangkal cerita. Bahkan KITA yg faham patut bersatu menyebarkan apa yg diketahui itu, bukan menyebelahi FT yg konsisten dgn penulisan berbau Syiah sbg lontaran wacana beliau. Pengharaman bukan satu-satunya langkah menjaga ASWJ di rantau ini dan bukan juga yg terakhir. Dengan mempertikaikan pengharaman dan menyebelahi kesilapan FT, masih bolehkah KITA mendakwa sedang bersama-sama ASWJ meneruskan usaha mempertahankan ASWJ?


“Justeru, usahlah saudara risau, insya-Allah jiwa dan iman saya tetap buat Mazhab Syafii beraqidah Asyaari, malah ada tariqat sufinya”

Masalahnya warga muslim Malaysia bukan sdr seorang shj, dan bukan semua sebijak sdr, bukan semua berlatar belakang yang sama, berpendidikan yang sama. Fikirkan maslahat awam, bukan secara peribadi.

Anonymous said...

“ (saya malas mahu nyatakan di sini kerana inilah yg kumpulan luar sana bantai sgt org tariqat, dan inilah saya lihat, walaupun mungkin saya dan FT tak serupa, sekurang2nya FT selalu menyokong kegiatan tariqat dlm tulisannya, walaupun tariqat tasawuf berlandas ASWJ, hal yg amat2 tidak disukai kaum muda)”.

Walaupun tariqat yang difahami FT bukanlah tariqat seperti yg diraktikkan ASWJ? Bercampur sinkretisme? Sdr membenarkan FT menuduh demikian?



“Jadi usahlah saudara risau ya.. seperti adik sayalah yg dok pondok tu, dia nampak "isi2 syiah" dlm Tuhan Manusia tapi taklah sampai dia MELONCAT dan suruh HARAM novelnya”


Analoginya, kalau orang melambakkan botol racun di pasar-pasar, adakah kita akan membiarkan ia begitu sahaja? Dengan harapan, kalau pandai, akan tahu itu racun. Kalau tak pandai, minum pun tak apa, doktor ada. Itu kalau jumpa doktor, kalau tak jumpa? Kalau jumpa pun, belum tentu boleh rawat. Kalau ubat pun belum ada, harap ada doktor yang akan rumus formula penawar. Begitukah kita berfikir?

Biarkan sesiapa sahaja menghadam wacana dan ideologi Syiah, kemudian tunggu karyawan kreatif membalas balik dengan novel yang lain. Biarkan semua orang terdedah kepada sakit dahulu, kemudian sediakan penawar untuk yang terkena mudarat? Yang kuat imuniti dan antibody, terselamat, yang lain biar sendiri-sendiri mencari rawatan?

fadz said...

Salam saudara Anon yang masih berkelubung (di bawah komen ini ada kategori Name/URL yang mana saudara BOLEH taipkan sahaja nama saudara yang indah itu, ataupun bawah komen Anon saudara boleh perturunkan sahaja nama saudara, tetapi, alas, saudara memberi alasan kepada saya, terima kasih), beginilah, saya terima berkenaan "kepasifian" pembaca kita, kerana penonton filem pun, saya sedar ada sekumpulan sebegitu, lantas akhirnya kita akan berbalik kepada sistem pendidikan dan bagaiaman seorang individu Muslim Melayu (kerana saya faham inilah kategori yg saudara maksudkan, bukan Hindu, Kristian atau Buddha Malaysia) perlu dipupuk sedari kecil.

