Saya Sedang Membaca

Kronikel Etanol oleh Hafizul Osman |Tunggul-tunggul Gerigis oleh Shahnon Ahmad | Atlantis: The Lost Continent Finally Found oleh Prof. Arysio Santos | The Mind of The Malay Author oleh Muhammad Haji Salleh | Joseph Anton: A Memoir oleh Salman Rushdie

Monday, May 7, 2012

Seram Rothschild



Tajuk: Rothschild Yahudi Kepercayaan Dajjal
Oleh: Ibnuyaacob
Terbitan: Moon Media
Tahun: 2012

Sinopsis:
Buku teori konspirasi ini membawa wacana perkaitan sebuah dinasti keluarga paling bahaya dalam umat dunia sekarang, Rothschild, dari permulaan hidup yang sederhana menjadi keluarga jutawan paling kaya dan terpengaruh sarwa dunia, memberi tekanan kepada setiap pemimpin berkuasa dunia. Hal ini tidak sahaja terikat kerana wang dan kuasa keluarga berkuasa tetapi "di bawah radar" ini tetapi atas perjanjian yang lebih purba dari tawarikh, Dajal Laknatullah sendiri. 

Rasa:
Saya membeli buku ini "saja-saja seronok", mahu juga cuba "ubah selera", malah saya juga menyukai teori-teori konspirasi ini yang pernah saya ikuti sewaktu remaja dahulu, khusus teori Dajal Laknatullah (Amerika itu Dajal, contohnya) dan adegan akhir zaman. 

Buku ini menjadi lebih menarik jika penulis dan editor buku ini lebih berjaga-jaga dengan bahasanya, yang kelihatan betul-betul "terburu-buru" hendak menyiapkannya mengikut "masa" sehingga terdapat terlalu banyak kesalahan ejaan yang merimaskan pembacaan.

Selain itu, ini sebuah buku yang menarik, seorang skeptik, boleh separa "percaya" dengan telahan dan kupasan yang diberikan penulis (saya anggap sekumpulan pengkaji), lebih-lebih lagi, saya, dengan buku di kanan dan Internet di kiri, saya akan taipkan setiap nama tokoh yang dinyatakan dan judul buku, agak menarik apabila hal-hal yang dinyatakan adalah fakta yang betul-betul wujud, "diselubungi" atas desakan sesuatu yang "menahan" maklumat itu "sahih". Ah, kerja yang seronok, lebih-lebih lagi dalam mengaitkan satu peristiwa/tokoh/badan dengan suatu entiti lain. Saya sendiri mencuba nama "Najib" dan "Anwar Ibrahim" dengan Rothschild, dan kedua-duanya "tidak boleh dipercayai kewibawaannya", ha ha, seorang memberi   peluang membukaan bank "Yahudi", yang satu lagi menjadi ahli panel forum dunia bersama-sama golongan "yang disyak" itu, ha ha. Contohnya, penulis menyatakan dengan jelas bagaimana siri-siri demonstrasi, revolusi adalah kerja dan proses yang digerakkan oleh tali-tali halus untuk penentangan kuasa (bukan kerana contohnya kerajaan itu suci, tetapi kerajaan itu sudah tidak dimahukan oleh kumpulan keluarga Yahudi Rothschild itu, walaupun mereka bersekutu dengan mereka!), dan ianya berlaku di setiap negara atas arahan keluarga ini yang kemudiannya datang daripada "Dajjal" itu sendiri, nauzubillah (hmm, saya bertanya juga bagaimana halnya dikaitkan dengan adegan Bersih baru-baru ini).

Tetapi lebih lama saya menelaah buku ini, lebih menakutkan jadinya, benar, saya tak pernah jadi takut bila membaca buku Stephen King mahupun Tok Awang, tetapi membaca buku ini, pada suatu malam saya seorang, bulu roma saya naik semacam, lagi-lagi apabila memasuki bab ritual syaitan yang dianggap dilakukan oleh keluarga Yahudi berpengaruh ini. Menghabiskan buku ini seakan satu "kengerian" yang tidak pernah saya rasai, seakan merasa pesimis terhadap hidup dan hanya Allah yang dapat memberi jalan penyelesaian terhadap cengkaman Dajjal laknatullah terhadap kita.

Antara bab yang "menakutkan" dan sangat kontroversial adalah bab berkenaan perkaitan perintis Salafi Muhammad bin Abdul Wahhab-Ibn Saud dengan Illuminati/Freemason(!) serta penggerak kaum muda, Syed Jamaludin Afgani sebagai antara Ketua Lodge Freemason(!) yang memaparkan bagaimana bertahun-tahun di Malaysia, orang kaum tua masih bertahan menolak perjuangan "kaum muda" atas sebab-sebab yang mereka sedari bahayanya, termasuk Tok Kenali. 

Ada beberapa hal yang masih saya "skeptik", tetapi fakta berkenaan pembinaan Israel dan didalangi Rothschild itu tidak dapatlah saya tolak, walaupun para penulis buku ini selalu menggunakan retorik "kerana ini digerakkan oleh Rothschild" tanpa menunjukkan bukti pada beberapa bab, malah ada petikan teks yang diambil sebagai "fakta hujah" kelihatan "samar", walaupun ada beberapa tempat yang membuat saya takut akan "kebenaran"nya.

Buku yang menarik sebagai persuratan teori konspirasi ala Islam yang berkaitan kuasa Yahudi-Zionis merancang peristiwa mendatang pada akhir zaman. 

12 comments:

kingbinjai said...

Saya habis baca buku ini dlm masa 2 hari. Mmg sangat menarik segala fakta yg dibentengkan sangat berketepatan dengan apa yang telah tahu. Terus terang saya katakan walaupun buku ini simple (bagi saya) ia telah meluaskan lagi horizon pemikiran saya tentang agenda dajjal.

Fakta tentang wahabi itu, walau saya tidak terkejut namun ia memang menyeramkan.

Anonymous said...

sy juga selesai membaca buku ini semalam.dlm masa kurang 3 jam.mmg menarik.seolah2 membaca sebuah buku penyiasatan yg penuh misteri.garapnnya sgt menarik dan setiap isu dikupas dgn baik sekali,namun benar kata anda sesekali terdapat kesilapan tatabahasa disinii sana.namun boleh tahnlah.bg saya one of the best malay books ever written!

Anonymous said...

ada sesapa tahu mane nak dpt buku tersebut??

Anonymous said...

buku yg bagus tentang teori.. sy cdgkn anda bc jg karya dr. majid kailani- jenayah yahudi terhadap islam dan the bush gang- karya bernd hamm.

Anonymous said...

Bacalah fakta yang diiktiraf, membawa mesej positif kepada manusia sedunia. Bukan cerita dongeng yang membawa mesej negatif tak berfaedah. Kesin pokok, tumbang untuk sampah macam nie.

Kulimboy said...

Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan buku ini, sila ke http://e-shop.muhdsyafiq.com/rothschild-yahudi-kepercayaan-dajjal.html

nordin omor said...

saya masih sedang membaca belum lagi tammat(khatam).penulisan buku sungguh menarik serta hebat.In syaa allah tammat baca.terima kasih dengan keluarnya artikel di atas.

Anonymous said...

Mcm mne nk dpt kn buku ni ?

Josnah Ali Ahmad said...

kadang2 cerita sebenar lebih pelik dr cerita dongeng....

Unknown said...

Saya rasa kita semua (umat islam) harus mempertahankan hak kita sebagai makhluk di muka bumi ini .Maksud saga kita perlu menyebarkan hal ini supaya semua org sedar what was happened in this world ,this is my suggujestion


Thanks 😊

Unknown said...

Saya rasa kita semua (umat islam) harus mempertahankan hak kita sebagai makhluk di muka bumi ini .Maksud saga kita perlu menyebarkan hal ini supaya semua org sedar what was happened in this world ,this is my suggujestion


Thanks 😊

Hj.Mohamad Azman Bin Hj. Abdul Aziz said...

Fotostat saja.