Saya Sedang Membaca

The Consuming Fire oleh John Scalzi | Pemberontak Filem oleh Nasir Jani | The Prague Cemetry oleh Umberto Eco | Confessions of a Mask oleh Yukio Mishima | In Search of Modernity: A Study of the Concepts of Literature, Authorship and Notions of Self in "Traditional" Malay Literature oleh Hadijah Rahmat |

Sunday, March 21, 2010

Pesta Buku Antarabangsa KL 2010 Datang Lagi!

Horey horey!!

Pasar, maaf, Pesta Buku Antarabangsa KL di PWTC sudah kembali!! Aih, biasalah (kalau Matta buat penggemar pelancong, dan kini PBAKL buat penggemabr buku) dengan jalan sesaknya dan beg MOYnya dan penjual Linguaphone dan Ensiklopedia Kanak-kanaknya serta pekik laung orangnya yang menjual buku macam di Pasar Keramat di waktu pagi. Saya amat-amat menyukai "pasar" ini, kerana ianya memang bukan hal pembukuan, tetapi buat peminat buku dan aktiviti, strategi dan gaya memasyarakatkan buku oleh penjual dan penerbit bukunya, waduh, hingar-bingar, hingar-bingar ala Malaysia! (kalau ini bukan budaya Malaysia, saya tidak tahu, lihatlah perangai kita di jalan raya).

Tapi buat Pesta Buku kali ini, saya meletakkan kepada diri saya, saya akan membeli "sedikit" sahaja buku (malah PayLess tidak ada di pesta buku kali ini, oh tidak!), malah semalam, saya sudah membuat peninjauan, buku apa yang saya perlu beli. Tapi entahlah, katanya rm200, tiba-tiba lawatan kedua, naik rm1000 (beberapa yang sudah kira akan dibeli ialah Ingin Jadi Nasrullah, Fansuri's Love serta Sultan Abd Al-Hamid II dan Kejatuhan Khalifah Islamiah). Oh Tuhan. Mungkin ini sahaja "penyakit dunia" saya yang saya tidak dapat tahankan. Satu lagi, nampaknya, kerana tiada satu novel saya keluar tahun lepas sehingga sekarang, saya perlu menyatakan kepada diri saya, "duduk menulis daripada duduk membaca kawan!" Ya, itu motto saya sekarang (walaupun, secara pelik dekat 8 buku sedang saya baca dengan serentak sekarang, aduh!).

Mohon Ampun ya Kak Wan!! Cik Moon!!

Seorang kawan saya, masih pesimis dengan PBAKL, katanya, "Alah, tempat cari buku teks universiti!"

Oh, tidak kawan. Lihat sahaja pameran ITNM (ya, buat saya, gerai tercantik setakat ini) serta beberapa penerbit buku lagi seperti PTS, Karangkraf, aduh, ini cara orang menyemarakkan industri pembukuan. Malah, di Gerai ITNM, sedang diadakan aktiviti Undi Ulasan Buku ITNM Terbaik, yang mana, EHEM, ulasan saya berkenaan novel terjemahan, The Prau with the Silent Soul Faisal Tehrani yang tidak seberapa terpilih dalam 10 Ulasan Buku ITNM Terbaik! Itu pun kira pengiktirafan tu (dalam Academy Awards, macam nomination best picture, hehehe).

Rujuk Hebahan ITNM di sini.

Wah, lihat sahaja semangat, baik badan kerajaan ataupun swasta dalam memarakkan lagi semangat "Buku Membudayakan Masyarakat", menyesallah kawan saya yang masih tak kenal PBAKL itu apa. Aduh, ritual ni dik, ritual ni! Malah, kawan kita, penulis fantasi, Khairol, sudah keluar novel fantasinya, tahniah lah! (sebenarnya C-E-M-B-U-R-U, aduuuh, kau mesti tak kerja kan Khairol!)

Oh ya, yang asyik mengacau saya dengan pertanyaan, "Mana nak dapat Karipap-karipap Cinta", pula (macamlah novel saya! Sakit hati lagi!), bolehlah serbu di gerai PTS di Pesta Buku kali ni!

Apa lagi, moh kita!

17 comments:

Anonymous said...

FADZ, NOR AZLIN di sini!

wah menarik, buku SAGA HORIZON!!!!

harap dapat BACA@LRT ----BERI!!!! hahahahaa

FDAZ, jumpa di PBAKL sabtu 27 mac ya! kalau berkesempatan ke sana!

Hiasan Dunia said...

fad! horizon saga!
mahu secara percuma..
hahaha
BACA@LRT--beri
boleh ??
hahahah

Hiasan Dunia said...

fadz!
thanks coz jawab soalan tatabahasa tu, by da way, saya tak dapat on9 facebook masa kerja sangat bz, hanya boleh buka blog saya dan kawan-kawan sahaja.

nanti boleh tanya lagi ya!!!

Hiasan Dunia said...

juga jumpa di PBAKL sabtu ini, 27 mac! saya mahu ke sana kali kedua. buku yang saya mahu, harap-harap masih ada....

sedih juga baca buku Fadz nak tu jadi 1000..

wah...sangat menarik!

Hiasan Dunia said...

oh ya fadz, harap BACA@LRT beri nanti jumpa lagi ya!

fadz said...

cari saya 27hb nantilah... hehehehehe

Anonymous said...

Salam.

Semoga ulasan saudara mendapat tempat pertama.Mudah-mudahan.AMIN.

fadz said...

Anon, amin.. Kuasa Tuhan..

Wan Nor Azriq said...

salam fadz,

sudah lama tidak singgah sini...

fadz akan ada begkel nanti... wah,ni faisal tehrani pun akan cemburu hehe.semoga sukses

fadz said...

Salam Wan, takdemaknenya Faisal nak cemburu.. hehe

Ina said...

ello,salam singgah, baru ke PBAKL tadi, ina bawa anak-anak OKU, semua suka sangat tengok "pasar buku" ada yang membeli juga...walaupun ada diantara mereka "kurang upaya" untuk mengenal huruf/membaca mereka kata buku ada gambar.. cantik..ingatkan li ada disana? akhirnya beli buku di PTS untuk anak saudara...

fadz said...

Salam Ina, wah, bagus... saya dah tak jaga gerai dah.. saya dah tukar bahagian..

Masdalifadzlie M Saaid said...

Salam Fadli,
Terima kasih kerana sudi membeli dan membacakan fragmen novel 10 Juta Pulu$, juga membeli 'Sang Pendeta'.. Insya'Allah kita jumpa lagi di bengkel penulisan pula bulan 6 nanti.

Anonymous said...

wow,ulasan ini keluar dalam ruangan sastera Berita Harian 30.3.2010..

Maizura Mohd Ederis said...

Fadz,

Ketupat Cinta PTS terbit? Ada orang tanya mana nak cari KC? Saya terus tunjuk Ameen Publishing. Yang tanya tu terus laju saja ke situ.

fadz said...

Masdali, terima kasih juga krn memberi peluang..

anon, err, ya, saya tak sangka pun..

Kak Mas, Ketupat Cinta tulisan Faisal Tehrani terbitan ameen publication. ada dijual di Kino rasanya.

IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR said...

Salam ya maulana Fadz... bila nak kuar novel Sai fai baru??? saya tak sabar2 nak baca novel Saga Horizon part 2... atau mungkin novel JIAN part 2...

sekarang sya sibuk amat dengan kerja hakiki.. almaklumlah keja kerajaan ni... sambungan Pahlawan Adamus part 2 tengah ditangguhkan ... semangat Adamus mulai malap kini... entahlah... kita pasti menghidap 'penyakit' yang sama dalam hal ini... hehehehe...

Ayoh!

Menulis! menulis! menulis!