Saya Sedang Membaca

The Consuming Fire oleh John Scalzi | Pemberontak Filem oleh Nasir Jani | The Prague Cemetry oleh Umberto Eco | Confessions of a Mask oleh Yukio Mishima | In Search of Modernity: A Study of the Concepts of Literature, Authorship and Notions of Self in "Traditional" Malay Literature oleh Hadijah Rahmat |

Sunday, April 13, 2008

Lepas Geram di Pesta Buku

Salam,

Selesainya Pesta Buku KL di PWTC semalam. Apa yang nak saya ungkapkan?
:)
Pagi semalam saya begitu berdebar-debar, iyelah, secara impromptu, Kak Wan, Ketua Editor Alaf21 meminta saya 'lepak-lepak' di Geraf Alaf21 untuk sessi tanda tangan dan ketemu pembaca novel terbaharu saya terbitan Alaf21, serta menemui peminat novel Alaf 21. Bayangkan! Sampai ayah saya yang menghantar saya pun nampak, "You look sooo excited!" Memang tak senang duduk pagi semalam!

Sampai-sampai sahaja di gerai Alaf pada 9:20 pagi, saya dah tak sabar-sabar nak duduk. Kak Wan tersenyum, lalu minta saya duduk, siap pesan, "Jangan lari.". Novel-novel SAGA HORIZON yang tertinggal beberapa (ada rupanya) di rak lalu diletakkan di meja. Melihat novel-novel itu, saya sedikit terkilan. Pada Sabtu sebelumnya, Azian, Reza dan Sardah Appalasamy, ketiga-tiga kawan saya, cuba mencari novel itu di gerai Alaf 21, tapi tak jumpa. Saya masih boleh ingat wajah Azian yang hampa "Dah cari kat atas, tak ada!" Saya harap, Azian terjumpa juga novel itu selepas meninggalkan saya di gerai saya bertugas Sabtu itu.

Pagi itu, Kakak (bukan: Maharani!) Aisya Sofea sampai, serta Damya Hanna (namanya sangat farang! Dan oh ya, dia sangat baik hati orangnya), duduk berserta saya di meja tengah. Rasa teruja sebab duduk dengan 'selebriti' Alaf 21 (dan di situ saya lihat kehebatan novel cinta menandingi novel genre lain). Kemudian, Kak Norzailina Nordin, selebriti chef serta penulis tersohor Alaf (dengan novel-novel terkenal Permata Hatiku, Zuriat, Arjuna Hati, Impian Terindah, dll.) duduk di sebelah saya. Secara serius, dek kehadiran Kak Norzailina yang rendah diri, baik, imformatif, membimbing, serta berkongsi kek 'resepi rahsia'nya, saya tidaklah terasa bosan dan gelabah. Malah, sepanjang saya 'lepak-lepak' di Gerai Alaf, keseronokan saya menjadi-jadi kerana berbual dengan Kak Norzailina.

Jadi, pagi itu, mulalah orang berkunjung beli dan ketemu novelis. Masa itulah, hati berdebar saya naik ke tahap maksimum, rasa macam nak pengsan saja! Sememangnya Aisya, Damya dan Norzailina yang senior menunjukkan keselambaan mereka melayan peminat.

Kemudian, ada seorang adik perempuan yang comel lote datang, pembaca pertama novel saya yang meminta saya tanda tangan (thanx cute sis, will never forget your face!). Kerana rasa teruja saya sudah tahap melampau, saya meminta mengambil gambar bersamanya:


Bart Simpson & The Cute Girl

Kemudian, kawan-kawan datang. Ketemu kawan-kawan lama, kawan-kawan penulis, kawan-kawan nak jadi penulis, kawan-kawan blogger, kawan-kawan penyunting, kawan-kawan Serunai Faqir, kawan-kawan Vovin, kawan-kawan sasterawan, kawan-kawan tempat sekerja, dan paling teruja, dapat ketemu kembali kawan lama saya Lina Azra dan ibunya (thanx Auntie!) yang datang ke Pesta Buku semata-mata mahu ketemu saya!


Lina Azra & Me

Dan sudah tentu, pengalaman yang paling berharga adalah ketemu pembaca-pembaca baharu yang akan mula menerjah novel SAGA HORIZON termasuk ahli Kelab Alaf 21. Tanpa sokongan mereka, tanpa kehadiran mereka, tanpa senyuman mereka, siapalah saya (ya, ia adalah klise yang benar dan hidup sepanjang mana-mana adanya perhubungan pembaca-penulis). Saya juga berharap, SAGA HORIZON akan memberi sesuatu kepada mereka, walau sekecil mana pun.

Oh ya. Satu lagi. Tenaga kerja Alaf 21, memang baguslah. Nama saja deme pakai tema pakaian 'bercuti', tapi dedikasi mereka, Ya Rabbi. Merekalah 'the true stars' Alaf 21, tak penat-penat melayan pengunjung dan penulis. Buat itu, saya tabik hormat spring pada mereka semua. Syabas!


