Saya Sedang Membaca

The Consuming Fire oleh John Scalzi | Pemberontak Filem oleh Nasir Jani | The Prague Cemetry oleh Umberto Eco | Confessions of a Mask oleh Yukio Mishima | In Search of Modernity: A Study of the Concepts of Literature, Authorship and Notions of Self in "Traditional" Malay Literature oleh Hadijah Rahmat |

Tuesday, November 18, 2008

Gegambar Kemboja November 2008

Masuk ke bandar Phnom Penh.
Phnom Penh bermakna 'Puncak Bukit Nenek Kebayan'.
Jalan raya di Phnom Penh seperti di tengah pasar, sesak.

Sebuah kampung Cham (Campa), keturunan Melayu-Jawa
yang datang dari Jawa-Melayu-Arab-Cina yang pernah
berkerajaan di utara-tengah Vietnam dan pernah menjajah Empayar Khmer.

Gadis berjajan di tepi sekolah.

Anak murid yatim piatu di sebuah madrasah peringkat rendah.


Bersama antara penganjur lawatan ke Kemboja.


Anak-anak yatim berebut bergambar dengan
Abang Mat.


Sebuah Kampung Cham yang jauh dari Phnom Penh,
masyarakat Campa dikatakan masyarakat
'penyumbang makanan' penduduk Kemboja.
Kebanyakan penduduk Campa (yang bermastautin dari
Vietnam) adalah petani dan nelayan, kebanyakannya
memelihara lembu, oleh sebab rakyat Khmer menganggap
lembu sebagai haiwan suci, mereka tidak memeliharanya.


Orang tua di kampung Campa bermain qasidah.
Sebutan mereka sedikit lain, seperti slanga campuran Siam.
Selepas habis, pihak kami bertepuk-tangan,
agak memalukan kerana tidak menyambut dengan berselawat.

Makanan biasa Campa.

Tempat penyimpanan mangsa Padang Penyembelihan.
Saya juga menjumpai memoir arwah Dr. Haing S. Ngor,
terus saja saya beli tanpa peduli harganya. Oleh sebab
filem lakonan beliau itu, antara filem kegemaran saya,
Kemboja ini saya terjah, memberi penghormatan buat beliau.


S21- Penjara Kematian. Dari sekolah dahulu ke
tempat penjara yang lebih kejam daripada ISA.
Sila rujuk lantai jubin berpetak dam, sama
seperti kebanyakan sekolah di sana.


Gambar anak tidak berdosa ditahan di S21.
Hanya 7 yang hidup dalam beribu yang
ditahan di S21.


"Sesiapa yang tidak menghormati tempat ini akan disumpah!"
- S21


Pasar Baru atau 'Central Market', Phnom Penh.


Bunga bertingkat. Budaya yang sama boleh
dijumpa di Jawa/Bali/Thailand. Seperti bunga telur orang Melayu,
hiasan ini dibuat bagi upacara perkahwinan atau kenduri


Patung Buddha di perkarangan Istana DiRaja Kemboja.


Makan angin di pertemuan sungai Mekong dan Tonle Sap.


Anak-anak belajar di sebuah kampung daif di Campa.


Berkunjung di sebuah rumah imam di kampung Campa.



Angkor Wat, Siem Reap (Siam Kalah).
'Siam Kalah' mempunyai dua makna,
di kawasan bandar ini dikatakan tempat
Siam mengalahkan tentera Khmer, juga
tempat tentera Khmer berjaya menghalau
tentera Siam. Ia boleh disimpulkan sebagai medan
di mana selalunya berlaku perebutan kuasa Khmer-Siam
pada zaman dahulu.


Angkor Wat.


Kuil Mengajar Aspara, satu tarian tradisi Khmer.
Dikatakan amalan Aspara ini hanya boleh
diajar kepada anak perempuan yang mana
mereka diambil sejak kecil lagi lalu diasuh menjadi
penari Aspara. Mitos mengatakan, para penari
Aspara tidak boleh menua beratus tahun, masih nampak
gadis dara walaupun sudah umur lanjut. Patutlah
Angelina Jolie selalu ke sini.


Singgah solat di masjid. Kebanyakan kubah Campa
berwarna putih.

Rumah bot di Tonle Sap. Kebanyakannya pendatang Vietnam.





Sebelum saya berpindah ke Kelantan, saya berserta Badan Keluarga di organisasi saya telah berkunjung di Kemboja, melihat dunia Aspara, rakyat Campa (Melayu, mereka memanggil kita yang Melayu juga 'Campa', seperti mana orang Patani dan Jawa memanggil bangsa sesama Islam mereka), sungai Mekong, paya Tonle Sap, Padang Penyembelihan serta Angkor Wat. Ini adalah beberapa gambar yang ada untuk dikongsi...

4 comments:

akitiano said...

I've been there loh....that market also....oh ya, i ada kawan dari kemboja mengajar di lubok tapah....

Anonymous said...

Muka ko dah mcm orang sana dah tu.Hehe

lutfi said...

Kalau solat Jumaat, gi la solat di Masjid Muhammadiyah. Dia punya khutbah, pergh. Dulu waktu aku di Kelantan, aku suka makan kebab depan masjid tu. Sedap sebab dia bakar daging panas-panas. Ada lagi ke skrg? Kepada hang yang urban, slmt menjadi 'urban kelate'. haha

fadz said...

akitiano, hah, ingat pun! Lubuk Tapah?

Wak, iyolah! haha

Lutfi, saya dah balas dalam entri atas.