Saya Sedang Membaca

The Consuming Fire oleh John Scalzi | Pemberontak Filem oleh Nasir Jani | The Prague Cemetry oleh Umberto Eco | Confessions of a Mask oleh Yukio Mishima | In Search of Modernity: A Study of the Concepts of Literature, Authorship and Notions of Self in "Traditional" Malay Literature oleh Hadijah Rahmat |

Tuesday, April 29, 2008

Wawancara Astro Awani






Ketua Editor Alaf21, Kak Wan mengejutkan saya. Dia kata, esok (30 April) saya perlu ke Awani untuk ditemu ramah pada 11:45pagi tentang novel terbaharu saya, SAGA HORIZON. Alangkah berdebarnya saya!

Sedikit gambar sewaktu di sana:



Di bilik menunggu.
Bersama ibu, bergambar di luar setelah selesai azab rakaman.




1. Parkir Wisma Bursa Saham di Jalan Raja Chulan sangat mengerikan.

2. Saya ke sana bersama ibu, emm, ya, saya tak memandu ...

3. Saya nak sangat bergambar bersama Dang Suria, tetapi gubra semacam, bila habis sessi rakaman terus lari ke pintu.. aduh...

4. Dang Suria cool dan profesional. Memang hebatlah. Patut boleh sebaris Larry King kalau dia mahu (bukan Oprah ya).

5. Fiza, pengendali(?) rancangan WW memang baik hati. Terima kasih buat dia kerana menjaga ibu saya dengan baik (saya takpe).

6. Pertama kali kena touch-up untuk rakaman. Dulu sewaktu saya masuk rakaman rancangan Shortcuts arahan Amir Muhammad tak ada mekap-mekap ni. Huhu, rasa ngeri bila kena mekap. Tetapi rupanya, penyampai berita Astro Atma sang lelaki tu pun bermekap. Patutlah wajah deme sentiasa berseri-seri depan kamero, ohhhh...

7. Apa yang kita lihat di TV tak semestinya benar dalam realiti. Yang pendek jadi tinggi! Itu satu perkara menarik yang saya perhatikan di studio rakaman sewaktu itu.

8. Sekali lagi, mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Kak Wan kerana memberi peluang, kepada Fiza dengan layanan baik, kepada Dang Suria kerana kelancarannya, dan ibu kerana membantu saya ke sana :)

14 comments:

Ted Mahsun said...

Good luck!

Anonymous said...

that is soo cool. good luck cousin!

Anonymous said...

Waa! Haibat!

Anonymous said...

Oh ya jangan lupa promokan sekali Menara Sang Gedembai. Suka sangat dengan jalan ceritanya. Cepat sikit kau jadi jutawan, tak yah susah-susah ambil lesen, boleh upah supir.

Layla Haq said...

Jangan gementar. Jadikan peluang ini sebagai medium terbaik untuk mencambahkan idea dan pemikiran kita kepada khalayak.

Semoga terus berjaya.

Hezzy Azra... said...

I missed the show... was in the meeting. Klau tidak, bleh lari kejap ke kedai mamak ke? hehe

Anonymous said...

Tahniah! Bila baca blog ni rasa seperti nak baca karya-karya sci-fi penulis Melayu kita (walaupun dah tak termasuk dalam sasaran audience rasanya).

BTW, nak jemput Sdr Fadli dan pengunjung2 di sini berkunjung ke Bukuria dan memeriahkan suasana di sana.

fadz said...

ted, terima kasih!

ainul, huhu, danken counsin!

kangaq, tak le.. mana ada haibat.

mar, ceh, mengarut je..

bayan, terima kasih.

hezzy, haha, boleh je lari kot, haha..

najibah, baik, akan saya lihat nanti:)

Anonymous said...

Fadz,

Ada sepesel rekues, masukkan sekali adegan atas katil hospital bole. Ini permintaan peminat, wat to do ha ha ha. Ala adik ipar abang JR U-HAH yang nak macam tu. Wat to do. Once we go blogging, sindri mau ingatlahkan indak perlu sensitif-sensitif akan emansipasi diri.

faizul darius said...

hebatnya fadz... muda lagi ke? muda dari saya ke saudara fadz ni?

Unknown said...

Tahniah Fadz,

Saya tumpang bangga bila penulis buku jadi selebriti. Memang sepatutnya penulis diberi tempat dalam media. Moga jadi pendorong untuk terus menulis.


Ohhh...Anak emak rupanya!!! :)

Anonymous said...

Salam,
Tahniah!!! Tiada Astro di rumah tetapi harapnya ada yang sudi upload di Youtube nanti.

Anonymous said...

mar, watever..

faizul, saya dah tua tapi selalu ingat muda, macam Peter Pan :p

jiwa rasa, emmm, ya, sangat :p

waris, takpe, errrr, wa malas nak buat, tak pandai, dan mana ler ada org nak buat cam tu..

fadz said...

Saya bukan penulis Menara Sang Gedembai... minta maklum..