Tindakan Sasterawan Negara, Datuk (Dr) A. Samad Said baru-baru ini mengumumkan tidak mahu lagi menggunakan gelaran "Sasterawan Negara" (Utusan Malaysia, 24 Januari 2008) mengundang pelbagai persoalan mengenai kedudukan dan nasib golongan penulis karya sastera di negara ini.
Begitu juga, apabila baru-baru ini, Datuk A. Samad Said mula mendapatkan tandatangan pengunjung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada petisyen berhubung usahanya mendapatkan semula hak cipta bagi ebberapa buah novelnya yang masih belum dipulangkan oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (Berita Harian, 22 April 2008).
Insiden seperti ini pasti mengundang rasa ingin tahu orang ramai untuk mengenali pemikiran, sensitiviti dan peribadi golongan sastrawan.
Maka, usaha Perpustakaan Negara Malaysia dengan ekrjasama Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan menganjurkan "Pameran Wajah-wajah Penulis Malaysia" harus dilihat sebagai suatu sumbangan besar ke arah mengiktiraf golongan penulis, selain membantu masyarakat umum mengenali mereka secara lebih dekat.
Pameran yang bertemakan "Setitis Tinta ... Sejuta Karya" dijadualkan berlangsung di galeri pameran Perpustakaan Negara Malaysia, Kuala Lumpur pada 5-31 Mei ini.
Saya percaya, wakil persatuan penulis pelbagai kaum dan bahasa, serta individu penulis pelbagai kaum akan diundang ke pameran ini untuk memberi peluang kepada para pengunjung mengenali mereka secara lebih dekat.
Pameran ini juga diharap membuka ruang untuk lebih mengenali golongan sasterawan dan pelbagai isu yang semacam menghantui dunia penulisan mereka.
Dapatkan maklumat lanjut mengenai "Pameran Wajah-wajah Penulis Malaysia" di laman sesawang www.kavyan.cjb.net

3 comments:
Ooo...menarik tu... anyway.. apa kata kita tubuhkan persatuan penulis fiksyen sains...atau singkatannya LIGA PENULIS FIKSYEN SAINS MALAYSIA.... ok tak ?? Anta jadi Presiden la wahai saudara Fadhli... reply nanti k?
salam tanpa nama, errrr, sebenarnya saya dah buat, sila masuk ke dalam www.shelfari.com, masuk dalam kumpulan FANTASE, di situ, ramai penulis/peminat sai-fai dan fantasi ada di dalamnya...
fad! sangat menarik,
horizon saga!
mahu secara percuma!
boleh???
hahahaha~~~~
Post a Comment