Kandungan isi Dewan Sastera November 2008 kali ini sangat memuaskan. Pengenalan teori-teori sastera, lebih-lebih lagi rencana Mana Sikana tentang teori ciptaan Mohamad Mokhtar Abu Hassan, “Konseptual Kata Kunci” sangat segar. Malah pengenalan Mana Sikana kepada beberapa teori sastera Malaysia yang saya tidak tahu pun ia wujud sangat membuka mata saya. Saya hanya kenal teori Teksdealisme dan Puitika Sastera Melayu sahaja sebelum ini.
Apabila saya meneliti fungsi dan konsep teori ciptaan Mohamad Mokhtar ini, saya menjadi sangat gembira, oleh sebab teori ini benar-benar boleh digunakan dalam susastera, hatta dalam pengkajian sains sosial sekalipun. Malah, teori ini sebuah teori yang senang untuk digunakan, tetapi mempunyai objektiviti yang terserlah nyata. Saya tidak akan menyatakan hal teknikal bagaimana teori ini berfungsi, di mana anda bolehlah membeli majalah ini untuk mengenalinya. Biarlah saya kata, penemuan yang tercipta selepas menggunakan teori ini sangat menarik. Contoh di mana teks-teks Usman Awang digunakan untuk mengaitkan dengan konsep perspektif pengarang tentang “kemiskinan” sangat menarik.
Memang kalau diperlihat, intertekstualiti kenseptual ini bukan tulen (ide pascamoden pun menolak ketulenan dalam dunia ini, semuanya sudah digunapakai secara prasedar ataus edar). Penstrukturan “konsep” itu sendiri pernah diperkenalkan oleh Plato, kemudian dipercantikkan oleh Aristotle, dan diperelokkan lagi oleh ahli pemikir dan saintis Islam, terutamanya al-Ghazali dalam bidang “pengkategorian”, lalu dikembangkan oleh saintis seperti Mandel untuk tujuan pengkategorian alamiah. Mohamad Mokhtar hanya menyesuaikan bentuk dan roh idea ini dalam penganalisian susastera, dan ianya satu penemuan teori yang sangat rasional dan praktikal. Malah, kesesuaiannya terhadap teori Lacan, antara ahli psikologi yang mutakhir, juga bersifat interdisiplin (mengambil kira kaitan antara disiplin-disiplin untuk membuahkan sebuah konsep) membuatkan teori ini kehadapan, malah boleh diperkenalkan kepada pengkaji antarabangsa.
Malah teori ini dicuba oleh seorang pelajar sastera (yang memenangi Akademi Sastera 2008) dengan karya Shahnon Ahmad, TIVI, mengaitkan hasil karya sasterawan negara itu dengan konsep “kemungkaran”. Saya melihat, pelajar itu setengah berjaya, kerana beliau tidak secara holistik mengetahui latarbelakang Shahnon, serta kaitan ekstrinsik terbitan novel itu dengan ekstrinsik pengarangnya. Apa-apa pun, pelajar itu berjaya menunjukkan, teori Konseptual Kata Kunci sangat praktikal tetapi masih boleh dihuraikan dengan mendalam jika para pengkaji sastera berani menggunakan teori ini dengan interdisiplin yang disampaikan.

2 comments:
Salam saudara fadz,
Teori sastera selalunya cenderung kepada dua arah: bahasa atau sosial.Sekali pandang kita nampak macam teori ni lebih cenderung ke arah bahasa tetapi sebenarnya apa yang ingin dicari ialah lapangan makna yang membolehkan kita melihat pemikiran penulis.Maka,penulis yang lebih ditekankan berbanding teks dan pembaca kerana matlamat teori ini ialah menggali pemikiran penulis melalui lapangan diksi yang dibentuk.
Apabila penulis yang kita lebih utamakan,maka kekuatan teks sebagai sebuah karya seni akan diabaikan.Kekuatan sebuah teks sastera bergantung kepada struktur yang membinanya dan diksi hanya sebahagian daripada tiang yang membina struktur itu.Selain itu,pemikiran dan genius seorang penulis dicernakan ke dalam sebuah teks melalui pelbagai cara selain pemilihan diksi.Dan apa yang lebih penting dalam kita menilai sebuah karya sastera ialah melihat ketajaman pemikiran berbading dengan hanya mengenal pasti pemikiran penulis.Dan ketajaman pemikiran banyak bergantung kepada kekuatan estetik penulis dan sesungguhnya kekuatan ini memerlukan gabungan pelbagai magis-magis sastera - termasuk diksi.
Salam Wan,
Mungkin saya begitu 'ringkas' membingkaskan tentang teori 'baharu' ini kerana pemilikan bahasa/diksi itu memang ada dan wujud dalam teori ini tetapi diperlihat dgn. 'sepintas lalu' oleh saya (oleh sebab saya lebih tertarik dengan penaakulan sains sosialnya, yang dekat dengan saya), jadi maafkan saya. Malah buat saya, teori ini dinamis, ia boleh meluncur ke bentuk 'diksi' seperti yang saudara umumkan (dengan berpanduan memenuhi 'kenapa diksi sebegini yg diwartakan oleh penulis'- maknanya ia tidak hanya bersoal akan bagaimana, tetapi KENAPA) atau boleh juga meluncur sepenuhnya ke ilmu yg lebih dekat kepada saya (pemahaman sosial), yang memang idea ini sebenarnya sangat dekat dengan teori 'auteur', malah banyak hal (juga meneliti 'bahasa' dalam struktur filem itu boleh dikemukakan) mempunyai acuan sebegitu. Hal sebegini buat saya penting juga, malah perkaitan antara bahasa dan isi serta peristilahan analisis yg diutarakan oleh penyelidik yang membuatkan HASIL kaedah teori ini BERNILAI. wallahu alam.
Post a Comment