Tuan pengarah program kami, Encik Vovin menunjukkan cara merokok dengan betul.
Juga melakukan inspeksi jika saya tidak datang mendaftar pagi itu.
Juga melakukan inspeksi jika saya tidak datang mendaftar pagi itu.
Siap-siap. Koleksi buku Sol-jah yang akan dijual. Hari Sabtu itu, koleksi buku hampir habis,
terutamanya buku-buku tulisan Sinaganaga.
Abang Rahim yang saya sanjungi, penjaga khazanah
buku-buku Pak Usman yang saya sayangi.
Saya tidak tahu kenapa, di KLAB,
ramai pengunjung suka tonjol bontot mereka.
Majlis baharu hendak 'panas', 11 pagi.

Sang jurukamera yang sibuk mengambil
gambar Amir Muhammad. Lihatlah aksi
ghairahnya mengambil 'pose2' yang mengancam.
Dia tak suka buku kami.
gambar Amir Muhammad. Lihatlah aksi
ghairahnya mengambil 'pose2' yang mengancam.
Dia tak suka buku kami.
Lagi para pengunjung yang menonjolkan bontot
mereka kepada kami. Di sebelah paling kiri
ialah Jerome Kugan, seorang pemuzik
berbakat, pembikin lirik-lirik muzik mencuit dalam
dokumentari Lelaki Komunis Terakhir.
mereka kepada kami. Di sebelah paling kiri
ialah Jerome Kugan, seorang pemuzik
berbakat, pembikin lirik-lirik muzik mencuit dalam
dokumentari Lelaki Komunis Terakhir.
Kami setia memerhati dan mengamati
bontot para pengunjung.
bontot para pengunjung.
Para pengunjung mula memenuhi gerai pada
setengah hari.
setengah hari.
Dua jejaka tampan yang sentiasa diapit pengunjung,
juga awek-awek bedah dada. Saya mula rasa iri.
juga awek-awek bedah dada. Saya mula rasa iri.
Raja Binjai. Ya, seorang ahli pemasaran yang hebat.
Penyair 'anjing' kita Azwan Ismail.
Juga seorang promoter yang hebat.
Saya sengaja tak ambil gambar bersama Amir dan Saharil kerana beliau sangat popular hari itu, tidak perlu publisiti saya :)
Juga seorang promoter yang hebat.
Fahmi Reza, pengarah filem dokumentari berbakat tinggi.
Tahun depan harus ke Cannes.
Tahun depan harus ke Cannes.
Saya sengaja tak ambil gambar bersama Amir dan Saharil kerana beliau sangat popular hari itu, tidak perlu publisiti saya :)
3 Mei saya menjaga gerai Sindiket Sol-Jah. Berbanyak-banyak terima kasih kepada Vovin yang memberi peluang (saya seronok, kesemua novel saya terjual!) serta abang Naga yang 'sporting'. Serta Habri yang banyak menolong. Tidak lupa juga kepada King Binjai yang menjadi penjual contoh hari itu kerana kesungguhannya dan 'kepala gedung ilmu'nya tentang bloggers dan blook, yang telah berjaya menarik pelbagai bangsa (ya, bukan Malaysia sahaja) untuk berhimpun ke gerai kami, walaupun mereka tak faham sepatah haram pun bahasa Melayu (ya, elit-elit mengada, sekurang-kurangnya mereka jenguk walaupun muka blur). Apa yang paling penting, 'brand' Sindiket Sol-jah sudah mula diperkenalkan kepada khalayak sebegini, dan memang mereka tertarik. Itu satu kemajuan yang baik. Apa yang menarik tentang KLAB:
1. Ramai yang suka dengan kecantikan dan 'rekabentuk luar dunia' kulit buku Sindiket Sol-jah, malah ramai pengunjung yang rata-ratanya buta bahasa Melayu tertarik dengan gerai Sol-jah kerana kulitnya, lebih-lebih lagi blook terbaharu, Gangguan Teksual di mana seekor lipas menjadi 'model' kulitnya. Ada seorang gadis yang terpikat habis dengan logo Sol-jah. Malah, saya didatangi oleh Mat Salleh lelaki yang menyampaikan 'syabas'nya kerana kulit buku Gangguan Teksual yang begitu 'mencuit' dan 'seksi'. Sengaja sahaja saya kata bahawa perekabentuknya (yang saya tak tahu siapa) mendapat ilham daripada Naked Lunch oleh William Burroughs. Mat Salleh tu tergamam.
2. Rata-ratanya para pengunjung ialah golongan kelas pertengahan atas yang rata-ratanya lebih senang berbahasa Inggeris daripada Melayu (memang menyedihkan). Kebanyakan pengunjung Cina dan India susah berbahasa Melayu malah menginginkan buku-buku itu diterjemahkan dalam Inggeris. Saya lupa, kita bukan rakyat Indonesia atau Thailand. Dengan Inggeris saya yang 'rosak', saya cuba terangkan apa yang boleh. Memeranjatkan, King Binjai mahir berbahasa Inggeris, malah lebih petah daripada saya!
3. Kebanyakannya puak Amir Muhammad. Abang Amir, tok sah tipulah, memang kawan hangpe, hehe. Contoh: zine kontreversi Mantra (koleksi penyair berani lagi lantang) lebih cepat terjual (dan habis) di gerai Sol-jah daripada yang lain. Syabas buat Azwan kerana konsepnya menarik perhatian kebanyakan pengunjung. (ada yang berkomentar: "Mereka tak buat lagi zine sebegini, syabas!")

