Saya Sedang Membaca

The Consuming Fire oleh John Scalzi | Pemberontak Filem oleh Nasir Jani | The Prague Cemetry oleh Umberto Eco | Confessions of a Mask oleh Yukio Mishima | In Search of Modernity: A Study of the Concepts of Literature, Authorship and Notions of Self in "Traditional" Malay Literature oleh Hadijah Rahmat |

Sunday, October 25, 2009

Bengkel Penulisan Novel AVA 2009

Pn. Nisah akan membimbing anda!

di

Pusat Belia Antarabangsa, Cheras (bersebelahan dengan HUKM)
9 pagi, 12 Disember 2009.

1) Hanya terbuka kepada 15 orang sahaja (terbuka kepada semua dan yang menempah awal). Sila daftar dengan menghantar emel pada ejenmanuskrip@yahoo.com dengan memberikan nama, nama pena (sekiranya ada), alamat, nombor telefon.


2) Sila hantar/emel sinopsis lengkap novel (tidak kira apa genre) kepada ejenmanuskrip@yahoo.com bagi dinilai di dalam bengkel kelak. Boleh memasukkan sinopsis untuk watak-watak, latar tempat, masa dan sebagainya. Contoh/format akan diberikan kepada perserta melalui emel perserta dalam masa yang terdekat.

3) Menyertakan bab 1 (bukannya salah satu daripada bab yang ada/siap)

4) Yuran pendaftaran : RM 100.00 (Dibayar sewaktu pendaftaran bengkel)

5) Selain itu, pemudahcara memohon agar perserta membaca semua sinopsis - agar dapat memahami apa yang bakal diterangkan serta dapat memberi buah fikiran dan pendapat.

6) Makan dan minum disediakan, surau ada di tempat bengkel.

p/s : Sekiranya ada sambutan atau sesiapa yang berminat dan tidak dapat mengikuti bengkel ini, tarikh bengkel penulisan novel seterusnya adalah 3 Januari 2010 (Ahad). Sila buat tempahan awal, kerana untuk menjaga kualiti bengkel, hanya 15 orang perserta sahaja yang dapat menyertai. Terima kasih.

Sebarang keterangan lanjut boleh rujuk di sini:
http://ejenmanuskrip.blogspot.com/2009/10/bengkel-penulisan-novel-ava-2009-12.html

No comments: