Malam semalam saya melepak ramai-ramai di rumah kawan Cina saya di Subang Jaya. Kami sedang (atau dia dan kawan-kawannya) menonton Astro Star Search di siaran program Cina Astro. Untuk makluman, program ini sudah berkumandang lebih lama daripada Akademi Fantasia. Saya bertanya banyak perkara kepadanya sambil menonton siaran pertandingan pencarian bakat itu. Antaranya ialah, saya dapati kebanyakan pencipta lagu dari Malaysia (yang sudah tentu Cina Malaysia) yang mencipta nama di Taiwan, dan berjaya merangkul anugerah prestij di Taiwan atau Hong Kong sebagai pencipta lagu, jarang sekali dikenali oleh rakan-rakan kaum lain di Malaysia. Kawan saya dengan naif menyatakan, "Adalah, tersebar dalam akhbar Cina!" Saya protes, "Ya, tapi bukan dalam akhbar Inggeris, Melayu ataupun Tamil!" Kawan saya terdiam. Saya persoalkan lagi, kenapa perlunya "perpecahan" antara pengiktirafan atau kesungguhan kaum lain di dunia luar Malaysia dinyatakan dan hanya tertumpu pada satu-satu "media" sahaja. Bagaimana orang Malaysia lain tidak dapat "berkongsi" kejayaan itu (selain yang tipikal nasional seperti sukan, filem dan pembelajaran) jika ianya tertumpu untuk disampaikan hanya buat kaum itu sahaja. Apa salahnya kita tahu, seperti yang sedang berlaku di TV3 dan TV2 di mana beberapa program Tamil/Cina yang melangkau sempadan, memaparkan orang Kita (baik Melayu/Cina/India) yang mengembara negara-negara lain dan mengenali budaya mereka, drama Cina berbahasa Melayu, sepertimana sebuah siaran program tempatan Tamil di mana seorang India tempatan jalan-jalan cari makan di kawasan selatan India di TV3. Siaran Astro itu pun tidak ada satu sari kata Melayu langsung, bagaimana kita mahu tahu, dan kenal lagi tentang kawan-kawan kita dan budaya mereka?
Kokok Berderai-derai, Ekor Bergelumang Tahi
4 days ago
4 comments:
Mungkin mereka terlepas pandang benda2 macam tu...Education lebih penting! Pada saya, hiburan letak tepi pun tak apa. Knp tak tiru singapore? mereka mana ada utamakan program realiti hiburan? mereka lebihkan education. Mereka lebih bersedia untuk future.
hanya ada tiga jalan - 'sifat' yang disebutkan dalam Al Fatihah dan dua darinya wajib kita tolak iaitulah org2 yang dimurkai dan org2 yang sesat dan sifat2 ini tidak kenal bangsa samada Melayu,Cina dll. Dlm hal ini kita tidak boleh naif.
salam
di luar topik
saya akan ke kb ahad nanti. jumpa di sana. teringin mengenal fadz lebih dekat.
wassalam.
Hendak salahkan siapa jika akhbar bhs melayu tiada cerita ttg Asatro Star Search...?
Silapnya dimana?
Kenapa ia boleh berlaku..?
Post a Comment