Novel terbaharu saya sudah ada di pasaran, dijual di Pesta Buku KL, di Alaf21 (ruang legar di aras tanah serta tingkat 1, TR3) dengan harga RM15. Alhamdulillah syukur nikmat. Ianya sebuah novel sains fantasi yang menyentuh tema post-apocalypse yang jarang-jarang dibikin oleh penulis tempatan (kecuali Rahmat Haroun dan Nazel H Mohamad).
SINOPSIS:
Pada 3024 A.D... Manusia melata bumi diburui Jembalang Bertulang Besi, entiti yang menakutkan. Makhluk asing? Mereka tidak tahu, tetapi manusia kini bukan pemerintah bumi lagi. Datang seorang perwira bernama Rogue dan beberapa manusia lain yang memerangi jembalang-jembalang ini kerana dendam kesumat. Rogue bertemu Jafni, kemudian Sobri, dan akhirnya UMMI. Mereka dan Rogue akan bersama-sama merungkai rahsia di sebalik kezaliman Jembalang Bertulang Besi, rahsia yang akhirnya menggoyah jiwa mereka akan satu kebenaran yang menakutkan tentang manusia dan pilihannya.
Ucapan terima kasih saya buat Moon dan Fiera sebagai editor saya, Kak Wan Ketua Editor Alaf21, Abang Ba'in perekabentuk dan En. Nordeen yang membuka peluang buat saya. Saya terhutang budi kepada kalian.
Saya akan berada di gerai Alaf21, aras tanah PWTC untuk sessi bertemu pembaca, insyaAllah!
Sessi bertemu Fadli al-Akiti, penulis SAGA HORIZON
Tempat: Gerai Alaf21, Aras Tanah, PWTC
Tarikh: 13 April (Ahad)
Masa: 10pg - 9 mlm
Pakaian: Bebas! hahaha!
23 comments:
Woooooooooo, tahniah!
Tahniah! Wah... Kena cari buku ni
Tahniah bro! Thanks di atas sokongan juga. Ehhh...nanti bebila kita jumpa ya?
Salam Fadli,
masih ingat aku? Tok Mudin boleh belaka :D
Salam kenal :)
woohoo!!
apa beza dengan manuskrip nya? ihiks! :-)
Woohooo! Hoyeh!
Tahniah simpan dulu buku tu untuk aku...tak sempat pi PWTC la. tgh sibuk kat DBP nak buat PENTAS OPERA...silalah menonton Pentas Opera di Auditorium DBP pada 11 dan 12 April jam 8.30 :) masuk harga RM10.00 dengan pembelian buku
-Saad
taf teh, terima kasih!
kholid, terima kasih! Sekarang hanya ada di PWTC, macam 'sneak preview'lah, jadi jangan ketinggalan!
azhan, sure!! wa dah tukar no lah! sabtu ahad ni wa ada, jumpalah.. atau minta kak wan nombor saya..
tok mudin, sape tak lupa, dah isytihar dah dalam blog tontonfilem saya:)
amyz, manuskrip? hehe, banyak, terutama bahagian tengah, yang bagi saya lebih 'kuat' impaknya dari dahulu.
anon=sinaganaga, terima kasih.
saad, ok, saya cuba selepas tugas hari sabtu ke DBP k..
Woohoo! Cover memang best!
fadz, tahniah! Terlalu singkat waktu adik singgah di booth, tiada sempat berbual lama tentang novel baru itu. Teruskan berkarya..!
Kita jumpa Ahad ni. saya minta tandatangan awak, awak minta tanda tangan saya. hahaha... tukar-tukar tanda.
Ah... aku tersilap baca kau punya blog. Ingatkan kau nak buat appearance kat gerai alaf21 semalam... puas aku tunggu! Rupanya ari ahad. Padan muka aku tak baca betul2. Takpe... ari ahad aku serang kau mintak otograp.
Brother, hari lain macam 11 dan 12 kau tak turun kat Pesta Buku ker?? Boleh kita bertemu mata...dan tahniah atas buku 'Saga Horizon'.
Ini nanti ada sekuel lagi?
Sang Gedembai dah sudah nanti, kau inform la? :)
HAKIM/mxypltk
fadz, hehe, trimas, hasil pakar rekabentuk Alaf21, en. Nordeen dan en. Baharin.
Puan, insyaAllah berjumpa Ahad ini dan boleh berborak lagi. Maafkan saya kerana tak sempat berkunjung bersama puan kerana saya juga bertugas hari tu.
Ainin, hait:)
ted, hoho, okies bro..
Hakim, sabtu (12 april) mungkin 4pm ke atas sampai 7pm ada kot.
sekuel? erkkk, ya ya, mmg dalam proses :)
Tahniah!
Dah lama tak baca buku fiksyen sains. Tiba-tiba sahaja rasa berselera... :)
penulis nya sgt comel... :)
Sorry la Fadz, masa Fadz komen dlm blog ulasbuku, pasal kehadiran anda di DBP, maybe saya dah ke KL.
Jadi, tak sempat jumpa, Insya-Allah, bila Saga Horizon II tahun depan kita jumpa lagi...:)
jiwa rasa, terima kasih:) Tak jumpa pun hari tu?
erina, marhaban & terima kasih :)
hakim, ohh, takpe takpe, ketemu saja tahun depan :) masa sentiasa di depan, dengan berkat Tuhan, berjumpalah..
congrats fadz!
salam fadli, saya menyukai novel ini.
nice job, well done!
Post a Comment