Saya Sedang Membaca

The Consuming Fire oleh John Scalzi | Pemberontak Filem oleh Nasir Jani | The Prague Cemetry oleh Umberto Eco | Confessions of a Mask oleh Yukio Mishima | In Search of Modernity: A Study of the Concepts of Literature, Authorship and Notions of Self in "Traditional" Malay Literature oleh Hadijah Rahmat |

Thursday, January 8, 2009

Titik

Aku mungkin berhenti menulis.
Atau aku patut berhenti kerja!
Peritnya tak tertahan -

Bayang:

Kalau kau ada masa, kau boleh tulis novel. Contoh: Arena Wati menghilang diri untuk tulis novel. Faisal Tehrani kerja menulis sepenuh masa, ada lima novel tahun lepas dikeluarkannya.

Kalau kau biasa-biasa sibuk, kau luangkan masa kau menulis cerpen, atau artikel-artikel panjang dan berguna. Itu semangat kau.

Kalau kau sibuk selalu kau luangkan untuk menulis, mungkin artikel-artikel pendek, mungkin cerpen sedikit pendek dan lesu, mungkin sajak.

Kalau kau terlalu sibuk, kau hanya boleh menulis sajak. Contoh, maafkan aku, tetapi banyak penulis yang mencari makan.

Aku contohnya.

Aku sedang menangis hiba, kerana apa yang aku nak cipta sebesar novel, tapi aku ditanggung derita memaksa aku melempias sebait sajak.

Aku dalam derita yang amat sangat ...

Mungkin, aku patut berhenti kerja.
Mungkin aku patut berhenti menulis terus.
Baru-baru ni, ada editor meminta aku menulis buatnya, hari ini aku menolak, kerana aku tidak dapat melakukannya. Aku direjam masa.

Aku sedang menangis darah.

16 comments:

Anonymous said...

salam,

setiap kerja ada kesusahannya. Derita, dan kepayahan adalah langkah biasa untuk satu hasil kerja yang bemutu.

kenapa perlu lari dari kesusahan.Itu namanya tidak berani menempuh cabaran.

Allah tidak akan meletakkan hambanya pada suatu keadaan yang hambaNya tidak berdaya untuk menahannya. Jikalau saudara sekarang yakin berada dalam situasi yang payah, yakinlah sesungguhnya Allah cukup yakin saudara mampu menempuhnya dengan baik.

Allah selalu memberi hambaNya kesusahan. Itu bukan maknanya, meganiaya hambaNya. Tetapi itu mungkin berupa teguran cinta atau juga sebagai pendidikan untuk saudara agar lebih tabah, lebih soleh, dan lebih baik :).
Pernah terfikir kenapa Allah uji para Rasul dnegan penuh kepayahan. Para rasul sendiri pun diuji dalam kesukaran hidup. Inikan kita, manusia biasa.

Berhenti kerja atau berhenti menulis bukan satu pilihan yang baik. Mungkin saudara perlu berehat. Tenangkan hati. Sayanglah bakat menulis yang ada itu. Saya doakan semoga sentiasa mendapat inspirasi, terus-terus bahagia :)

Anonymous said...

Salam..gian pulak nak baca buku-buku saudara..hmm!

Kalau income menulis lebih kurang dgn income kerja, why not?..tapi if nak grab 2 2 skali, heheh..anda sudah tau jawapannya!

Salam perkenalan!

Anonymous said...

wahh..entry ini sedikit mengejutkan. sy mgkin xmemahami tp menulis seharusnya menggembirakan.
ia memberikan kepuasan
dan ia kadang2 menenangkan.
sy harap jgn berhenti menulis.

Catz said...

is it that bad abg eli? are you sure you wanted to totally stop writing and waste that talent?

-ainul-

Anonymous said...

aku pulak sedang berak berdarah

Ted Mahsun said...

Ahh! Aku sangat faham dengan nasib kau! Di manakah lagi aku boleh mencuri masa untuk menulis novel epikku ini yang masih belum siap... :(

Anonymous said...