Hanya saya ingin nyatakan hal ini mengikut cerita abang dan adik saya, dalam dunia kegemilangan Islam, kebanyakan ulama tidak ada masalah jika wujud pelbagai pemahaman dan mazhab, dan di situlah berlakunya "pendebatan", sepertimana yg saudara tahu berlaku terhadap Tahaful al-Falasifa Imam Ghazali terhadap golongan ahli falsafah, yg kemudiannya dibalas dgn Tahafut at-Tahafut Razi, dan hal sebegini berlaku pada setiap zaman dan generasi. Saya melihat dari konteks ini, jadi ya, benar, mmg, sekarang zaman fitnah, di mana zaman Uthmaniyah akhir, kebanyakan golongan muda naik membantai sistem kerajaan dan keagamaan dgn menyebarkan dakwah mereka daripada "kertas-kertas" yg ditampal di dinding (selalunya hanya pihak kerajaan yg berkuasa) atau menyebarkannya dgn memberi kertas2 itu di masjid2 dan tempat-tempat awam (seakan handouts) dan beginilah era zaman komuniti Islam berpecah apabila mereka mempersoalkan tradisi ibadat mereka. Lalu satu dunia Islam pun mengikut, menyampaikan dakwah melalui "mass produce" kertas ini, melampaui gaya tradisi kitab kuning, kitab istana dan kertas makluman (watikah) pemberian kerajaan utk rakyat.. inilah yg turut dibawa oleh kaum muda bila sampai ke Malaysia.. saya berfikir, dengan apa yg berlaku sekarang, adakah saudara melihat fenomena dahulu ini sebagai fitnah atau hikmah?

Saya sendiri tidak berani menjawab persoalan yg sudah ditentukan ini (walaupun waspada).. apa2pun saya optimis, walaupun ambil secubit garam, pembaca sastera kita masih boleh "berfikir" dan berdiskusi, dan itu saya doakan..

wallahu alam.

fadz said...

Hal yang saudara nyatakan di sini membuka mata saya, setentunya saya tidak tahu berkenaan hal ini:

Perjuangan Syiah di Malaysia sekarang supaya golongan mereka dianggap Syiah asal bukan Sunni yang bertukar Syiah kerana pendakyahan Syiah.

fadz said...

yelah, mungkin saya selalu bayangkan masyarakat kita pandai, rupanya ramai juga yg "blur" kan?

hmm, maksud yg menarik buat saya..

semoga saudara Anon yang masih tidak diketahui namanya berjuang terus utk masyarakat ya :)

Oh ya, kini saya memberi peluang buat saudara, mohon tulis satu artikel berkenaan hal ini, berkenaan "halal haram buku: rasionalisasinya" buat saya siarkan dalam majalah dwn masyarakat atau dwn sastera, emel saya: fadliakiti[@][.]gmail[.]com, saya mohon2 wsgt saudara menulis ya, terima kasih!

jiret said...

Anon is a typical close minded fundamentalist who is scared what books may do to him.. that is sooo outdated thinking..

PK said...

boleh dapat kat mana lagi buku ni ek?

fadz said...

PK, di mana2 kedai buku, saya jumpa di kedai buku mamak dekat KL Sentral sebelah terminal masuk ETS, sebelah Dunkin Donuts.

PK said...

okeh.

S.K CintaZeni said...

Jiret, I don't think anon is worried about what books do to him, as he sounds more intelligent than you, but what books may do to others.

History has shown that books have influence. Perhaps, you may want to revisit the outdated stories of Lenin and Hitler.

Salam, Fadli,

kita sealiran dan kak s.k fikir fadli ialah antara pembaca yang bijak.
Walaubagaimanapun, tidak semua pembaca sebijak Fadli.
Contohnya: Fadli tahu ini versi sejarah yang dilampirkan FT suatu polemik tetapi bagi ramai pembaca, tidak.
Ada antara mereka yang menghantar mesej ke inbox kak s.k yang mengatakan bahawa sejarah dalam buku ini menceritakan kebenaran.
Bermakna, bahawa sekarang ini, kita punya satu versi sejarah yang telah dibaca oleh sekurang-kurangnya tiga ribu pembaca yang mungkin mempercayainya!

Malahan, Fadli sendiri berasa kurang senang dengan beberapa perkara yang ditulis dalam novel ini. Fadli kurang senang tetapi sanggup membiarkan atas nama apa? Atas nama sastera?

