Saya Sedang Membaca

The Consuming Fire oleh John Scalzi | Pemberontak Filem oleh Nasir Jani | The Prague Cemetry oleh Umberto Eco | Confessions of a Mask oleh Yukio Mishima | In Search of Modernity: A Study of the Concepts of Literature, Authorship and Notions of Self in "Traditional" Malay Literature oleh Hadijah Rahmat |

Sunday, January 11, 2009

Apa Kau Mahu Daripadaku

Pada suatu pagi, selepas sebuah masjid menjadi abu di Gaza, Seorang anak Palestin berkata pada jirannya, seorang anak Israel:

Kalau kau jadikan dapur aku bilik air,
di mana mak kami mahu memasak?

Kalau kau jadikan ruang tamu aku bilik tidurmu,
di mana kami hendak bermain?

Kalau kau jadikan bilik tidurku taman buah-buahanmu,
di mana kami nak lena?

Aku impikan kita berjalan seiring,
kau dan dinding sedumu dan aku tempat sujud di batu

Tapi kenapa kau kelar kakiku
Bila tiba azan menyeru
Dan kau lontar abu
Masjidku jadi kelabu.

Aku mencari kemanusiaan dalam dirimu
Tetapi kau hanya membalasnya dengan nafsu ...

7 comments:

Hasmora said...

sempena menyambut tahun baru
yang baru sahaja berlalu
kita melihat bunga api naik ke atas
tapi mereka melihat api-api jatuh ke bawah
remaja kita terkinja-kinja sukaria
remaja mereka meronta sengsara
parlimen kita bersidang dalam pendingin hawa
kabinet mereka bersidang di tengah bara
alahai manusia di sana
nyawa bagaikan tiada berharga

Wan Nor Azriq said...

Salam saudara fadz,

Ya,saya dapat mengerti masalah kekangan kerja yang saudara sebutkan itu.Dan kita sering dengar tentang inspirasi datang mencurah-curah dan si penulis terpaksa mengurungkan diri dalam kamar untuk menulis dengar segera sementara pena masih panas.

Tapi saudara juga perlu ingat bahawa idea yang datang mencurah-curah itu bukan jaminan saudara akan dapat hasilkan sebuah karya agung dalam sekelip mata.Cuba kita perhatikan novelis seperti Marquez,Virginia Woolf,Flaubert,dan Nabokov;mereka memeramkan idea yang kita sebut sebagai inspirasi itu bertahun-tahun,dan apabila dah menulis, akan bertambah lagi jumlah tahun itu bagi memastikan karya mereka betul-betul sempurna.Jadi,tak perlulah risau soal masa;tulislah perlahan-lahan asalkan yang kita tulis itu memang jujur dan dijamin kualitinya supaya ia dapat merentas sebarang sekatan masa.

Namun,mungkin dalam diri saudara sentiasa membuak-buak rasa ingin menulis sehingga tak mampu dikekang bagi mengharungi tempoh penulisan yang bertahun-tahun.Saudara ingin jadi prolifik seperti Faisal (yang saudara asyik ulang sebut itu) atau seperti Balzac yang menulis lima belas jam sehari dan menghasilkan berpuluh-puluh novel sepanjang hidupnya.Kalau itu hasrat saudara,ya saya sudah sentu menyokong.Jadilah penulis sepenuh masa kalau itu jalan yang terbaik buat saudara.

Sebelum saudara membuat apa-apa keputusan,kajilah diri saudara terlebih dahulu.Saudara sudah pernah tulis novel,jadi saudara sudah tentu tahu method,prinsip seni,dan impian saudara sebagai novelis.Kalau saudara yang jenis "seni untuk seni" dan tidak kisah sama sekali tentang soal nama,politik,dan wang;maka menulis novel selama bertahun-tahun bukan suatu masalah.Penulis seperti James,Woolf,Joyce,Flaubert,Proust dll akan menepuk bahu anda bagi memberi sokongan.Tapi kalau anda yang jenis prolifik dan sangat sensitif akan isu politik serta kekangan masa;maka menjadi penulis sepenuh masa mungkin lebih sesuai.Penulis yang akan mengibarkan bendera bersama anda ialah Shahnon,Faisal,Toni Morison,V.S Naipul,J.M Cotzee,dll.

Anonymous said...

Bom Nuke je The hole Israel!!! That is the only way to stop it...macam Japan in WWII!!

Anonymous said...

ya, isu Palestin bukan isu mereka sahaja, tetapi melibatkan semua umat Islam. Setiap daripada kita, harus ada kesedaran betapa kita perlu memainkan peranan walau hanya sebesar hama.

hasni Jamali said...

salam saudara fadz...ya, pertanyaan itu masih berbekas di minda dan hati insan yang sepertinya. perit dan hampa kepada dunia yang satu itu.
saya juga terkesan dan merasakan kepiluan soalan puisi itu.
puisi dunia mereka, tahniah untuk sadara fadz.

Anonymous said...

this real story about boy in Gaza , his name Ayman.. the story is very sad so i advise every person to think 2 times before reading this real story
( the story in Arbic language , i think that it's very easily to ask a friend to translate this story )
http://www.paldf.net/forum/showthread.php?t=350342

http://www.paldf.net/forum/

Do you know that people in Malaysia, Indonesia and in the other Islamic countries pay money for the killers of Gaza children!!!?
People of Malaysia go to hajj , government of Saudi Arabia get many mony from hajj. Government of Saudi Arabia now pay salaries to Mahmoud Abbas ( groub Fath ) . Who kill Gaza children not Israel only but the killers are : Israel , government Egypt , government of Saudi Arabia , government Jordan and Mahmoud Abbas ( groub Fath ). the most bad people in this world who control Makkah and Madinah.
why all these governments help Israel ?
because Israel help them to stay in power.

Anonymous said...

this real story about boy in Gaza , his name Ayman.. the story is very sad so i advise every person to think 2 times before reading this real story
( the story in Arbic language , i think that it's very easily to ask a friend to translate this story )
http://www.paldf.net/forum/showthread.php?t=350342

http://www.paldf.net/forum/

Do you know that people in Malaysia, Indonesia and in the other Islamic countries pay money for the killers of Gaza children!!!?
People of Malaysia go to hajj , government of Saudi Arabia get many mony from hajj. Government of Saudi Arabia now pay salaries to Mahmoud Abbas ( groub Fath ) . Who kill Gaza children not Israel only but the killers are : Israel , government Egypt , government of Saudi Arabia , government Jordan and Mahmoud Abbas ( groub Fath ). the most bad people in this world who control Makkah and Madinah.
why all these governments help Israel ?
because Israel help them to stay in power.