Saya Sedang Membaca

The Consuming Fire oleh John Scalzi | Pemberontak Filem oleh Nasir Jani | The Prague Cemetry oleh Umberto Eco | Confessions of a Mask oleh Yukio Mishima | In Search of Modernity: A Study of the Concepts of Literature, Authorship and Notions of Self in "Traditional" Malay Literature oleh Hadijah Rahmat |

Saturday, December 6, 2008

Wit Orang Kelantan serta Bahan Buku Perpustakaan Kuala Terengganu

Dalam perjalanan kami ke Kuala Terengganu,
kami ditahan dengan beberapa jalan
yang dinaiki air bah.

Hotel bertaraf antarabangsa seperti
Primula pun tidak terkecuali daripada
kuasa alam sekitar.


Seminar yang sedang berjalan di Perpustakaan Awam KT.


Tengok betul-betul, peserta seminar
tak memakai stokin. Mungkin sesuatu
yang biasa buat peserta seminar
di sini.


Perpustakaan awam yang ditenggelami air.








Orang Kelantan mempunyai wit yang tinggi. Seeloknya filem-filem komedi atau novel-novel humor Malaysia dibuat oleh orang Kelantan kerana ketinggian mereka beretorik dan bermain bahasa, seperti mana orang Inggeris dan Jawa, sangat geliga (ini sudah dibuktikan dengan filem Budak Kelantan). Di sini saya sertakan dua buah yang saya dengar sewaktu bersama-sama dengan kawan staf di sini, Abang Asri:

(1)
Cerita ini bernar-benar berlaku di antara X, yang ditemuramah dan Y, yang menemuraah. X berumur 35 tahun, bercakap dengan Y :-

Y: Awak tampak sudah tua.
X: Tak begitupun.
Y: Kenapa pula?
X: Walaupun saya sudah tua di kalangan mereka yang 34, saya masih muda daripada mereka yang 36.

(2)
Kita boleh tengok perbezaan sikap dan kehebatan orang Kelantan dan orang Terengganu daripada bahasanya, terutamanya akhiran “-an”nya. Orang Terengganu tidak hebat berniaga macam orang Kelantan. Orang Kelantan ni cepat, cepat bertindak, cekap, oleh sebab itu semua ayat dalam bahasanya dicantas, “ikan” jadi “ikè”, “makan” jadi “makè”, “awang” jadi “awè”, oleh sebab orang Kelantan “nak cepat” saja, jadi ayat-ayatnya pun dicantas. Oleh sebab itu hasil seni orang Kelantan teruk, sebab banyak hasil seninya dibuat dengan terburu-buru. Bukan macam orang Terengganu yang teliti dan buat herja seninya dengan “dalam” dan sempurna indah, oleh sebab itu orang Terengganu cakap “ikan” jadi “ikang”, “makan” jadi “makang”, “jalan” jadi “jalang”!

-//-

Sewaktu saya berada di Perpustakaan Awam Kuala Terengganu, saya dapati beberapa buku yang menarik perhatian saya, khazanah-khazanah yang begitu penting untuk diketahui (malulah jika orang Terengganu sendiri tidak kenal akan khazanah mereka bila saya terjumpa banyak tersimpan di dalam perpustakaannya). Saya terjumpa dengan petikan ini yang memang dekat dengan hati saya:


“As an undergraduate I was persuaded that the Dons were a wholly unneccassary part of the university. I derived no benefits from lectures, and I made a vow to myself that when in due course I become a lecturer I would not suppose that lecturing did any good. I have kept this vow.”
Bertrand Russel, Autobiography.


