Saya Sedang Membaca

The Consuming Fire oleh John Scalzi | Pemberontak Filem oleh Nasir Jani | The Prague Cemetry oleh Umberto Eco | Confessions of a Mask oleh Yukio Mishima | In Search of Modernity: A Study of the Concepts of Literature, Authorship and Notions of Self in "Traditional" Malay Literature oleh Hadijah Rahmat |

Saturday, November 22, 2008

Amnesiak

Hak cipta Christian Carocca


Ini sebuah cerita sedih
tentang bagaimana aku melupaimu
dengan menukar identitiku
untuk mengenal hidup yang baru

Aku berlari ke jalan-jalan
Tanpa ingatan arah tujunya
Aku meninggalkan memori-memori
Setiap batu jauh daripadanya

Aku sampai ke bandar baru
Dengan baju yang aku salut
Yang semalam aku tidur di sebelahnya
Sambil aku telanjang tanpanya

Pagi ini pagi yang baru
Tanpa identiti aku membatu
Di depan polis bertanya namaku
Hanya jawabku:
Hari ini hari lahirku.

Kota Bharu, Disember 2008

3 comments:

Qaisy Jaslenda said...

cantik...

it reminds me of 'Boston by Augustana'

fadz said...

Terima kasih Qaisy..

Augustana penulis dari mana?

symarip said...

bahasa yang cantik..aku suka