Kak S.K juga mahu sahaja Imam diharamkan tetapi berbanding dengan Imam, Sebongkah lebih lagi bahaya kerana:

1. Khalayak pembaca Imam dan khalayak pembaca Sebongkah - mana yang lebih luas, mana yang melibatkan remaja?

2. Sebongkah ditulis oleh penulis yang dikenali ramai - sastera/non-saster. Penulis Imam, dikenali oleh khalayak/pengkaji sastera sahaja.

3. Sebongkah ditulis oleh penulis yang dikenali meletakkan ilmu dalam karyanya dan juga mengakui diri sebagai graduan syariah yang tahu agama dan ramai mempercayainya.

4. Berbanding dengan Imam yang jelas mengatakan bahawa sang Imam pembawa La Mazhabi walaupun diprotes oleh sang Imam dalam novel itu sendiri (antara ironi karya ini – pengarang sendiri mengakui kebathilan), penyusupan anasir Syiah adalah halus dalam Sebongkah, seperti yang disambung oleh suarajagat di bawah ini:

http://suarajagat.wordpress.com/2012/01/10/unsur-syiah-dalam-novel-sebongkah-batu-di-kuala-berang-bahagian-3/

Yakni, contohnya, Mazhab Ja’afari BUKAN Syiah Imamiyah.

Sekali lagi, kak S.K ada menerima mesej dalam inbox yang mengatakan bahawa Mazhab Ja’afari yang dibawakan FT dalam novel Sebongkah adalah mazhab Ja’afari yang boleh diterima Sunni. ADUH!
Ada lagi mesej-mesej lain yang mungkin Fadli tidak tahu bahawa pembaca yang masih mencari telahpun dikelirukan novel ini tentang kebenaran Ahlus-Sunnah Wal-Jama’ah (kerana telah dicampurkan dengan kebathilan Syiah dalam novel ini).

Adakah kita boleh menerima bahawa tasawwuf yang bersilsilah dan bersanad suci kepada Rasulullah s.a.w, dikatanya dicampur aduk daripada elemen syirk dan kufr?
Kak S.K tahu perkara ini tidak benar. Fadli tahu perkara ini tidak benar.
Bagaimana dengan pembaca yang tidak tahu bahawa ianya tidak benar? Mereka akan menganggap FT telah memberikan mereka ilmu yang baru mengenai Tasawwuf!

Harus diingat bahawa yang kita harus pertikaikan adalah karya yang tersebar dengan kebathilannya. Yang kita mahukan kebathilan disebarkan dan pengarangnya berhenti menyebarkan kebathilan melalui karyanya yang mempengaruhi. Malangnya, pengarangnya masih lagi berdegil.
Entah bila dia akan sedar pembaca bijak akan mempertahankan kebenaran dan menolak kebathilan yang ditawarkannya dalam karya bathil.
Wallahu’alam.

Wassalam.
Kak S.K

jiret said...

I have Mein Kampf at home but I dont suit myself to Nazisme. Ive read the socialist's work but im not a socialist or cater to any communisme belief..

Maybe this is the type of Malay readers we have in Malaysia, scared and ignorant.. never ever willing to get themselves out of the box.. that is why we are lacking in the "genius" area when the govt has appointed meritocracy as the way in all IPTs.

Im so sorry for you all, God be with u..

fadz said...

Hi jiret.. ermm, I agree to disagree for this moment of time, tq.

Salam Kak CintaZeni,

Wah, trimas utk komen yg panjang! Maklumat kak CintaZeni itu saya hargai dan berharap faktanya mmg boleh diperakukan.

Makluman yg Kak CintaZeni nyatakan tu membuatkan saya lagi "takut" mahu menulis kerana, ermm, novel baharu saya ini nanti pun ada menyatakan hujah-hujah sejarah berkenaan dunia purba lama yg saya harap org tak ambil sebagai "benar".. saya juga masih bingung memikirkan bagaimana seorang rakan lama saya yg berasal dari Felda Pahang mengatakan cerita "fiksyen" yg saya tulis dalam JIAN mmg betul-betul BERLAKU di Pahang.. hal itu membuat kening saya naik!!!

entahlah.. kadang2, takut juga nak menulis ni.. takut yg batil jadi hak dan hak jadi batil..