-//-

Pameran Gambar Peter Sanders

Saya berada di Kuala Terengganu atas arahan kerja organisasi. Di sana, saya bertugas di Perpustakaan Awam Kuala Terengganu dalam hujan lebat dan atap bocor. Di tengah ruang santai di perpustakaan itu, terdapat pameran gambar oleh jurugambar Britain yang tersohor, Peter Sanders (seorang mualaf Inggeris. Nota: Rakan staf bertanya kepada saya, kenapa orang puteh Islam tidak suka menggunakan nama Islam mereka. Jawapan: Ini tidak bermakna mereka bukan Islam, oleh sebab nama “lama” mereka dikenali terdahulu, seperti Cat Stevens dan sudah tentu Micheal Jackson, maka nama “lama” ini dikekalkan, lebih-lebih lagi dalam kumpulan masyarakat yang majoritinya orang puteh).

Nama pameran itu ialah Peter Sanders: Seni Integrasi, sebuah pameran yang dibiayai oleh badan kerajaan British untuk memaparkan orang Islam British di United Kingdom, bagi pemahaman penduduk Britain akan orang Islam Britain. Peter Sanders ialah antara mualaf Inggeris yang aktif mempromosi Islam “yang betul dan lurus” di mata masyarakat barat. Malah, Peter Sanders ialah seorang ahli tarikat, sesuatu istilah yang “kusta”, menakutkan bagi masyarakat Islam di Malaysia. Dengan gambar-gambar foto itu, ia memaparkan keindahan dan kehalusan budi masyarakat Islam Britain, yang maju, berdedikasi, dan tetap sempurna keimanan mereka kepada Tuhan yang Esa. Malah, ada beberapa gambar yang membuat saya sayu lalu menangis dan ketawa syahdu bila menelitinya:

Gambar Imam Monawar bersama anak murid Islam di Maktab Eton, sebuah sekolah awam yang tersohor di Britain. Imam Monawar ialah seorang guru dan penasihat agama di sekolah itu (?). Saya terkedu kerana saya pernah bertemu beliau sewaktu saya di U.K. di rumahnya membaca qasidah dan selawat, dua hari sebelum Aidiladha (ya, saya pernah beraya korban di U.K.!), seorang kenalan dekat abang saya.

Gambar Dr. Timothy Winter atau lebih dikenali sebagai Abd. Hakim Murad, di bawah Faculty of Divinity, University of Cambridge. Abd. Hakim Murad, seperti Imam Hamza Yusof dan Nuh Ha Min Keller adalah ahli “pesanteren”, mualaf yang mempelajari agama Islam secara tradisional di Timur Tengah dan utara Afrika. Abd. Hakim Murad sendiri banyak menghasilkan buku tentang Islam, malah sebuah buku risalahnya tentang memahami Islam dan orang Islam menjadi buku yang penting buat rujukan rak pembaca Britain. Di dalam gambar itu, beliau sedang menyanyi KOIR dengan anak muridnya daripada buku Muslim Songs of The British Isles.

Gambar Imran Golding sedang azan sewaktu masa selingan (buat refleksi) di dalam sebuah gereja besar, Salisbury Cathedral buat konsert A Mass for Peace pada Januari 2005.

Gambar Allahyarham Dr. Martin Lings atau Abu Bakar Siraj el Din yang pernah berkhidmat sebagai Keeper of Oriental Books and Manuscripts di British Museum. Allahyarham juga seorang mualaf yang mengikut tarikat, dan menulis sebuah buku (atau lebih tepat, menterjemah) riwayat junjungan penghulu kita, Rasulullah s.a.w. berjudul Muhammad, sebuah buku riwayat buat saya paling mengesankan dalam menghayati semangat perjuangan, sirah dan dakwah Rasulullah s.a.w. sepertimana buku Lore of Lights. Saya banyak menangis sewaktu membaca buku ini. Buku ini juga menyatakan hal-hal mengikut tradisi yang sahih akan tawasul dan mengambil syafaat Rasulullah s.a.w.

Gambar sebuah gereja yang sudah dibaiki, Llanbadrig di Isle of Angeley, Wales, di mana Lord Stantly ke-3 dari Aldery, seorang muslim/mualaf yang mencadangkan pembaikian itu. Gereja itu menggunakan dinding kaca dan jubin bermotif Islam.

Lagi tentang Peter Sanders: http://www.petersanders.co.uk/

No comments: