Saya dan beberapa rakan penulis/editor sedang dalam proses mencipta ZINE yang khusus buat sai-fai (sains dan fantasi), kini mencari sumbangan penulisan fiksyen sains, fantasi (fiksi atau bukan fiksi) dan penulisan spekulatif lain yang boleh dimuatkan dalam ZINE kami. Saya sendiri akan menyelanggara bahan sumbangan tuan-tuan dan puan-puan.
Sumbangan tuan-tuan dan puan-puan amat diperlukan.
E-mel kan terus kepada:
Sekian.
9 comments:
Salam.
Boleh beri maklumat lanjut tentang Zine ini? Terima kasih.
Salam Puan Nisah,
Biar saya berikan maklumat di sini sahaja ttg hal ini. Tapi saya sedikit malulah sebab Puan Nisah (yang saya sedia maklum dan anggap sebagai "maharani") tanya, kerana ini projek orang-orang muda yg tidak ada duit, jadi:
- pembayaran buat sumbangan tulisan kemungkinan tidak ada, kami ambil idea DIY, dengan kemasukan sumbangan melalui "keikhlasan" penulis masing-masing untuk menyumbang karya (sudah terbit) atau belum terbit mereka. Idea ini kami ambil daripada penelitian zine-zine yg dimulakan pada zaman awal sai-fai di Amerika oleh Ray Bradbury dan rakan2 sebelum beliau dikenali.
- buat sekarang, karya bebas, berbentuk kreatif (cerpen/puisi/sedutan novel) atau bukan fiksyen (informatif) dan boleh menejermah beberapa karya fantasi/FS Inggeris, nanti saya dan beberapa kawan akan meneliti apa yg akan dimasukkan.
- menitik beratkan peminat dan penulis sai-fai amatur hingga ke yg hebat2.. tapi itulah, bajet.. kami minta dengan ikhlas..
- Zine kemungkinan akan dicetak kalau kami dapat tajaan tinggi, selalunya mak dan ayah, hahah.. kami akan cuba edar secara menyeluruh. Pun begitu, zine secara talian adalah primernya.
kalau ada soalan lagi, puan boleh terus emel kepada saya:)
so zine tu dlm bentuk penerbitan bukulah, artikel pun bolehlah, ulasan filem?, ulasan buku?, atau esei boleh. Kalau fantasi tu macamana? saya ni baru nak belajar menulis. thx
Both bahasa Inggeris dan Malay boleh ke?
salam, boleh nazim :)
zine, macam zine lah, macam zine dalam filem KAMI tu, kemungkinan akan dicetak.
hujung minggu depan saya akan hantar satu. tapi saya hanya penulis hobbyist. tak ada nama.
terima kasih.
zakri, dialu2kan, kami pun nak dgr suara org muda yg segar.. oh ya, ada bengkel fiksyen sains 7 mac di DBP Wilayah Timur, Kota Bharu, sila datang..
Oh tidak, saya bukan lagi orang muda. Kamulah orang muda yang bersuara segar sebenarnya. saya sudah tua. cuma baru berjinak-jinak dengan penulisan sebagai hobi. maafkan saya kerana tak dapat menghantar contoh karya untuk zine kamu. saya ada kerja lain. tetapi saya ucapkan selamat maju jaya untuk kamu. teruskan menghasil karya. saya akan mencari buku-buku kamu bagi bacaan anak saya.
saya harap boleh didapati di kedai-kedai online kerana di terengganu, kedai buku tidak banyak.
terima kasih zakri
Post a Comment