Saya Sedang Membaca

The Consuming Fire oleh John Scalzi | Pemberontak Filem oleh Nasir Jani | The Prague Cemetry oleh Umberto Eco | Confessions of a Mask oleh Yukio Mishima | In Search of Modernity: A Study of the Concepts of Literature, Authorship and Notions of Self in "Traditional" Malay Literature oleh Hadijah Rahmat |

Friday, January 16, 2009

Dewan Budaya Mekar Meraya


Saya ingin mengucapkan tahniah kepada majalah Dewan Budaya (DB). Sudah lebih 30 tahun usianya.
- Sewaktu remaja, antara semua majalah DBP yang saya tunggu, hanya DBlah yang sentiasa saya beli tanpa gagal (yang sekarang ini menjadi milik Dewan Sastera). Waktu itu, DB sahaja yang banyak memaparkan artikel tentang filem. Malah saya tertunggu-tunggu akan ulasan filem oleh A. Wahab Hamzah (waktu itu, saya belum mengenal pengkritik tersohor Mansor Puteh) dalam DB. Tulisannya memang bernas dan memberi implikasi filem itu bukan sahaja alat untuk berhibur.
- DB Januari 2009 sudah terjual, dan kulitnya antara kulit majalah tercantik pernah saya lihat. Banyak artikel yang menarik di dalamnya (termasuk beberapa kolumnis yang mengangkat bakul sendiri, yang sememangnya bukan satu kesalahan). Ulasan kritis tentang filem Wayang, artikel generalisasi dan retorik (memujuk-mujuk) Mansor Puteh aakn Sinema Muslim (yang sebenarnya sebuah idea yang bernas) adalah di antaranya. Tetapi artikel yang terbaik edisi itu ialah tulisan Congkak oleh Malim Ghozali PK yang bersifat peribadi sekali gus mendalam, menyentuh dalam sisi kupas pemikiran intelektual/falsafah Melayu.
- Beberapa "Apa Kata Mereka" yang mencuit oleh budayawan tersohor. Saya terkekeh sendiri apabila Mansor Puteh meletakkan dirinya sebagai "pengulas filem" dan bukan "pengkritik filem". Tetapi yang terbaik datang daripada penyair tersohor, Pyanhabib:
"DB boleh dekati budak-budak underground dan indie yang rajin mengadakan pameran lukisan, teater atau filem, malah mereka juga rajin beramal jariah. Paparkan aktiviti mereka tanpa mengira bangsa. Fokus aktiviti mereka kerana itu lebih berguna daripada cakap-cakap orang politik."
Dengan kenyataan itu sahaja, saya merasakan :-
1- DB berani memaparkan satu iltizam segar.
2- yang saya harap menjadi satu kenyataan, barulah DB itu "budaya baharu"!

4 comments:

Anonymous said...

Salam ...
DB - lama dah saya tak bacanya. Boleh juga jenguk-jenguk nantu. Emmm ... Wayang di Kelantan, tahniah bro! Bolehlah layan tengok.

Pa'chik said...

ada yahudi tu lam gambar ko... :P

zubin said...

Syabas majalah DB, saya pun setuju cakap FAA, cuma disitu pun banyak kroni, susah nak lari. Tentang aktivit underground, saya pun pernah pentaskan 3 drama kat sana Tanah Serendah Sekebun Bunga, Selipar Jepun dan Gebu Gembira, cuma satu yang dapat bantuan, yang lainnya sendiri. Bila saya buat Kuala Lumpur FRinge Festival pun tak dapat bantuan, cuma bila bising saya dapat minuman teh dan meehun lepas show, dahlah tiket pun percuma, macamana nak hidup indie, saya pun nak cari makan jugak! Program tu langsung tak disebut!

fadz said...

makna Prof, takde sapa yg tulis ulasan akan akitiviti prof?