Assalamualaikum sahabat,

Aiseyman! Jangan berhenti menulis. Minta doa dan petunjuk dari Allah. InsyaAllah, Allah maha pengatur segala. Doa, sahabat.

Saya percaya saudara boleh buat dua perkara dalam satu masa. Lihat contoh Ramlee Awang Murshid.

Saya menunggu karya sahabat seterusnya. Sungguh!

Wan Nor Azriq said...

Salam saudara fadz,

Ya,saya turut memahami perasaan yang sedang awak dilalui.Ini perkara normal bagi mana-mana penulis yang serius.

Semakin lama kita menulis semakin tinggi expectation kita.Ini dilema yang terpaksa dilalui oleh mana-mana penulis.Mungkin saudara patut lupakan sekejap soal penerbitan atau wang atau nama atau kejayaan kerana ia pasti akan membebankan perasaan saudara.Mungkin saudara ingin mencari kembali suara saudara yang saudara telah keluarkan dengan dalam karya-karya sebelum ni;tetapi disebabkan pembacaan yang semakin luas,suara itu semakin hilang.Mungkin saudara terlalu memikirkan soal idea dan isu yang ingin dimasukkan ke dalam karya sehingga apabila saudara membaca karya Faisal atau Arena,saudara berasa rendah diri.Semua ni hanya kemungkinan yang saya mampu tafsirkan daripada dilema seorang penulis muda seperti saya.

Apa yang pasti ialah saudara harus mencari diri saudara kembali.Suara kita sebagai penulis sudah ada dalam diri kita(penyair Rilke sudah ulang2 kali menekankan hal ini)dan kita harus percaya akannya dan sabar membiar ia matang:James dan Flaubert dan Chekhov sudah nasihat kita bahawa suara kita yang unik dan bahasa kita yang unik itu akan matang dengan sendirinya dan ia perlukan masa;penulis fiksyen perlukan lebih masa untuk matang.

Tentang soal idea2 dan pemikiran yang gah itu saya nasihatkan saudara lupakannya sekejap dan fokus pada bahasa dan seni saudara.Lihat apa yang ada di sekeliling saudara dan tulislah dengan "jujur"(meminjam kata James)kerana dengan kejujuran dan ketajaman dan kehalusan gamabaran kehidupan,idea yang kita cari itu akan datang sendiri.

Sekian.Maaflah jika nasihat saya ini bunyi seperti orang yang ingin mengajar-ngajar.Anggaplah ia sebagai nasihat daripada seorang sahabat.

akitiano said...

Yo Bro...i rasa ini sebab u duduk nun di perbatasan Thiland...sebab if u duduk di Ibu Kota kita yang tersayang i percaya dan yakin u tidak ada masalah seperti sekarang...dan u boleh menggabungkan kedua-dua ini, sebab selama ni ok je...so i sarankan untuk u, cepat-cepat dan usaha sedaya upaya agar kembali ke habitat asal...May the force is with you...

Anonymous said...

temanku,

aku juga sedang menangis di sini...
kita serupa...

ingatkah akan kau janji yang terukir, bahawa kau akan sentiasa berada disisiku saat suka dan duka?
kini aku memerlukanmu teman, yang mendukung sayapku kala duka ini, dalam mencari kekuatan untuk terbang mencipta kejayaan... dimanakan kau, teman?


ikhlas dari sahabatmu...

Anonymous said...

Fadz,

ramai yang sayangkan bakat awak dan sentiasa menunggu karya terbaru awak.

Saya di sini mendoakan yang terbaik untuk awak.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani.

~embun~

Anonymous said...

takpa fadz, kayuh pelan-pelan. yang penting sampai.

Anonymous said...

fadli,

kami sayang awak, apa pun terjadi, awak mesti teruskan.. kami sayang karya2 awak!

Anonymous said...

dont stop bro. life would be boring w/o u!

said...

salam ziarah..

menarik dan terkesan.

Anonymous said...

harap dpt kerja baru, tempat baru, angin di sana nampaknya merosakkan saudara..