Bahagian Penyelidikan Sastera, Dewan Bahasa dan
Pustaka mengalu-alukan sumbangan kertas kerja bagi projek penyelidikan “Kajian Unsur
Sains Moden dalam Sastera” yang akan dibukukan. Kajian ini bertujuan untuk
meneliti bagaimana karya sastera sebenarnya turut terisi dengan unsur-unsur
sains, yang mempunyai “keterangan” tentang suatu fenomena alam tabii atau suatu
rumusan saintifik tetapi diterap dan dipersembahkan dalam penulisan kreatif.
Contohnya, dalam pembayang pantun “pisang
emas dibawa belayar” mempunyai keterangan saintifik dari segi mengukur
perjalanan pelayaran, keterangan sains makanan tentang fungsi pisang sebagai
makanan dalam pelayaran, dan unsur-unsur sains yang seumpamanya. Penyumbang
dinasihatkan untuk meneliti bidang dan subbidang sains yang sesuai untuk dikaji
dengan teks sastera. Teks sastera pula termasuk teks tradisional (lisan mahupun
bertulis) atau teks moden (kreatif mahupun bukan kreatif).
SKOP KAJIAN
Dalam
kajian teks sastera sekarang, bidang-bidang dalam sains semula jadi (natural science) dan sains komputer masih kurang dikaji. Namun, bidang-bidang
dalam sains sosial pula agak biasa dikaitkan dengan penyelidikan teks sastera.
Namun begitu, uji kaji makmal yang khusus, seperti dalam uji kaji psikologi
(contoh: Eksperimen Ketakserasian Kognitif, Kesan Hawthrone, Eksperimen Anjing
Pavlov, dll.) juga amat kurang dikaitkan dengan penyelidikan teks sastera
tempatan.
Oleh itu, tumpuan unsur sains moden untuk projek ini lebih tertumpu pada bidang sains asas dan sains gunaan dalam bidang sains semula jadi, atau ujian makmal yang dilakukan secara saintifik dan terkawal dalam bidang sains sosial. Kategori bidang sains adalah seperti jadual yang berikut:
|
SAINS
EMPIRIKAL |
SAINS
FORMAL |
|
Sains asas |
Sains
semula jadi |
Sains
sosial |
Logik, matematik dan statistik |
Fizik, kimia, biologi, sains bumi dan sains angkasa |
Antropologi, ekonomi, sains politik,
antropogeografi/geografi manusia dan psikologi |
||
Sains gunaan |
Kejuruteraan, sains pertanian, perubatan dan sains bahan |
Pentadbiran perniagaan, dasar awam, pemasaran,
undang-undang, pedagogi dan pembangunan antarabangsa |
Sains komputer |
Contoh bidang dan subbidang kajian sains bumi yang boleh diaplikasikan dengan teks sastera adalah seperti jadual yang berikut:
SAINS
BUMI |
|
Bidang
Kajian |
Contoh
Bidang/Subbidang Kajian Berkaitan |
Sains geologi |
Mineralogi,
petrologi, geomorfologi, paleontologi, dll. |
Geografi
fizikal |
Ekologi,
hidrologi, palaeeografi, biogeografi, dll. |
Geofizik dan
geodesi |
|
Geokimia |
Kosmokimia,
geokimia isotop, biogiokimia, geokimia akueus, dll. |
Sains tanah |
Pedologi dan edafologi |
Ekologi |
|
Hidrologi,
oseanografi/ilmu alam lautan dan limnologi |
|
Glasiologi |
|
Sains
atmosfera |
Meteorologi,
klimatologi/kaji iklim, kimia atmosfera dan fizik atmosfera |
SYARAT-SYARAT
PENYERTAAN
1.
Kertas kajian ini
boleh dilaksanakan secara berkumpulan. Gandingan pakar sains atau pengkaji
sastera adalah dibenarkan dan tidak melebihi tiga orang dalam satu kumpulan.
2.
Para pengkaji
yang berminat untuk menyertai kajian ini hendaklah menghantar abstrak atau pengenalan ringkas kajian mengikut format seperti yang
berikut: (i) ditaip menggunakan perisian MS Word *.doc; (ii) jenis fon Arial bersaiz
12; (iii) langkau dua baris; (iv) 1-2 halaman; (v) sertakan: tajuk kajian,
nama/nama-nama pengkaji, serta biodata pengkaji.
3.
Biodata pengkaji
termasuk nama penuh (seperti dalam kad pengenalan), jawatan atau pekerjaan,
kelayakan akademik, alamat dan nombor telefon (telefon bimbit dan
pejabat/rumah) juga perlu disertakan.
4.
Pihak penyumbang yang
berminat boleh kirimkan dahulu abstrak atau pengenalan ringkas kajian kepada fadhli@dbp.gov.my sebelum 30 November 2020. Untuk
maklumat lanjut, sila hubungi En. Muhammad Fadhli al-Akiti (03-2147 9323).
No comments:
Post a Comment