Saya Sedang Membaca

The Consuming Fire oleh John Scalzi | Pemberontak Filem oleh Nasir Jani | The Prague Cemetry oleh Umberto Eco | Confessions of a Mask oleh Yukio Mishima | In Search of Modernity: A Study of the Concepts of Literature, Authorship and Notions of Self in "Traditional" Malay Literature oleh Hadijah Rahmat |

Wednesday, June 11, 2008

Keturunan Raja-raja Kelantan dan Peristiwa-peristiwa Bersejarah



Tajuk: Keturunan Raja-raja Kelantan dan Peristiwa-peristiwa Bersejarah
Oleh: Abdullah b. Mohamed (Nakula)
Terbitan: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan
Tahun: 1981


Sinopsis:
Sebuah buku yang cuba membuka persoalan serta penganalisan sumber pertama dan kedua tentang sejarah-sejarah yang jarang-jarang dikenali oleh orang tentang negeri Kelantan Darul Naim.


Rasa:
Saya dapat menelaah buku ini dengan pertolongan Serunai Faqir yang meminjamkan saya bukunya. Jujur saya katakan, sewaktu saya muda, saya mempunyai persepsi yang kurang baik akan orang Kelantan (selain daripada kebanyakan keluarga saya yang berkahwin dengan orang Kelantan melalui kesusahan kerana generalisasi kaum lelakinya popular dengan berwatak mengejar perempuan lain walaupun sudah berumah tangga). Ini adalah kerana pembayangan saya bahawa orang Kelantan yang suka berkelompok dan berdialek Kelantan di antara mereka dan tidak suka bercampur dengan orang negeri lain, seakan saya tidak setaraf dengan mereka. Sebenarnya keadaan ini sama dengan orang Jawa atau Batak atau Acheh yang datang ke negeri ini. Saya sebenarnya salah apabila saya sendiri turun ke Kota Bharu, malah ke Machang, Gua Musang, Pasir Puteh, Sekebun Bunga dan beberapa tempat di Kelantan dan melihat sendiri bagaimana beradab dan sopannya orang Kelantan, dan bagaimana tidak sombongnya mereka terhadap tetamu luar. Malah selok-belok adab mereka sama halusnya seperti orang Perak yang saya kenal, malah saya seakan merasakan saya kembali ke kampung di Perak (walaupun dialek mereka agak janggal untuk saya ikuti).

Perjalanan saya mengenali orang Kelantan lebih terujakan dengan penemuan buku ini. Buku ini
mungkin sebuah buku yang kontreversi(?), kerana saya tidak ketemui apa-apa perbincangan dan penyataan yang mengambil isi kata yang tertera dalam buku berharga Nakula ini. Menurut
sumber yang saya dengar, penulisan dalam buku ini pun sebenarnya dirujuk daripada sumber-sumber istana Kelantan yang bukan selalu dibaca oleh ahli sejarah biasa (mungkin kerana proses pengumpulan bukti belum cukup untuk disahkan benar). Mungkin persepsi ini (antara idea buku ini, tamadun Melayu sebelum Melaka itu sendiri berlaku di Kelantan, dan Kelantan dahulu adalah pusat pemerintahan Majapahit di mana penganilasian tentang pengembaraan Hang Tuah ke Majapahit serta kebanyakan konsep budaya dan seni Kelantan yang serupa dengan Jawa) masih perlu dikaji dan ditentukan kesahihannya, tetapi analisa dan diskusi perkara yang diangkat oleh Nakula, membuatkan lagi tesis-tesis akan kedaulatan tamadun Melayu di Kelantan sebagai 'ibu' kepada kedaulatan raja-raja Melayu yang lain tampak menakjubkan dan suatu kebenaran yang tidak disangka-sangka. Antara contoh yang terbaik ialah bagaimana Nakula membandingkan nama-nama kerajaan lama Kelantan seperti Tanah Merah dengan beberapa sumber Cina, Barat dan India, memaparkan suatu penemuan yang jarang-jarang diambil peduli oleh sejarawan dan arkeologi tentang pusat pemerintahan kerajaan lama itu.

Antara penyataan yang paling membuka mata adalah kaitan yang Nakula lakukan terhadap kerajaan lama Sampugita dengan Zabaj (datangnya sumber Arab memanggil orang nusantara khususnya tanah semenanjung sebagai tanah Jawi daripada kerajaan lama Kelantan, Jawaka?) dan Jawa (orang Jawa, dikatakan, keturunan raja Kelantan ini pun yang menghasilkan susur galur raja-raja Jawa dan kelangsungan empayar Majapahit). Jika para pengkaji meneliti, Nakula yang mempunyai kekuatan memahami Sanskrit, Inggeris, Melayu dan Thai, dapat menyelaraskan dan menemui hal-hal simbolisme dan estetika kerjaan zaman lama (kepentingan dewa, bukit, cahaya, buih) sekali gus tentang pembudayaan orang Melayu-Jawi-Nusantara. Apa yang kita faham lagi, zaman-zaman itu, orang Melayu tidak pernah dipanggil Melayu pun (malah lebih penting untuk dikenali sebagai masyarakat yang mewakili kota yang diduduki, contohnya orang Funan atau Majapahit atau Melaka kerana konsep kebangsaan dari orang barat belum sampai ke Tanah Melayu lagi), malah orang 'Jawi' lebih persis untuk merangkul kesarwajagatan golongan bangsa nusantara yang duduk di kawasan Tenggara Asia ini.

Walaupun banyak persoalan yang mungkin terbongkar dan menyebabkan kontreversi (di antaranya, kota pusat Majapahit yang terletak di Kelantan dan bukan kepulauan Jawa) di kalangan penyelidik sejarah, buku Nakula ini boleh dijadikan sebuah rujukan utama dalam menyambung beberapa titik-titik sejarah yang samar jika konsep 'sejarah ditulis oleh orang-orang yang menang' melampirkan satu kebenaran.

13 comments:

lutfi said...

Fadhli, hang fotostat satu untuk aku. Apapun, apa yang ditulis oleh sdr. Nakula itu betul. Namun, secara prinsipnya, sejarah memerlukan data yang saintifik, baru boleh dianggap sebagai satu kebenaran. Oleh itu, sumber-sumber yang dikatakan bersumber daripada istana, termasuk pelbagai dokumen seharusnya dirakyatkan, kalau pun tidak kepada semua orang, sekurang-kurangnya kepada golongan akademik yang mengkaji bidang ini. Salam

Wan Nor Azriq said...

Saya turut mengenali serunai faqir; kami pernah pergi begkel penulisan sebelum ini.Orangnya baik dan kelakar.Sempat berjumpa dengan dia sabtu minggu lepas di dbp sempena pelancaran novelnya.

fadz said...

lutfi, okays.. biasalah, perkara2 ni, secara klise saya jawab: hanya Allah saja yg tahu kebenarannya. Semoga masa2 depan, akan ada yg mengambil perkara ini lalu buat evasikasi.

wan, oh ye ke? lerrr, yang mana satu eh? ya, orgnya mmg baik dan kelakar, tu yg syok lepak ngan dia tu, samalah dgn kangaq.

zubin said...

Saya banyak mengadap Nakula semasa saya mengajar di UNIMAS, balik kampung cari bahan untuk Raja2 kelantan-Pattani, Asyik, wayang dan mak Yong. Sebenarnya Aziz Deraman banyak mengumpulkan tulisan Nakula dan ada kat DBP dlm bentuk kertas kerja. Siti Zainun dan Shahril Talib juga adalah orang yang teruja dengan tulisan nakula. Saya juga pernah diminta menerbitkan karyanya dan dikasikan naskahnya sebelum meninggal, tapi saya sendiri tak ada upaya!

Anonymous said...

seperti nya bangsa dua beradik jawa dan jawi,,suka bergaduh tapi mungkin bersatu dalam sesuatu hal,,bangsa jawi seperti dihapus,,,tulisan jawi,,masuk jawi,,kalu dekat kelantan,,dalam pergaduhan atau sesuatu hal jawa dan jawi mempunyai maksud yang buruk@negatif,,nak tahu tany ore klate maksud jjjawa dan jawii,,prak8

Wan Qamariyah said...

kn bagus jika kerajaan di seluruh nusantara ini dpt mewujudkn suatu badan bg mengemaskini sejarah kita bersama...byk sgt sejarah di nusantara ni yg kabur...buang yg keruh, ambil yg jernih...bkn utk mendabik dada, cuma sekadar mengenali siapa kita yg sebenarnya...

TAd said...

Mana boleh dapatkan senaskhah buku ini?

Anonymous said...

Jawi adalah gelaran halus untuk suku jawa, sesama jawa mereka akan sebut tiang jawi, jawa tidak mau disebut melayu, karena jawa adalah jawi, bangsa besar, lebih besar dari melayu, kehadiran penjajah ternyata mengelirukan berok2 yang taksub dan kebetulan org melayu banyak yang taksub, maka jadilah rumpun melayu atas idea2 barat, tapi jawa tetap mengekalkan jawi , bukti jawa adalah bangsa besar dan bila2 insyaAllah satu masa jawa akan kembalikan nusantara ini kepada satu umat, yaitu umat jawi, bukannya umat melayu babi

Unknown said...

Jawa itu adalah bangsa yang paling tertua dan bangsa yang sangat besar dinusantara ini, punya sejarah yang sangat panjang dan sangat detail, spesifik dan exklusif tidak seperti bangsa melayu yang tidak jelas. Sebab orang melayu itu sendiri tidak didapat menjelaskan asal usul mereka secara terperinci, malah mereka bergantung pada orang2 barat untok mengenal pasti tentang asal usul mereka. Sedangkan kata melayu dari bahasa jawa itu bermakna orang2 yang melarikan diri, sesuai dengan sejarah dimana sebuah kerajaan melayu Srivijaya yang diserang kerajaan jawa lalu melarikan diri.

Kekata “Jawa” menerangkan kefahaman yang jelas dari 4 rangkaian perkataan yang begitu erat sekali maknanya, saling kait mengait antara sutu sama lain dan yang sejajar dengan fitrah alam dan fitrah manusia ia itu Jawa-Jawi-Jiwa dan Jiwi. “Jawa” bermakna orang yang sudah mengerti, sudah faham, sudah matang, bertatasusila dan yang sudah bertamadun dan berbudaya. Dan “Jawi” itu adalah kata halus suku jawa atau keturunan jawa yang sudah bertamadunan dan berbudaya itu. (dari sudut nahu atau tatabahasa jawa ). Dan dari segi makna, Jawa dan Jawi itu sebenarnya sama ia itu satu pengertian. Dan “Jiwa” yang dibermaksudkan disini adalah suatu kehidupan jatidiri orang jawa yang menghayati dan menjiwai tentang fisafah kehidupan dan kebudayaannya). Dan kata “Jiwi” itu adalah menurut kepercayaan orang jawa yaitu yang datang dari Tuhan yang maha kuasa.tentang adanya tuhan yang maha kuasa yang disebut Sang Hyang Widi.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Jawa itu adalah bangsa yang paling tertua dan bangsa yang sangat besar dinusantara ini, punya sejarah yang sangat panjang dan sangat detail, spesifik dan exklusif tidak seperti bangsa melayu yang tidak jelas. Sebab orang melayu itu sendiri tidak didapat menjelaskan asal usul mereka secara terperinci, malah mereka bergantung pada orang2 barat untok mengenal pasti asal usul mereka. Sedangkan kata melayu dari bahasa jawa bermakna orang2 yang melarikan diri, sesuai dengan sejarah dimana sebuah kerajaan melayu Srivijaya yang diserang kerajaan jawa lalu melarikan diri.

Unknown said...

Kekata “Jawa” menerangkan kefahaman yang jelas dari 4 rangkaian perkataan yang begitu erat sekali maknanya, saling kait mengait antara sutu sama lain dan yang sejajar dengan fitrah alam dan fitrah manusia ia itu Jawa-Jawi-Jiwa dan Jiwi. “Jawa” bermakna orang yang sudah mengerti, sudah faham, sudah matang, bertatasusila dan yang sudah bertamadun dan berbudaya. Dan “Jawi” itu adalah kata halus suku jawa atau keturunan jawa yang sudah bertamadunan dan berbudaya itu. (dari sudut nahu atau tatabahasa jawa ). Dan dari segi makna, Jawa dan Jawi itu sebenarnya sama ia itu satu pengertian. Dan “Jiwa” yang dibermaksudkan disini adalah suatu kehidupan jatidiri orang jawa yang menghayati dan menjiwai tentang fisafah kehidupan dan kebudayaannya). Dan kata “Jiwi” itu adalah kepercayaan orang jawa tentang adanya tuhan yang maha kuasa yang disebut Sang Hyang Widi bermakna yang datang dari Tuhan yang maha kuasa.

Unknown said...

Ngarut.. Bukti mana... Perkataan jawi asal dari arab... Org arab gelar jawi ni kepada org nusantara...