Saya Sedang Membaca

The Consuming Fire oleh John Scalzi | Pemberontak Filem oleh Nasir Jani | The Prague Cemetry oleh Umberto Eco | Confessions of a Mask oleh Yukio Mishima | In Search of Modernity: A Study of the Concepts of Literature, Authorship and Notions of Self in "Traditional" Malay Literature oleh Hadijah Rahmat |

Saturday, December 6, 2008

Tertekan




Orang kata, jangan ditahan seorang penulis hendak menulis kerana mereka boleh melakukan kerja luar tabii (seperti bunuh diri umpamanya, nauzubillah) jika ditahan.


Saya merasa begitu sekarang. Sangat tertekan. Saya rasa sesak. Semangat kreativiti saya ingin mengeluarkan sesuatu tetapi saya dihambat oleh kerja pejabat dan manusia yang mengelilinginya. Saya cemburu pada Arena Wati bila dapat menghilangkan diri di satu tempat terpencil untuk menulis novel-novel panjangnya. Saya di dapat peluang sebegitu dalam arus dunia material serta serba laju ini.


Jiwa saya rasa kosong ...

Saya rasa seperti hendak menangis ...

6 comments:

Lyn said...

Fadz, cekalkan hati. I know you can do it :)

fadz said...

thx bratty..:)

Mersik said...

Usah terlalu kecewa dengan keadaan sekeliling yang menganggu, kerana penulis yang tinggi semangat akan mampu menerobos pandangan zahir melalui kreativiti tajam mindanya.

Dia akan melihat, apa yang dia ingin lihat saja…

Semoga terus berjaya.

Nisah Haji Haron said...

Sangat faham dengan perasaan itu!
Semoga cepat sembuh.

-NH-

Anonymous said...

jangan cepat putus asa. di luar sana ramai yg tertunggu2 karya awk. just believe in urself

fadz said...

Mersik, Kak Nisah, Nurul, terima kasih :...)