hanya satu hal yg menarik. Syeikh Jaafar as-Sadiq itu merupakan antara tokoh sufi besar, syeikh besar tarekat Naqshabadiyah aliyah zaman Umar tak silap saya (zaman itu tarekat Naqshabandi belum wujud, tetapi salasilahnya diambil dari situ yg bergerak dari Abu Bakar as Siddiq hingga akarnya Rasulullah s.a.w.).. jadi saya menerima ajaran Syeikh ini khusus dalam sumbangan tasawuf tapi bukan penamaan Jafari mengikut aqidah Syiah. Saya menyatakan hal ini kerana ingin memaklumkan bagaimana nama2 besar tokoh zaman itu usahlah kita perkecilkan, dan perlu meneliti (seperti yg Kak CintaZeni dan Anon sudah buat, serta suarajagat) epistimologi anutan/ajaran/ikutan/aqidah satu-satu puak baharu itu dicipta, seperti syiah jafari ini.

Hal ini menarik. Mungkin saya patut maklumkan kepada adik saya yg di Morroco sekarang.

fadz said...

Hi jiret.. ermm, I agree to disagree for this moment of time, tq.

Salam Kak CintaZeni,

Wah, trimas utk komen yg panjang! Maklumat kak CintaZeni itu saya hargai dan berharap faktanya mmg boleh diperakukan.

Makluman yg Kak CintaZeni nyatakan tu membuatkan saya lagi "takut" mahu menulis kerana, ermm, novel baharu saya ini nanti pun ada menyatakan hujah-hujah sejarah berkenaan dunia purba lama yg saya harap org tak ambil sebagai "benar".. saya juga masih bingung memikirkan bagaimana seorang rakan lama saya yg berasal dari Felda Pahang mengatakan cerita "fiksyen" yg saya tulis dalam JIAN mmg betul-betul BERLAKU di Pahang.. hal itu membuat kening saya naik!!!

entahlah.. kadang2, takut juga nak menulis ni.. takut yg batil jadi hak dan hak jadi batil..

hanya satu hal yg menarik. Syeikh Jaafar as-Sadiq itu merupakan antara tokoh sufi besar, syeikh besar tarekat Naqshabadiyah aliyah zaman Umar tak silap saya (zaman itu tarekat Naqshabandi belum wujud, tetapi salasilahnya diambil dari situ yg bergerak dari Abu Bakar as Siddiq hingga akarnya Rasulullah s.a.w.).. jadi saya menerima ajaran Syeikh ini khusus dalam sumbangan tasawuf tapi bukan penamaan Jafari mengikut aqidah Syiah. Saya menyatakan hal ini kerana ingin memaklumkan bagaimana nama2 besar tokoh zaman itu usahlah kita perkecilkan, dan perlu meneliti (seperti yg Kak CintaZeni dan Anon sudah buat, serta suarajagat) epistimologi anutan/ajaran/ikutan/aqidah satu-satu puak baharu itu dicipta, seperti syiah jafari ini.

Hal ini menarik. Mungkin saya patut maklumkan kepada adik saya yg di Morroco sekarang.

akitiano said...

Sorry bro, I tak cakap Nuruddin al-Raniri tidak mencela Hamzah Fansuri, tapi beliau menyesatkan hamzah fansuri sebab unsur ittihad wa hulul yg dibawa oleh Fansuri. Ini adalah kerana menolak kesesatan yg terdedah kepada org awam. Tapi tidak berarti kemungkinan Hamzah Fansuri adalah org yg terpuji bagi Allah kalau memang kata2 yg syirik dibawanya adalah dlm keadaan Satahah @ cinta kepada Allah sehingga fana dan tidak sadar dalam alam nyata. Ini namanya tidak mukallaf @ macam org gila yg tak kena hukum..Salah seorang ulama sufi zaman SaLAF YG seperti itu adalah ABu Yazid yang berkata Subhani2 Ma A'zama Anni (Maha suci aku2 tidak ada yg lebih agung dari pada aku).

