Jurnal Pangsura
Mengalu-alukan Kiriman Makalah Ilmiah
tahun 2020 untuk terbitan
tahun 2021
Jemputan untuk Pemakalah dari Malaysia Sahaja
_____
Jurnal Pangsura atau Jurnal Pengkajian dan Penelitian Sastera Asia Tenggara diterbitkan
dua kali setahun (Januari-Jun dan Julai-Disember) terbitan Dewan Bahasa dan
Pustaka Negara Brunei Darussalam. Jurnal pertamanya terbit pada 16 Januari
1996. Penerbitan jurnal ini bertujuan untuk membantu meningkatkan mutu karya
sastera, sebagai wadah ilmiah dalam usaha menampilkan kajian-kajian serta
pembahasan-pembahasan tentang sastera. Di samping itu, jurnal ini mendukung
perkembangan kesusasteraan Melayu khususnya di Negara Brunei Darussalam dan
dunia Melayu amnya.
Jurnal Pangsura memuatkan pengkajian dan penelitian sastera hasil para pemakalah negara
anggota MASTERA, iaitu Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura,
juga dari negara Asia Tenggara lainnya. Melalui jurnal ini, gagasan dan
pandangan ahli akademik dan golongan intelektual tentang pengalaman sastera di
Asia Tenggara yang saling berhubung kait.
_____
Syarat Penyertaan
Manuskrip mestilah makalah ilmiah.
Penulisan makalah ilmiah merujuk karangan ilmiah tentang topik dan permasalahan
berdasarkan data yang diperoleh melalui rujukan perpustakaan dan/ataupun kerja
lapangan. Penghuraiannya merujuk penulisan yang berlandaskan metodologi
keilmuan atau saintifik. Metodologi saintifik ialah pendekatan mengungkapkan
fakta dan bukti bagi menyokong kebenaran melalui beberapa langkah seperti
perumusan masalah dan pembentukan hipotesis. Bahasa penulisan ilmiah, biasanya
memilih kata, istilah, ungkapan dan ayat yang maknanya denotasi, yakni tepat
dan jelas. Oleh hal yang demikian, makalah ilmiah haruslah bersifat objektif,
jujur dan tepat.
Setiap manuskrip yang dikirim
hendaklah memuatkan abstrak dan kata kunci. Manuskrip mesti
ditulis dalam bahasa Melayu.
Panjang manuskrip tidak kurang
daripada 15 halaman dan tidak lebih 30 halaman, rupa taip Times New Roman, poin
12, langkau baris 1.5 pada sebelah muka surat kertas saiz A4, nota kaki 10 poin.
Format manuskrip dalam Microsoft Word *.doc atau *.docx.
Manuskrip yang dihantar mestilah belum
pernah diterbitkan serta belum pernah terikat dengan mana-mana pihak untuk
diterbitkan. Setiap manuskrip yang dikirim akan dinilai terlebih dahulu sebelum
dimaklumkan dalam masa enam (6) bulan.
E-melkan manuskrip berserta NAMA
PENUH, NO. KAD PENGENALAN, ALAMAT SURAT-MENYURAT PENUH, NO. AKAUN BANK dan NO.
TELEFON kepada Encik Muhammad Fadhli al-Akiti (fadhli@dbp.gov.my).
1 comment:
ASSALAMUALAIKUM..BOLEH SAYA TAHU INDEKS JURNAL INI?
Post a Comment