4. Azwan ada menjaga gerai Bookcrossing.com. Azwan aktif dan sibuk (malam itu baca puisi lagi di Maskara), tak sempat berbual dengannya.
5. Ramai awek yang cantik. Emm, maaf, keluar tajuk. Oh ya, buku Aweks KL antara yang terlaris di KLAB. Syabas!
6. Ada seorang mat salleh wanita hamil yang pegang anjing chiwawa datang ke gerai. Saya dan King Binjai dah mula gubra tapi masih sempoi. GAIA pula memberitahu, kulit DVD "Flower in the Pocket"nya sudah dipegang oleh wanita itu, sengaja suruh saya cepat buat samak.

7. Farish Noor berjambang yang mempersembahkan kertasnya hari itu memakai baju ketat oren yang sungguh buruk (macam baru balik dari berbasikal), nampak lemak-lemak perutnya terbenjol keluar di keliling pinggang. Eeeeeww ...
8. Amir Muhammad sentiasa dikerumuni oleh manusia. Ramai wartawan mahu mengambil mukanya, wajahnya, suaranya (saya terkelu kerana beliau masih tidak bersikap diva tetapi sangat rendah diri dan ramah). Serta Shahril Nizam Ahmad dan Saharil (kerana artikel hebatnya dalam New Malaysian Essay vol. 1) yang sentiasa dikerumuni. Bernice Chauly juga, termasuk Ruhayat X dan Sufian Abas, antara 'artis' di KLAB hari itu.
8. Saya dapat sebuah buku katalog filem Indonesia yang disedekahkan oleh Amir di gerai sedekah buku (idea saya yang lama daripada Maskara!) Alangkah bahagianya saya!
9. Saya bertemu abang Rahim, suami kepada Kak Haslina, anak arwah Pak Usman Awang. Abang Rahim memang banyak idea dan geliga. Saat itu Pak Samad Said datang berkunjung, macam benci tengok muka saya. Saya pun bencilah tengok muka Pak Samad.
10. Liew Seng Tat sombong gila. Takpe bro, takpe. Fahmi Shortcuts pun.
11. Bertemu Ted Mahsun sekali lagi, pengulas buku terkemuka yang menjaga gerai Suara Hati. Ted bersama isterinya. Ted boleh jadi ahli politik suatu hari nanti.

12. Sharon Bakar membeli novel Opera Angkasa Vovin. Saya berdoa agar ada ramai lagi manusia seperti Sharon yang membeli buku-buku Melayu walaupun beliau tahu beliau susah mahu membaca buku-buku Melayu.
13. Saya tak nampak Hisham Rais. Buat penat saja saya beli bukunya.
14. Saya bertemu Fahmi Reza, pengarah "10 Tahun Sebelum Merdeka", diperkenalkan oleh Amir Muhammad. Fahmi menghadiahkan DVDnya. Saya tersentuh.
15. Ramai awek Melayu hari itu tak suka novel fiksyen sains. Patutlah saya termimpi nak kahwin dengan gadis mat salleh.
15. Ramai awek Melayu hari itu tak suka novel fiksyen sains. Patutlah saya termimpi nak kahwin dengan gadis mat salleh.
16. Rupanya saya ada pembaca. Beliau kata, blog tontonfilem saya selalu menjadi bahan rujukan. Siap beli novel saya. Tergamam saya. Terima kasih bro!
17. Saya terjumpa kemeja T yang sangat cantik dibuat oleh sekumpulan budak Melayu (tercatat keratan sajak di atasnya), berharga rm35. Saya tak cukup duit dan mahu beli keesokan harinya, tetapi saya tak dapat pergi hari Ahad. Jika kalian terbaca posting ini, harap maklumkan kerana saya mahu sangat beli baju-baju cantik itu.
Diharap KLAB boleh dianjurkan setiap tahun. Diharap, lebih ramai pengunjung yang dwibahasa mengunjung dan bukan puak Amir Muhammad sahaja pada tahun hadapan. Ya, saya akan turut serta kalau tiada aral melintang pada tahun depan!
8 comments:
:) nice pic
thx bro!
Encik Vovin sebagai Pengurus PTS ONE, penerbit sastera remaja paling besar di Malaysia, tidak patut menunjukkan cara beul memasang rokok!
Nanti dia!
Ha ha ha, amboi bersemangat betul korang ye. Wah Fadli, kalau macam ini harus roboh kota Melaka korang kerjakan. Tahniah.
Tok hanya berfantasi dari kejauhan.
Konsep asal design Lipas: Tok Rimau. Dulu, masa aku rajin melukis. Aku ada lukis gambar lipas yang telah mati. Medium: Ink.
Bila aku ceritakan kpd Naga. Dia terus dapat. Dia gi bersusah payah memburu lipas kat tandas rumahnya. Dia umpan dengan nasi agaknya. Dia suruh lipas tu pose dan snap. Dgn skil tahap dewanya, berjayalah dihasilkan artwork cover tu. Syabas naga.
Fadz,
Terima kasih kerana selalu membantu kami. :)
Oh cian dia, Pak Samad jeling dia ye, nanti dia Pak Samad tu, Pak Azizi mai KL 17 & 18 Mei ni.
vovin, larriiiiiiiiiiiiiikk!
oh, idea tok rimau rupanya.. pandai tok bermimpi begitu.
nag, biasa, ajak lagi k.
mar, saja je tu, usik2 pak cik roman tu.
Post a Comment