Masalah Imam Ja'far bin Shiddiq, beliau memang merupakan seorang tokoh aliran Syiah yaitu Syi'ah Ja'fari. Tapi apakah beliau org Syiah? itu kita tawaqquf kerana beliau seorang mujtahid yg alim serta hidup di zaman salaf al-sholeh. Tidak pernah ditemukan nukilan yg sahih dari ucapan beliau yg mengkafirkan mana2 sahabat. Beliau adalah sufi juga. beliau memiliki fiqh tersendiri sejajar dengan Zaidiyyah, Dhahiriyyah, dan 4 mazhab ahli sunnah. Ada penpadat beliau yg menyimpang dari Ahli sunnah seperti isu nikah mut'ah dan beberapa yg lain. Tapi dari segi akidah, secara diri beliau kita bertawaqquf sebab masih diragukan apakah beliau yg mengajarkan pemikiran syiah yg berani mengkafirkan sahabat. Cuma pengikut2 syaih ja'fari yg over berani sampai mencela sahabat2 bahkan Abu Bakar sendiri.

Hanya saja utk tulisan si FT ko ni, aku tak melihat menakjubkan sangat. Pertanyaan skrg, apakah FT yg nak sgt satukan syiah dan sunni perlu utk dipedulikan? apakah FT sanggup pastikan Syiah yg ada skrg tidak akan mencela sahabat Nabi walaupun Mu'awiyyah sekalipun? apakah FT berani mengambil kitab2 Sunni dan menolak kitab2 Syiah yg jelas2 sesat?

Utk masalah apakah Islam yg masuk pertama Syiah atau Sunni? ini soalan remeh. Ustaz Wan Shaghir almarhum yang terkenal dgn sejarah ulama nusantara telah mengkaji hal ini. I sendiri mengakui bahwa Islam pertama yg masuk adalah Islam Ahli Sunnah wal Jamaah yg berkultur Sufi. Jadi bukan syiah, bukan juga salafi wahabi. Hanya saja, memang sufi ada beberapa kedekatan dengan syiah seperti Ja'far bin shiddiq sebagai silsilah tarikat. Tapi sekali lagi itu bukan bukti bahwa sufi itu syiah dan dianggap sesat. Islam yg dibawa ke nusantara tidak lain adalah ulama2 sufi yg suci serta murni bermazhab Syafi'i. Andaikan syiah ja'fari yg pertama dtg niscaya fiqh Ja'fari lah yg akan diamalkan oleh kita di nusantara ini sekarang.

fadz said...

Terima kasih wahai tuan Akitiano, jelas dan maklum kenyataannya. Terima kasih.

fadz said...

Hal epistimologi yg diragukan2 berkenaan Syiah Jafari itu sudah dinyatakan oleh adik saya dan saya mengambil katanya tidak ada "bukti" sahih bahawa beliau memulakan Syiah Jafari (atas kuasa apa?) dan menggelarnya "syiah" pada zaman hidupnya.

Walahu alam.

Anonymous said...

kl, kehel.

fadz said...

Salam, maaf ralat. Hal berkenaan Tahafut itu ditulis oleh Ibn Rusyd (Avveroes) dan bukan ar-Razi. Mohon maklum.

QueAe said...

salam...

ana boleh katakan dri sbg wakil glongan awal remaja ;p

berkenaan dakwaan 'mmbiarkan botol2 racun di pasaran' ana kurg setuju...

better kalau kami remaja explore plbagai genre makalah ilmiah... bila dah timbul isu sama2 kita kaji dan fahami mana titik perbezaannya.

sungguh, ana lebih suka rakan2 sebaya mendalami SBDKB daripada hanyut dengan majalah hiburan semata...

mmg tidak semua orang pandai 'membaca nukilan yg tersirat', tapi saya percaya remaja or mana-mana golongan yang beli makalah sastera dr FT , adalah org yang tahu berfikir , ringkasnya yang tahu serba sedikit. ana x pernah lagi jumpa kwn2 sesat bertawasul dgn buku dr FT.. sebab org yang tidak tahu apa-apa, x akan mengambil tahu pun.

fadz said...

Que, pandangan menarik, tk.