Tajuk: Mata Kucing
Oleh: Nizam Zakaria
Terbitan: Marshall Cavendish
Tahun: 2008
Sinopsis:
Pick Yin, seorang produser doku di Singapura mengalami suatu sumpahan apabila beliau melihat "wallpaper" yang tertera seekor kucing hitam. Kini Pick Yin, berserta kawan-kawannya, Jason, Aileen dan Saiful terpaksa terjerumus ke dalam satu penyiasatan untuk membongkar serta memecahkan sumpahan 'kucing hitam' Pick Yin, sebelum Pick Yin menjadi mangsa yang berikutnya.
Rasa:
Mungkin sudah tidak ada yang asli lagi dalam dunia ini. Novel seram-ngeri-penyiasatan Nizam kali ini membariskan idea Ringu (filemnya) di mana seorang watak perlu membuka 'rahsia' dalam sebuah sumpahan yang dihadapinya untuk menyelamatkan dirinya (serta orang yang dia cintai). Tetapi saya berasa bersyukur kerana idea itu sahaja yang dirujuk oleh Nizam, selebihnya ialah sebuah cerita yang segar dan bergerak laju, anda seperti menonton sebuah filem seram Thai yang dibuat oleh orang Singapura.
Penggunaan struktur bahasa dan gaya Nizam sebolehnya mudah dan sederhana, senang dibaca dengan santai tanpa perkataan-perkataan jemu dan jenuh, suatu 'formula' yang diikuti oleh raja novel popular, Ahadiat Akashah. Gaya ini tampaknya positif dengan kehadiran novel ketiga Nizam di pasaran, memaparkan sebuah cerita yang sangat "page-turner" tanpa perlu menyesatkan pembaca dalam aliran permainan bahasa. Malah, saya teringat akan membaca novel-novel ngeri-seram Christopher Pike melakukan hasil yang sama. Nizam sememangnya bukan mahu setaraf Stephen King, jauh lagi Clive Barker atau Peter Straub. Tetapi Nizam telah mengambil idealisme Koontz, Pike atau Bloch di mana penyampaian cerita didahulukan sebelum estetika 'sastera' dalam genre seram, cerita perlu disampaikan seefektif dan seefisyen mungkin, maka dari situ baharulah timbul 'simbol' untuk penyampaian makna yang holisitik.

Buat 'makna' sebalik cerita ini dengan suka citanya disedari, Mata Kucing mempunyai pelbagai rencam dan kejutan makna yang memikat mana-mana pembaca dan peminat novel seram. Kebanyakannya memang dimainkan secara 'seloroh' oleh Nizam yang mengangkat 'gay agenda' (dalam menyelami pembukaan rahsia demi rahsia hantu dalam cerita ini, malah secara pembacaan psikoterapi, kita akan sedar 'sisi rahsia' yang subliminal berlaku terhadap beberapa watak yang disengajakan tidak disebut oleh Nizam, menciptakan watak-watak separa sangsi atau dipersoalkan- suatu item biasa yang perlu bertapak dalam novel-novel noir dan penyiasatan). Tetapi yang paling penting, Nizam berjaya membawa sebuah 'dunia' urban yang diselang-seli dengan hal-hal momok dari zaman tradisi nusantara, hal yang sememangnya sudah lama diaplikasi oleh penulis seram Jepun dan Korea dan baharu dimulakan oleh penulis kita seperti Zaifuzaman Ahmad dan Rosli Md. Sah.
Tetapi, kalau mahu dibandingkan dengan Zaifuzaman dan Rosli, Nizam lebih cenderung menangkap modenisasi dan ketidaktahuan atau keterasingan watak anak bandarnya terhadap hal-hal tradisi nenek moyang, sedang cerapan seram Zaifuzaman dan Rosli lebih menimbal balik tradisi magis dan ilmu malam Melayu seperti yang disampaikan oleh raja seram Malaysia, Tamar Jalis. Dunia Nizam dicipta dalam watak-watak urban yang melihat dunia hantu dan seram semacam wayang fantasi, surreal buat ringkasan. Kegilaan mereka, terutamanya masyarakat Singapura terhadap hal-hal angker, disiarkan dalam bentuk dokumentasi yang kebanyakannya ditulis dan digambarkan oleh penulis-penulis modennya (kebanyakannya daripada Russel Lee), menjadi hal-hal yang diimpikan secara tidak sedar oleh penduduknya. Sindrom 'kelainan' daripada kebiasaan kota menjadikan dunia 'impian' hantu ini sebagai fantatisme yang mengimbau keterujaan (imaginasi menjadi benar), menyentuh kemahuan kebiasaan mereka kepada sesuatu yang keluarbiasaan. Dan ini ditangkap dengan baik oleh Nizam Zakaria dalam teka-teki moden di dalam novel ini.
Ada beberapa perkara yang mungkin boleh dimaafkan (hal-hal kekuasaan yang dibuka dengan mimpi yang dibuka dengan mudah sekali) kerana cara Nizam menggerakkan aksi dan cerita dalam novel ini dengan cepat. kadang-kala, kita terasa 'pop' Nizam dalam psikologi benar wataknya. Pun begitu, Mata Kucing memaparkan hiburan yang asli, seronok, seram, semarak, sesuatu yang tidak biasa kita dapat daripada novel-novel seram Malaysia.

7 comments:
tahniah nizam, kat mana nak beli buku ni!
mana nak cari buku ni??
salam tanpa nama. Saya jumpa novel ini di Pesta Buku KL baru-baru ini. Saya dengar, kini novel ini agak susah mahu didapati di pasaran. Cuba hubungi pihak Marshall Cavendish dan paksa mereka jual novel ni, heheh.
ada lagi x online novel nizam zakaria?
ted, dlm myspace dia ada.. dia simpan dlm tu..
Salam, saya ada stok buku Mata Kucing ni. Buku baru stok lama, tapi kondisi sangat baik kerana masih berbalut plastik lagi. Boleh email saya di sueonn@gmail.com jika berminat.
Syabas...anakanda telah menemui buku Pak Nakula.. Saya lebih awal berkenalan dengan ayahnya . Tok Haji (panggilan gemuluh tahun 1957-58)...mengaji mukadam di wakaf makam diraja Langgar Kelantan .
selain mengaji apa yang Toh Haji mengajar saya?....beliau melagukan watak wayang kulit..Seri Rama dan Siti Dewi...Al Fateha gemulah guru kami Tok Haji..
Post a Comment