Saya Sedang Membaca

The Consuming Fire oleh John Scalzi | Pemberontak Filem oleh Nasir Jani | The Prague Cemetry oleh Umberto Eco | Confessions of a Mask oleh Yukio Mishima | In Search of Modernity: A Study of the Concepts of Literature, Authorship and Notions of Self in "Traditional" Malay Literature oleh Hadijah Rahmat |

Monday, May 26, 2008

Panduan Menyediakan Modul Pendidikan Moral KBSR

Panduan Menyediakan Modul Pendidikan Moral KBSR

1. Spesifikasi umum modul.
Ø Minimum10-15 halaman untuk setiap unit (tidak terhad).
Ø Format penulisan mengikut kreativiti penulis.
Ø Kandungan teks yang memenuhi kehendak SP dan HSP Pendidikan Moral KBSR, iaitu:
i) Fakta/teks
ii) Latihan dan aktiviti
Ø Cadangan brif ilustrasi yang lengkap.

2. Penyediaan modul/bahan penulisan hendaklah mengikut Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Pendidikan Moral yang terkini.

3. Bahan modul mestilah memenuhi aras murid (1, 2 dan 3) dan tahap murid (1 dan 2).

4. Kandungan modul hendaklah mengandungi maklumat tambahan yang menyokong maklumat sedia ada di dalam buku teks.

5. Terdapat cadangan ilustrasi yang lengkap dan dapat membantu murid memahami teks.

6. Latihan/aktiviti penggayaan dan pengukuhan yang pelbagai dan mencakupi semua aras murid.

7. Contoh/struktur modul terpulang pada penulis dan akan dibincangkan dengan editor/pengurus projek.

Untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi: zaida@dbp.gov.my

No comments: