Saya Sedang Membaca

The Consuming Fire oleh John Scalzi | Pemberontak Filem oleh Nasir Jani | The Prague Cemetry oleh Umberto Eco | Confessions of a Mask oleh Yukio Mishima | In Search of Modernity: A Study of the Concepts of Literature, Authorship and Notions of Self in "Traditional" Malay Literature oleh Hadijah Rahmat |

Thursday, December 13, 2007

Ini Bukan Novel Picisan Biasa



Tajuk: Seri TertangguhOleh: Nizam Zakaria
Terbitan: Marshall Cavendish
Tahun: 2007

Sinopsis:
Seri seperti Bridget Jones, seorang gadis sekolah menengah yang sedikit gempal tetapi 'menawan' dan untungnya dia, dilahirkan sebagai Melayu Islam di Malaysia dari sepasang mak ayah orang kaya (ibunya seorang penyanyi terkenal dan ayahnya ahli politik/bisnes). Seri suka menulis blog tentang kisah hidup setiap harinya. Tanpa dia sedari, seorang pemuda bernama Kahar menghantar komen ke blognya, dan bermulalah sebuah persahabatan yang lebih jernih dari cinta.

Rasa:Ada dua perkara utama yang menyebabkan saya menolak membeli novel ini pada awalnya. Pertamanya ialah kulit novel ini SANGAT HODOH. Lihat kulit 'elektronik' novel ini di atas, lebih menarik daripada yang diterbitkan oleh Marshall (ya, novel ini pernah jadi e-novel, dan Nizam memang adalah di antara perintis e-novel Melayu di Malaysia). Keduanya, harga rm29.90 membuat saya berfikir dua kali, kerana kebanyakan novel-novel bagus segenre ini, lebih-lebih lagi di bawah Alaf21 berharga lebih kurang rm15-20.
Tetapi ini tidaklah menafikan keinginan saya membeli novel ini, lebih-lebih lagi selepas saya mendapat 'rekomen' yang baik oleh seorang pembaca setia novel-novel picisan. Pendek kata, saya laju menghabiskan novel ini kerana bahasa novelnya yang senang dan ceritanya yang ringan dan seronok, sehinggakan novel berat Faisal Tehrani terpaksa saya tinggalkan sebentar.
Dalam sejarah penulisan Nizam, Nizam pernah menulis novel dan cerpen berunsur homoseksual, malah di antara susastera gay Melayu pertama yang pernah keluar di Malaysia (daripada pemerhatian saya, Mama Juwie mungkin sudah mendahalui Nizam dengan novel 'konfesi'nya pada awal 80-an, serta terdapat beberapa tulisan cerpen separa erotik lesbian tulisan penulis lelaki di dalam majalah lelaki pada pertengahan 70-an). Selepas e-novel terberatnya, Potret, Nizam mula menulis novel-novel yang digelar 'pop' dan 'picisan' mengikut semangat penulisan biasa genre ini. Kawan saya sendiri, Azwan tidak sanggup dan langsung muntah dengan novel-novel ini kerana merasakan Nizam 'jatuh dari rahmatnya'.
Seri Tertangguh adalah di antara e-novel terawal sewaktu Nizam melalui transisi ini. Sebenarnya yang menarik tentang novel ini ialah, ia sebuah novel yang BUKAN semahu-mahunya picisan. Mungkin kulit luar novel ini menipu anda, kerana novel ini sebenar-benarnya sebuah novel chic lit dalam erti kata yang sebenar, mengikut gaya penulisan chic lit barat.
Malah, beberapa babak awal novel ini 'lari terus' dari pandangan dan kebiasaan novel picisan/popular Melayu. Walaupun novel popular menular tentang perkahwinan/percintaan/kekeluargaan, gaya pendeketan Nizam, dengan ciptaan perwatakannya yang menarik (memberi watak-wataknya bukan saja perasaan, psikologi bulat, sejarah tetapi pemahaman ilmu yang 'real' dan sesuai dengan perwatakannya, walaupun tampak sedikit far-fetched untuk sebuah novel Melayu).
Malah watak kegemaran saya Kahar, melangkaui watak-watak kebiasaan novel picisan. Kahar atau Mr. K sedikit eksistensialis serta kumandang humanisnya mekar, watak-watak kuat yang biasa kita dapat jumpa di dalam novel-novel Nizam yang lama. Buat pembaca 'Faisal Tehrani', watak Kahar, atau beberapa watak lelaki dalam novel ini akan mengundang kemarahan, juga melabel Nizam sebagai 'liberalis sesat'. Ini adalah kerana, walaupun Nizam melakukan 'jalan sejarah' Kahar dengan 'subtle', kita sedar bahawa Kahar telah menolak agama (atau ekstrem dalam agama?) apabila dia meninggalkan sekolah berpondok sewaktu kecil sebagai al-hafiz (dengan penjelasan yang dirahsiakan) lalu lebih senang dengan buku falsafah barat, novel-novel barat humanis dan lagu-lagu kebaratan (dan kerja di Silverfish Bangsar sebagai penghargaan terhadap kedai buku kecil hebat itu). Aspek ini dipertonjolkan lagi dengan watak abang Seri yang mengikut tabligh lalu secara 'lembut' meninggalkan tabligh lalu 'gembira' bersama dengan seorang pelakon Melayu gay. Penggayaan menolak agama atau 'agama bukan jawapan sepenuhnya untuk kehidupan manusia atau pilihan manusia' adalah kebiasaan susastera moden barat, lebih-lebih lagi dalam idealisme eksistensial Nietzsche. Kahar malah menunjukkan minat yang sangat humanis kepada homoseksualiti (menerima kedua-dua ibunya, pelacur maknyah bernama Sarimah dan abang Seri yang baharu kenal kehidupan yang 'baik' selepas detik tablighnya), kerana buatnya 'ini adalah pilihan manusia yang bebas dari segala kecaman sistem dan dogma'. Watak Kahar menolak dogma dan kebiasaan dengan sangat manusiawi. Inilah keberanian Nizam.
Keduanya, Kahar semacam watak yang keluar dari filem Almadovar, mempunyai dua ibu- seorang ibu kandung dan seorang lagi 'ayah' yang menukar jantina jadi perempuan. Saya tidak dapat berhenti ketawa bagaimana Nizam 'mencopek' idea ini daripada 'All About My Mother', antara filem kegemaran saya. Walaupun bentuk dan pengharapan watak ini sangat kurang dalam realiti masyarakat Malaysia dan membuat pembaca Melayu-Islam tidak senang duduk, Nizam mencipta watak ini dengan selamba dan terikat begitu kuat dengan jalan cerita, kita tidak nampak pun ketidaklogikan dan ketidakwarasan fungsi watak ini.
Saya mempunyai sedikit masalah dengan Seri. Watak Seri seakan-akan 'too good to be true'. Tetapi ini juga sebenarnya 'impian murni' penulisnya. Hanya, saya sedikit keliru dengan penulisan blog Seri. Tidak mungkin Seri, seorang gadis manja, riang dan sedikit 'teragak-agak' begitu berani menulis tentang 'pemerhatian kebenarannya' untuk khalayaknya. Apakah reaksi kawan-kawannya bila membacanya, reaksi umum kalau ya pun, dan tidak mungkin Seri tidak ada langsung 'self sensor' yang melibatkan hati walau bagaimanapun, kerana orang Melayu memang terkenal dengan 'simpan-simpan', lebih-lebih lagi para wanitanya (contoh terbesar ialah tentang keberanian Seri menceritakan 'keburukan' keluarganya secara naturalis atau dia mengaku 'mencuri' di dalam blognya). Sungguhpun begitu, Seri adalah jelas, simbol pengharapan Nizam terhadap pembacanya, menjadi insan 'putih' yang diwarna-warnakan, supaya secara semula jadi, pembaca juga akan 'rasa' dan 'faham' seperti mana yang Seri 'rasa' dan 'faham'. Dengan sebegitu, sedikit sebanyak humanisme Seri akan diterima oleh pembaca nanti.
Sungguhpun begitu, terdapat beberapa perkara yang melembapkan Seri Tertangguh. Pada awalnya, saya begitu teruja dengan watak unik Kahar dan Seri. Tetapi, plot selepas itu, novel ini seakan sedikit semacam suatu kitar semula drama Melayu (tetapi yang baik?). Malah, sebuah sub-plot cikgu Seri yang menjadi mangsa pukul semacam tampak kedramaannya walaupun saya suka tujuannya (memaparkan perjuangan hak asasi kaum wanita). Malah, kawan saya Azlina (Kekure) tidak jadi membeli novel ini hanya kerana 'terbaca' babak itu di kedai buku (dengan kata-katanya sendiri: "Soap opera-ish, it looks fake!").
Pada akhir novel ini juga, Nizam sempat melemparkan sindirannya tentang apakah itu 'hiburan picisan' dan apakah itu seni dalam erti kata pemahaman modenis (dengan tepat, mengambil Akademi Fantasi sebagai sasaran). Secara keseluruhan, novel ini tampak garang, berani dan unik, menserlahkan kehebatan Nizam sebagai 'ratu' penulis picisan yang jauh tersasar daripada kebiasaan kuasa Ahadiat Akasyah atau Norhayati Ibrahim. Untuk itu sahaja, dan penggayaan hiburan dalam senda sinisnya, Seri Tertangguh mempunyai tempatnya yang tersendiri di dalam kumpulan novel popular yang berlambak di pasaran.

14 comments:

hEr namE is diEla said...

Haha..
Dear,kulit buku memainkan peranan yg penting...
Kalau dah luarnya HODOH, macam mana la nak tarik orang ramai beli buku tersebut...

Anonymous said...

tapi tak boleh nak tentukan kehebatan sesebuah buku dari kulit bukunya sahaja kan?

kadang-kadang, kulit buku yg hodoh nie lah yg mempunyai jalan cerita yang hebat. dan seterusnya menarik orang ramai untuk membelinya :)

Anonymous said...

"don't judge a book by its cover"..
memang betul pun..
Tapi kalau luar & dalam pun dah BURUK, not WORTH to have this book, totally buruk la kan..
hahaha....

Anonymous said...

Saya jarang mengadili buku melalui kulit selalu memilih siapa menulis isinya.

Anonymous said...

aih, anon ni bunyi macam penulis dia jeh..hehehe. btw, isu kulit tidak boleh dipertikaikan, ia memang satu FAKTOR menarik pembeli untuk pembeli (saya benci orang menidakkan kulit, seperti editor DBP dulu yang saya pernah jumpa, berbangga dengan kulit buku Terminal Tiganya yang sangat buruk), malah saya sendiri, jika tidak ditekan2 oleh awek saya untuk membeli novel tu dan baca, saya takkan beli..malah, sewaktu novel ini dipamerkan di kedai buku di sebelah Tuhan Manusia Faisal, saya terus memlilih novel Faisal walaupun saya tau saya belum ada masa membacanya. Ini adalah kerana KULITnya sangat UNIK dan cantik, terus, saya tak fikir2 lagi waktu tu.

Anonymous said...

Kadang-kadang penulis tidak akan dapat menghasilkan karya yang bermutu pada setiap masa...

Anonymous said...

Aku ada buku Terminal Tiga tu. Kulit bukunya memang sangat buruk dan keji. Tapi isinya berbaloi di telaah dgn kisah remaja dari Sabah yang ingin belajar di ASK, sangat bersastera bukunya. Ada satu buku dengan tema gay yang pernah aku baca bertajuk Musim Dingin Terakhir terbitan Creative Enterprise. Aku rasa wataknya orang Melayu cuma takde lah isi kandungannya erotik atau penuh unsur 18SX yang grafik. Jalan ceritanya menarik cuma tak tahulah ada jual lagi ke tak buku tu.

fadz said...

Mensh, Kausuka Terminal Tiga??? Huhuhuhuhu, aku tak nak cakap apa-apa.. Musim Dingin Terakhir kalau tak silap aku sebenarnya ditulis oleh Faisal tehrani atas sebuah pseudonim. aku pun pernah baca, klitch sangat, ada watak nama ning baizura, campy! tapi beberapa part buku tu bagus, lagi2 part budak gay tu bunuh diri loncat keluar tingkap.

Mazarina said...

x pnh bc buku nihh...kalo novel faisal bnyk la beli..hehheee

Anonymous said...

mazarina...
yes!!
bagus kamu...
:)

Unknown said...

hai Fadz, selamat tahun baru!

Anonymous said...

Saya sudah baca buku ini, satu saja yang tak puas hati. Harganya. OH pasal self sensorship tu, Seri budak-budak lagi, ko patut pi skodeng blog budak-budak sebaya dia. Budak-budak macam itulah mereka, tak reti membohong. Mereka gunakan ruang blog sebagai jurnal entri peribadi mereka, lepaskan rasa teruja, rasa marah dan macam-macam, medan mengekspresi diri. Dan saya rasa itu sangat baik.


Dulu kami di SMS Muar pun ada keep a jurnal, tak kisah kami akan tukar-tukar baca. Besides my jurnal sangat berguna pada my psychologist untuk bagi treatment yang betul, sehingga saya sihat.


Lim May Zhee sebagai contoh real life blogger yang berterus-terang.

Mardhiah

Anonymous said...

ainin!!! selamat selamat!! menunggu awal muharram jua!

mardi, cool ok:)

Unknown said...

Bro...
bila u nak komen i punya novel???
I teringin sangat nak tau pendapat dan komen(Positif + negatif) my novel tu...

SK