Saya Sedang Membaca

The Consuming Fire oleh John Scalzi | Pemberontak Filem oleh Nasir Jani | The Prague Cemetry oleh Umberto Eco | Confessions of a Mask oleh Yukio Mishima | In Search of Modernity: A Study of the Concepts of Literature, Authorship and Notions of Self in "Traditional" Malay Literature oleh Hadijah Rahmat |

Sunday, February 21, 2010

ANTOLOGI PUISI SEMPENA DENGAN HARI GURU

Sempena dengan sambutan Hari Guru pada setiap bulan Mei setiap tahun (16 Mei ), Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM) dan Persatuan Penulis Selangor (PPS) berhasrat mengumpulkan dan seterusnya menerbitkan 1Antologi Puisi HARI GURU.

Justeru, KALAM dan PPS mengalu-alukan dan dengan berbesar hati menjemput semua para penyair dan penulis untuk menghantar karya masing-masing yang berbentuk puisi. Kepada setiap penyair dan penulis, setiap puisi yang ingin dihantar mestilah memenuhi ciri-ciri berikut, iaitu:

i) Taksiran puisi adalah terbuka, iaitu sama ada berbentuk tradisional (pantun, syair, nazam dan gurindam) atau moden (sajak).

ii) Tema puisi pula mestilah tentang jasa, pengorbanan, penghargaan dan seumpamanya tentang guru.

iii) Panjang sesebuah puisi tidak lebih daripada tiga (3) muka surat, kertas A4, ditaip langkau dua baris, jenis tulisan Arial dan saiz huruf 12.

iv) Setiap penyair dan penulis boleh menghantar tidak lebih daripada tiga (3) buah karya masing-masing.

v) Panel penyelenggara berhak untuk memilih puisi yang sesuai untuk diterbitkan dan akan memaklumkan kepada mereka yang terpilih.


Sebagai makluman kepada penyair dan penulis yang karya mereka terpilih dan tersiar, bayaran honorarium dan senaskhah antologi akan diberikan secara percuma. Oleh itu, setiap penyair dan penulis yang menghantar karya mesti menyertai sekali biodata ringkas dan alamat surat-menyurat dan no. telefon untuk memudahkan urusan penerbitan dan pemakluman.

Tarikh akhir penyerahan puisi adalah pada 25 Mac 2010 dan kepada penyair dan penulis yang berminat, sila kirimkan puisi tuan/puan melalui e-mel kepada Saifullizan Yahaya (saif@dbp.gov.my atau saif_hati@yahoo.com.my) atau Muhamad Ikhram Fadhly Hussin (ikhram@dbp.gov.my atau pahlawan313@yahoo.com.my) sebelum tarikh di atas. Untuk pertanyaan lanjut berhubung penerbitan antologi puisi tersebut, bolehlah menghubungi saudara Saifullizan Yahaya (016-3018645) atau Muhamad Ikhram Fadhly Hussin (012- 2908429).

3 comments:

kingbinjai said...

baik, nanti saya cuba

fadz said...

ok

lutfi said...

Fadz, kami, Biro Penulis Muda PENA ada buat Dialog Orang Muda (DOM) pada 6 Mac ni di rumah Pena. Isu yang disentuh ialah soal Kebebasan berkreatif. Kalau ada masa, datanglah. Bentuk diskusi, membuka peluang kepada para pendengar untuk menyatakan pandangan mereka sendiri. Kalau boleh, tolong sebarkan. Terima kasih