Pada hari Jumaat, bersamaan dengan 21 November, saya berjalan kaki dari tempat tinggal saya di Kota Bharu, Berek 12 ke Masjid Muhammadi (bukan Lutfi, bukan Muhammadiyah tetapi Muhammadi, dan ya, ia sebuah masjid yang indah, akan tetapi saya tak jumpa kebab daging itu) menyelusuri jalan dari Pengkalan Chepa ke kota. Dalam perjalanan itu saya berhenti sebentar ke Bank Islam dan Bank Maybank untuk deposit duit kepada abang Serunai Faqir (untuk pesanan novel baharu Zehann Ur Rakhie), berjalan-jalan di Pasar Kubu Buluh dan Siti Khadijah, mencari tukang kasut (memang satu kesalahan buat hari Jumaat), membeli sandal di Kedai Bata, menukar wang asing di Kedai Foto Azam, cuba mencuci foto digital di kedai itu tetapi pegawainya gagal menggunapakai mekanisme teknologi kedai, mengunjungi kafe siber, menjejak (yang ‘ter’mahsyur) stesen bas SKMK dan membeli-belah beberapa buku murah di Pustaka Johan (terdapat novel Mohd Affandi Hassan yang menarik untuk saya beli kemudian kali saya datang ke situ lagi). Separuh daripada saya masih tidak penat hendak meninjau. Saya sms kawan Kelantan saya yang tinggal di Kuala Lumpur. Dia membalas sms saya: “Awak dah buang tabiat!”
Selepas menunaikan solat Jumaat saya kembali ke Berek 12 dengan kereta sapu dengan harga lapan ‘reyal’. Orangnya penuh sopan-santun, pandai berbahasa dan menambah kata-kata, “kalau mahu bayar tambahan dengan ikhlas pun tidak apa.” Orang Kota Bharu memang pandai berniaga.
Selepas balik dan berkemas, saya kembali keluar berjalan kaki dari tempat tinggal, melalui Kampung Langgar dan sampai ke Billion dan kemudian ke KB Mall. Saya mahu cari susu segar.
Saya mengaku, Kota Bharu sebuah bandar yang hidup, gah bergerak mengikut zaman tetapi tidak mahu dicam ‘sama’ seperti bandar-bandar lain yang pernah saya duduki. Untuk menulis tentangnya, memberi penghormatan yang sepatutnya, saya tidak boleh mengambil masa berminggu tetapi bertahun mungkin untuk mengenalinya betul-betul. Saya mungkin tidak dapat menulis seorganik mungkin seperti novel Orang Kota Bharu nukilan Allahyarham S. Othman Kelantan (yang kini sedang saya baca dengan lahap), tetapi mengenali jalan-jalan dna orang-orangnya membuat diri saya terasa beruntung. Setiap jalan ada ceritanya, setiap orang ada peristiwanya. Secara tepat Othman Kelantan selalu nyatakan dalam novelnya: dan dan dan dan dan ...
10 comments:
Salam,
i. Rasa 'sepi' bila terpandangkan 'Sepi'.
ii. Kasihan buku-buku tu. Bila nak beli rak?
~embun~
Selamat datang ke KB,
Basahlah demo, hujan sokmo hari-hari.
Fadz, anda kerja kat DBP Timur?
HAKIM
fadz..berape lame dok kelate ne?sy org pasir mas..wife org kb..org kelate dh byk berubah loni..sy tgh buat research pasal kelantan malay cultural landscape..specific to landscape planning & vernacular design..ms balik kb jap br ne dpt tgk bnyk bende2 baru..pe2 pn jgn takut..oge kelate xmkn org hehehe..
Fikir begini sahajalah,
kau bertuah secara terpaksa, untuk tinggal dan menimba pengalaman di sana,
yang mungkin, pengalaman yang kau kutip itu, dapat menghasilkan sesuatu di kemudian hari.
Kemudian hari tu mungkin 8 tahun lagi...tak kesahlah,
bak kata Steve Jobs, connecting the dot (oh, aku petik kata-kata orang kafir, maaf)
cik Embun, biarlah buku itu tanpa rak buku.. nampak lagi Kb gitu. Sepi? hmmm...
Hakim, ya, semua tu betul, dan ya, saya dah kena tempias hujan sokmo.
cappucino, terima kasih.. Ya, org Kelantan baik2 belaka..
Nazri, bukan 8 thn... takkan, tak boleh... 3 bulan je cukup..
Juga akan balik kelantan raya haji nanti, tapi bandar kota bharu lama sungguh tidak menjelajah. Teruskan catatan2 trelog, sekurang2nya menggamit rindu si perantau.
salam singgah dari saya.
kalau ko turun sikit, lorong dekat dengan pusat serbis eon tu... nanti ko jumpa kawasan orang buat serunding... kawasan tu derang pakai daging lembu kampung...tak pakai yang import macam di kampung laut...
duk berek doblas... kat mana weh?
satu lagi... tak tau la ko sengaja tulis ke... tapi pasar tu... dipanggel bazaar buluh kubu.. bukan pasar kubu buluh... hehehe...
Fadz, dah tak dak kebab tu? Sampai ke hari ni, biarpun sudah lebih 7 tahun aku tidak ke k.b, kebab tu, maksud aku, keenakannya masih di lidah. Salam
RMN, saya cuba ok... saya kini sedang meneliti dunia mistik Kelantan, menarik!
Pakcik, saya dah pergi, masa saya ke Billion, saya melalui kampung itulah.. haha, mmg saya sengajakan, saya mahu tunjukkan bahawa org dulu memfrasakan nama seperti Inggeris (Bamboo Fort).
Lutfi, aduhhhhh, ye ke? mungkin kebab tu waktu malam kot.. saya cuba mlm..
Post a Comment