Saya Sedang Membaca

Kronikel Etanol oleh Hafizul Osman |Tunggul-tunggul Gerigis oleh Shahnon Ahmad | Atlantis: The Lost Continent Finally Found oleh Prof. Arysio Santos | The Mind of The Malay Author oleh Muhammad Haji Salleh | Joseph Anton: A Memoir oleh Salman Rushdie

Wednesday, June 11, 2008

Tinta Penulis



Emmm, saya agak mengaku, saya agak malu dengan gambar (rujuk di atas) yang tersisip di dalam novel Alaf 21 itu. Sebenarnya, saya sampai tidak sanggup nak berikan kepada Editor Alaf 21 waktu itu. Tetapi sudah RM16 saya buang untuk gambar amatur itu yang diambil di sebuah studio di Wangsa Maju. Kemudian, ada beberapa gambar yang diambil oleh kawan saya secara amatur, tampaknya lebih beradab dan sopan, malah buat saya (dengan perasan), lebih manis (gambar itu tertera di dalam laman e-sastera.com). Alasan editor dan pereka letak ialah, gambar ini (di atas) dipilih kerana ia berbentuk menegak ke atas, amat sesuai dengan peletakan teks di dalam Tinta Penulis novel. Saya mengangguk sahaja kerana saya tahu keputusan mereka merupakan keputusan yang terbaik dan profesional. Tetapi sampai sekarang saya menggeleng ketawa setiap kali melihat gambar itu di dalam novel sai-fai ini.

6 comments:

amyz! said...

Eh, gambar ini pun comel apa.. ;-)

Nazmi Yaakub said...

malu apa. itu stail pengarang negara atas angin bergambar. di negara itu, khabarnya, pengarang adalah selebiriti yg mendapat tempat yg tinggi dlm masyarakat. lebih tinggi drpd artis :)

faizul darius said...

ok je gambar tu? bukan tak pakai baju pun.

fadli akiti said...

errrr.. tetap rasa maluuuuu!

SYARIFAH ZULIKHA AL-YAHYA said...

en fadli ni memang pemalu ek.. biarlah gambar tu tak tampak kacak, sekacak tuannya yg sebenar. asalkan en fadli kacak di luar dan di dalam kan.. come on!

syarifah zulikha said...

biarlah gambar tu x selawa tuannya yang sebenar. asalkan en fadli lawa di luar dan di dalam.. kedua-duanya lawa.. come on!