Saya Sedang Membaca

Kronikel Etanol oleh Hafizul Osman |Tunggul-tunggul Gerigis oleh Shahnon Ahmad | Atlantis: The Lost Continent Finally Found oleh Prof. Arysio Santos | The Mind of The Malay Author oleh Muhammad Haji Salleh | Joseph Anton: A Memoir oleh Salman Rushdie

Monday, March 19, 2012

Novelet Fiksyen Pulpa Saya



Kuala Lumpur. Kota Bharu.
Dua kota berbeza tetapi kedua-duanya hidup, siang dan malam.
Masuk Mod dan Luwi.
Dua insan terdampar di Kota Bharu, menghirup udaranya. Seorang lari dan seorang menunggu, berani. Seorang mencari erti cinta jati dan diri. Seorang bertemu cinta sejati, mungkin.


Kuala Lumpur. Kota Bharu.
Destinasi terbuka membawa peluang dan debaran.


1. Ini novel "cinta" saya yang pertama.

2. Inilah novel paling susah yang pernah saya tulis. Saya tidak gemar menulis novel cinta. Awek (dan sekarang bini) saya memujuk. Waktu itu saya bekerja di Kota Bharu. Komputer laptop saya baru hilang. Saya sudah putus asa menulis. Awek saya pujuk saya menulis. Saya menulis novelet ini kerananya. Saya menulis semula selepas itu. Novelet ini paling lama ditulis, paling mengambil masa untuk ditulis. Dekat dua tahun baru habis.

3. Saya tabik spring kepada semua penulis novel cinta, kerana sebenarnya, amat susah untuk menulis novel cinta.

4. Sewaktu saya di Kota Bharu, saya banyak berjalan kaki, ke tengah bandar, ke Ceramah Pagi Tok Guru, ke pasar lama, ke masjid, ke Benteng. Pada satu malam, bas saya melalui jalan pada Hari Keputeraan Raja Kelantan. Gerbang-gerbang yang indah, pokok-pokok berbuah lampu pelbagai warna. Semua ini saya titipkan dalam novel ini.

5. Kota Bharu masih misteri buat saya, dan tetap suci. Walaupun KL "lumpur" tetapi saya sayang kepadanya.

6. Watak (yang mungkin kontroversi) dalam novelet ini mungkin Luwi. Luwi, bagi saya, benar-benar wujud. Saya suka solat Jumaat di Masjid Langgar (dekat dengan Makam Di-Raja). Di situ, ada seorang budak lelaki, tinggi dan kurus, putih, membalut diri dengan kesemuanya putih, keluar dari sebuah rumah banglo kayu berdekatan masjid, lalu berjalan longlai ke masjid, menyusup seperti kancil kalangan jemaah dan saf. Budak ini lembut, seakan androgynus, cantik seperti wanita dan tidak seperti lelaki yang lelaki. Dia solat, hilang, tersembunyi. Dia kembali ke rumah banglo itu, yang kini, saya lihat, ada lima hingga enam budak yang "menyerupainya" walaupun mungkin tidak "secantik"nya, semua berkerumun. Imej itu masih saya ingati dan ianya indah. Ia lagi indah kerana ia duduk berdiri dan tinggal di bumi Kota Bharu dan Kelantan, di sebelah masjid, sembahyang Jumaat sebagai menunaikan kewajipan. Inilah sisi-sisi Kota Bharu yang kita tak dengar. Inilah sisi-sisi Kota Bharu yang hidup tetapi terpinggir tetapi tetap berdiri dan bergerak bersama jaringan darah kotanya, tanahnya.

Ini yang membuat Kota Bharu saya hidup.

Cara pembelian:
1. Masukkan RM25 (termasuk kos pos laju) ke Akaun Maybank 114141154301 (Azalan Hussain).

2. E-mel resit deposit berserta nama penuh dan alamat ke studioanaianai[@]gmail[.]com dengan tajuk e-mel "Nak Beli Buku, Bai" Hubungi pihak Studio Anai-Anai atau Sol-Jah kalau nak maklumat lebih.

7 comments:

Huda Engku said...

Fadz. Serius. Anak Kelantan ini berminat membaca novelet ini! Apa pun tahniah ya, akhirnya berjaya juga menyudahkan penulisan novel cinta ini.

fadz said...

aku dah mintak lut jadikan kau moderator kalau dain dtg nanti, bila lagi nak tunjuk bakat perfileman kau?

epitjack said...

Menarik! Ada harapan ia dijual di Pesta Buku KL April nanti?

Amir Fawwaz said...

teaser yg menarik boh...rasa mcm nak beli :D

zan said...

Jualan sehari pada Sabtu ini bersempena Art For Grabs di Annexe, Central Market. Dapatkan buku Ko KB Ku KL (dan jika bernasib baik, akan ditandatangani oleh penulisnya) pada Sabtu ini...:-)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Aku dah baca.
Sedang baca lagi.

Pesanan "Be Nice" depan novelet ni buat aku terfikr, apa maksud sebenar agaknya :)

TAd said...

Menarik. Akan saya dapatkan novel ini dan baca secepat mungkin.