Saya Sedang Membaca

The Consuming Fire oleh John Scalzi | Pemberontak Filem oleh Nasir Jani | The Prague Cemetry oleh Umberto Eco | Confessions of a Mask oleh Yukio Mishima | In Search of Modernity: A Study of the Concepts of Literature, Authorship and Notions of Self in "Traditional" Malay Literature oleh Hadijah Rahmat |

Tuesday, May 27, 2008

Jian Diperkatakan



Sudah berapa tahun lamanya JIAN di pasaran Malaysia? Lapan tahun? Saya siap sudah lupa tentang novel sulung saya yang satu ni yang saya tulis sebaik selepas habis SPM di MRSM Kuantan (oleh sebab itu novel ini dilatar di Pahang). Malah ura-ura yang menggerak saya untuk melakukan prekuel terhadap novel ini juga sudah saya lupakan. Saya masih muda waktu itu, dan berkobar-kobar dengan semangat intuitif X-Files. Alhamdulillah, ramai juga para blogger yang memberi ulasan tentangnya, yang memang mengejutkan saya dengan isi hati dan pendapat mereka tentang novel saya yang satu ni. Terima kasih teramat mulia buat mereka.

Di sini, saya sertakan pautan setiap pengulas:


"Sebuah novel yang meyakinkan dari DBP selepas Manuklon dan Di.Ar.Ti."
Ketika Membaca
pautan: http://ketikamembaca.blogspot.com/

"Saya percaya Jian akan menjadi buku yang paling dicari-cari di Galeri Buku DBP kerana peranannya sebagai novel sulung seorang penulis fiksyen sains yang tersohor"
Ulas Buku
pautan: http://ulasbuku.blogspot.com/2007/09/jian-2004-muhammad-fadli-al-akiti.html


"Jian sangat berbaloi dimiliki apatah lagi dengan harga yang begitu murah."
Waris Jagat
pautan: http://warisjagat.wordpress.com/2008/05/06/saintis-dan-zombi/


"Jian menawarkan satu fiksyen yang agak berbeza dari banyak fiksyen propaganda Melayu yang lain. "
Apresiasi Fantasi
pautan: http://sahibul-fiksyen.blogspot.com/2007/01/apresiasi-novel-jian.html


"Dengan gaya cerita yang baik dan pengolahan fakta yang berkesan, novel Jian yang berbentuk fiksyen sains akan merangsang minda para pembaca tentang dunia sains khususnya penyelidikan perubatan (aku copy dari belakang buku- memang tepat sekali!)."
Mama Ikmal
pautan: http://mamaikmal.blogspot.com/2006_12_01_archive.html

nota: Selepas ini, saya akan ceritakan proses penulisan JIAN, bagaimana saya mendapat ideanya dan kenapa saya memilih idea sedemikian.

4 comments:

saat omar said...

:) tahniah...keep up the good work

fadz said...

terima kasih :) tuan juga :)

IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR said...

Bro... mana gue nak dapat novel tu??? ada naskah tak Bro???

oh ya... gue punya novel Fantasi adventure.. bertajuk PAHLAWAN ADAMUS sudah berada di pasaran...

nanti komen ya Bro...

fadz said...

silzack, JIAN ada dijual di Kinokuniya.

oh, wow! tahniah! lajunya...