Saya Sedang Membaca

Kronikel Etanol oleh Hafizul Osman |Tunggul-tunggul Gerigis oleh Shahnon Ahmad | Atlantis: The Lost Continent Finally Found oleh Prof. Arysio Santos | The Mind of The Malay Author oleh Muhammad Haji Salleh | Joseph Anton: A Memoir oleh Salman Rushdie

Wednesday, January 18, 2012

Tanggungjawab Berat, dan Indah Harapannya

Semalam saya dikejutkan dengan satu pengumuman daripada Ketua Editor. Semua tugasan majalah dirombak editor dan penolong editornya (mohon para penulis maklum dengan hal ini agar tahu siapa yang perlu dihubungi). Yang pertamanya sudah tentu dua editor yang dilepaskan dari Bahagian Buku Sekolah, saya dan Azleenda. Azleenda mendapat majalah Pelita Bahasa untuk ditangani. Saya diberikan majalah Dewan Sastera.

Secara literal, saya terduduk dalam duduk saya. Saya memerhati wajah Ketua Editor seperti tidak percaya. Saya bersyukur, tetapi turut merasa beratnya. Ini mimpi?

Saya teringat Keris Mas, Usman Awang, Pak Sutung, Kak Siti Zaleha, Kemala, Zaen Kasturi. Saya merasa begitu kerdil jika dibandingkan hasil karya sastera(?) saya dengan mereka. Tetapi saya faham, ini tugas. Saya memaklumkan hal ini dalam FB. Ramai taulan, baik dunia sastera kebangsaan, Barat dan bawah tanah memberi kata penghargaan. Lagi saya rasa berat. Tetapi mereka juga menyatakan, mereka menyokong dari belakang. Alhamdulillah.

Tanpa saya sedari, Pura Pujangga kita, Pak Mohd Affandi Hassan yang selalu saya ikuti buah tulisan blognya memasuki komen saya. Katanya, "bagi yang amanah, tidak apa-apa".

Saya menangis.

Buat mereka yang mahu menghantar karya, boleh sahaja terus mengirim (mengikut format yang sudah diikuti) ke e-mel DBP saya fadhli[@]dbp[.]gov[.]my dan fadlidewansastera[@]gmail[.]com (saya syorkan guna Gmail kerana emel DBP selalu penuh).

Syarat kiriman boleh dirujuk di sini.

Perjalanan sudah bermula. Reda. Tawakal. Doa.

8 comments:

Lucifer said...

Tahniah!

Semoga yang terbaik untuk perjalanan saudara yang seterusnya.

Tetamu Istimewa said...

Tahniah Tuan. Insyaallah akan saya kirimkan karya terbaru.

mohamadkholid said...

tahniah fadz... semoga dipermudahkan Allah

MKriza said...

Saudara.
Saya percaya saudara memang layak. Buat yang terbaik ya!

Anonymous said...

Salam,

Satu dua bulan nan lalu, ketika saya menelefon ke bahagian majalah DBP untuk mencari seseorang, Sdr. yang menjawab panggilan saya itu. Apabila Sdr. menyebut nama dan memberitahu bahawa Sdr. baru ditugaskan di bahagian itu, hati saya terus berdetak tiba-tiba,

"Inilah agaknya Editor Dewan Sastera yang baharu."

Rupa-rupanya, benar sungguh kata hati saya itu. Dan saya menemukan kebenaran itu dirungkaikan Allah SWT hari ini, ketika membaca blog Puan Nisah Haron.

Tahniah. Selamat berjuang untuk Sastera Melayu, dan Dewan Sastera khususnya. Semoga Allah SWT memelihara Sdr. dalam mengetuai tanggungjawab dengan legasi besar dan murni ini. Orang kecil seperti saya akan terus mendoakan yang baik-baik untuk Sdr. dan Dewan Sastera. Amin.

-Encik Anon-

fadz said...

salam anon,

waktu itu saya hanya penyelidik dan tidak ada apa-apa, malah tidak bercita-cita pun untuk mendapat apa yang dapat sekarang. Insya-Allah, kita sama-sama bangkitkan sastera kita.

fadz said...

Yang lain, terima kasih!

Anonymous said...

Lingkaran sastera kita semakin segar nampaknya pada tahun ini. Bermula dengan dana penerbitan dan yang terbaru pelantikan Tuan. Sudah tiba masanya sastera ditangani oleh suara muda -- segar dan berani.

Tahniah, dan selamat menduduki kerusi panas!