Saya Sedang Membaca

Kronikel Etanol oleh Hafizul Osman |Tunggul-tunggul Gerigis oleh Shahnon Ahmad | Atlantis: The Lost Continent Finally Found oleh Prof. Arysio Santos | The Mind of The Malay Author oleh Muhammad Haji Salleh | Joseph Anton: A Memoir oleh Salman Rushdie

Friday, January 23, 2009

5 Penyair Kelantan Menapak di Stadium Kota Bharu









Patutlah Kelantan bumi bertuah. Semangat solidariti dan kesatuan terhadap sesaudara Islam tidak pernah dikesampingkan. Seperti yang diucapkan oleh wakil Siam di Kelantan pada Malam Perhimpunan Misi Cakna Palestin itu, "Jika dicuit pipi kiri, pipi kanan pun sakit juga." Pada 23 Januari 2009 itu juga, masyarakat Kelantan dan khalayak luar dapat mengenali 5 penyair Kelantan yang mendeklamasikan puisi khas buat pencabulan Palestin oleh Israel. Kesemuanya, Abham T.R., Abdul Hadi Yusof, Aminuddin Mamat (slot malam), Anuar Musa dan Fauzi Amir Gus telah melontarkan isi hati kebanyakan penduduk Islam terhadap keganasan tentera Israel terhadap anak-anak yang tak bersalah dan dianiayai. Rasa terpegun itu ada. Malah, pertama kali saya menonton bacaan puisinya di mana orang menggeleng kepala, menutup mata dan senyap, tiba-tiba menjerit takbir, menghayati setiap bait-bait penyairnya. Alhamdulillah. Suara sajak berkuasa menyampaikan maksud.

Malam itu juga, diadakan solat hajat untuk rakyat Palestin yang tertindas. Semoga Allah memakbulkan doa rakyat Kelantan kepada saudara semuslim mereka.

6 comments:

zubin said...

wow, i wish I was there. Membaca tulisan fadz pun saya macam nak mengalir airmata!

KakChik said...

Assalamualaikum.
Tak sangka blog hopping terjumpa blog sdr fadz ni.

Rupanya hadir juga di stadium ya.

akitiano said...

Serius...kat indon baca puisi di stadium2 dah tak de laaa...baguslah malaysia still ada yang macam ni...

fadz said...

dan orang kita masih tak bersyukur dengan kegiatan sastera di sini, hah! thx bro for telling me abt this!

najibah said...

Sdr Fadz, macam mana dapat tak suasana stadium ni mengganti kerinduan masuk sinema ;) (saya baca Tonton Filem hari tu, sedih pulak dgr rintihan Sdr Fadz)

fadz said...

najibah.. itu tak jadi masalah sgt, yg jadi masalah ialah saya sudah tidak dapat menulis lagi.