(Some of) the dedicated superheroes.
Yes, one of them is the typesetter and designer
of my novel. Guess which one.

Berbalik pada Pesta Buku KL 2008, mengancam, menyeronokkan, memenatkan. Gembira sebenarnya, kerana nampaknya, orang Malaysia dah mula suka baca buku, dan bukan sahaja itu, suka baca buku Melayu! Dan lagi mengejutkan, walaupun pembeli novel saya, terdiri daripada kalangan lelaki (kebanyakannya adik sekolah menengah [dah tentu minta ibunya belikan], universiti [ya Iszmir, saya ingat anda], dan bekerja), ada juga yang terdiri daripada kalangan perempuan! Malah yang mengejutkan, kebanyakannya yang membeli adalah perempuan! Dan secara kekerapan, perempuan yang dalam lingkungan 19-28. Ini sesuatu yang sangat mengejutkan saya.

Beberapa perkara menarik tentang Pesta Buku KL kali ini:

- Konvensyen Komik PEKOMIK yang akhirnya berjaya juga menarik gergasi komik Gempak yang tidak pernah mahu mengenali Pesta Buku untuk turun padang. Dan ya, semua orang akan bercakap tentang bentangan lukisan terpanjang itu, tetapi buat saya, apa yang lagi mengujakan ialah bila pengunjung pelbagai umur dapat 'melihat' estetika dalam komik yang di pamerkan di tengah ruang legar selama 10 hari itu.

- Ya, saya beli banyak novel juga. Mama dah bilang, jangan semakkan bilik lagi. Tapi saya tak tertahan, lagi-lagi keluar dengan Azwan sang penyair urban tu (dia siap hadiahkan saya beberapa kerana saya sudah kesuntukan duit, itulah kawan sejati namanya!). Apa yang saya beli/dapat:
1. Majalah "Sight & Sound" (Mac 2007), BFi [Pemberian Azwan]
2. "Mencari Kanisah Yang Hilang" oleh Alias Jundullah, Pustaka Nusrullah
3. Majalah "Dewan Sastera" (April 2008), DBP
4. "Melah Melia 2" oleh Ainun Naufal, PTS [Pemberian Ainin Naufal]
5. "Lembah Angin" oleh Ahmad Mahzan, PTS
6. "Aweks KL" [Ya, Azwan ada di dalamnya]
7. "Takluk Jagat Bhg. 1: Bisikan Ariasha" oleh Zaki Zainol, PTS
8. "Arjuna Hati" oleh Norzailina Nordin, Alaf21
9. "Menanti Kasih" oleh Norzailina Nordin, Alaf21 [Pemberian Norzailina]
10. "Everville" oleh Clive Barker [Pemberian Azwan]
11. "The Inhuman Condition" oleh Clive Barker [Pemberian Azwan]
12. Mata Kucing oleh Nizam Zakaria, Marshall Cavendsih
13. "Ideas That Changed The World" oleh Felipe Fernandez-Armesto
14. "Antara Dendam dengan Perjuangan" oleh Ali Jusoh, DBP
15. "Spirits of the Dead - Tales & Poems" oleh Edgar Allan Poe
16. "Karya Nan Indah" oleh Faisal Tehrani [Pemberian Faisal]
17. Kamus Peribumi "Keris", DBP
18. "Urana Exham" oleh Kusyi Hirdan, PTS
19. "Introducing Heidegger" oleh Jeff Collins & Howard Seline
20. "Introducing Romanticism" oleh Duncan Heath & Judy Boreham
21. "Introducing Lacan" oleh Dorian Leader & Judy Graves
22. CD Mesut Kurtis "Salawat"
23. CD Sami Yusuf "My Ummah"
24. "Sebening Rindu" oleh Azhan Kamal
25. Sebuah buku Naquib Al-Attas yang sudah terlupa judulnya kerana ayah pinjam nak baca.

- Melihat pengunjung menyerbu gerai DAWAMA-DBP. Alhamdulillah, saya turut gembira. Mungkin juga kerana kehadiran Faisal Tehrani di gerai Al-Ameen (strategi yang amat berkesan kerana Faisal sentiasa sahaja dikerumun peminat) yang kadang kala bertandang di gerai DAWAMA-DBP. Ini suatu pembuka mata buat pihak DAWAMA. Memang saya tidak mahu bercakap banyak, tidak mahu komen tentang masalah pesta buku (dan bersuka ria sahaja sepanjang pesta buku), kerana saya tahu, ia sudah semacam satu perangai busuk orang-orang kita, bila buat apa-apa majlis pun, walau sekecil mana, pasti mahu dikomennya (perangai orang Malaysia kot). Tetapi ini mungkin suatu yang terpaksa saya 'busukkan' mulut saya. Pihak DAWAMA perlu, bila tahun-tahun depan nanti, mengumpul para penulis DBP untuk bertemu dengan para pembaca/peminat seperti yang mana dibuat oleh Al-Ameen, Alaf21, Creative dan lain-lain. Mungkin untuk tahun yang pertama, tidak ramai yang mahu menegur. Tetapi bila dibuat setiap kali pesta buku, insya-Allah akan berlakulah satu fenomena 'bertemu dengan penulis DBP'. Siapa yang tidak kenal Saleha Husin? Tentu ada peminat yang mahu bertemu dengannya. Dan nama-nama baru seperti Kholid Hamzah, Serunai Faqir, Soo Chai, Ibnu Ahmad Kurauwi, sudah tentu boleh ditunjukkan dan diraikan.

- Adanya beberapa syarikat penerbitan yang menyambung tugas DBP dahulu serta Utusan kemudiannya yang sudah mula membuka peluang kepada fiksyen spekulatif, terutamanya genre fiksyen sains dan fantasi untuk bertapak, terutamanya PTS. Saya sendiri telah memborong kebanyakan novel fiksyen sains dan fantasi mereka, dengan tidak melihat pun jika ia mungkin tidak memberi kepuasan. Itu yang lebih penting, seperti mana itu yang penting buat PTS utarakan genre ini (malah dipaparkan sebuah banner besar akan kemunculan novel-novel ini). Kerana suatu fenomena 'mengambil masa'. Bila sebuah 'meletup', yang lain akan menyusul dan menyusul. Itu pun, saya kedengaran, banyak juga novel-novel ini terjual. Ini adalah suatu permulaan.

- Buku Aweks KL menerjah Pesta Buku KL. Juga buku 'wajib beli', New Malaysian Essays vol. 1 di mana tulisan Saharil (saharil.com) adalah antara tulisan yang terbaik setakat ini dihasilkan oleh penulis kita buat tahun ini.

- "Books empower" bukan "Book empowers" kata Sharon Bakar. Suara sasterawan Inggeris Malaysia sudah mula didengari, walaupun mungkin hanya bermula dengan teguran tatabahasa cogan kata.

Begitulah kiranya kesimpulan Pesta Buku buat kali ini. Saya pasti, ramai yang akan tertunggu-tunggu seperti saya buat tahun hadapan.

13 comments:

Anonymous said...

HUHUHU dah nak stat glamer tuuuu

Anonymous said...

Belum sempat lagi nak jamah buku kamu itu, sekarang sedang serius-serius dengan Karen Armstrong. Nanti dah baca aku kecek-kecek (baca: kutuk-kutuk) di blog. Haha!

norzailina said...

Fadz, gembira berbual dgn kamu. Sungguh banyak rupanya infomasi "dunia itu" yg tak akak ketahui...hehe. Doa akak semoga Fadz sentiasa berilham utk hasilkan lebih byk karya yg mencerna perasaan, menduga minda. Cepatlah letak cover Saga Horizon di laman ini...

zaki zainol aka kangaq said...

Uh, pegawai alaf 21 yang kanan sekali bertudung putih tu, tolong kirim salam! Ahahaha!

fadz said...

SF, bro! Mana ada..! Tetap macam tu je lah.

Mudin, baik, terima kasih atas sokongan:)

Kak Norza..! Satu penghormatan, terima kasih! Saya juga mendoakan Kak Norza terus menguja kami dengan resepi-resepi yang menarik serta cerita-cerita yang di luar dugaan! Kulit, ehem, Cik Moon tak hantar lagi...

Zaki, OK, boleh!

Hezzy Azra... said...

fadli... wah, dh ramai peminat yg 'cute2' ye? hehe. neway, congrats with ur SAGA HORIZON achievement! where were u masa kitorg ambik gambar sebelum balik tu?

fadz said...

salam Hezzy.. emmm, bolehlah.. went back home, dad came up and ask to come along, just had too.. heard u guys had dinner dat nite?

fadz said...

saya hormati pendapat kak Mar tapi saya hormati juga sumbangan Alaf21. Masing2 punya POV dan falsafah masing2. Ibu saya sendiri sangat suka akan kulit yang dibikin Alaf21, ini yang ibu cakap: "Tak pening menengoknya, lebih tenang dan 'reader friendly' buat masyarakat Malaysia.

Anonymous said...

maaf, saya tak baca buku Marsli NO..

Anonymous said...

Somehow I don't like the cover at all. Ia tidak melambangkan through understanding of the intipati of the book in designing the cover. Ia tidak mencerminkan darjah "complexity" karya dan isu yang kau angkat. Minta maaf for being blunt here, I'm a little bit disappointed dengan Alaf 21 not youlah... nampak setaraf buku murah cerita cinta-cintun penulis alaf 21 yang lain.

Bila mereka terbiasa dengan enviroment murahan, cinta malankolika klise, itulah hasilnya. Tak berseni langsung! Ko perlu teliti dan cerewet dalam memilih penerbit, biar buku kau tak laku,tapi kau tidak dicop sebagai penulis picisan, sebab buku kau diterbitkan oleh penerbit buku-buku picis.

Aku minta maaf aku memang seorang yang brand concious, aku tak pandang buku-buku terbitan alaf 21. Tengok logo alaf 21 pun aku meluat, kadang-kadang tu aku terasa nak lempang dan rampas novel yang ada kat tangan dia, dan koyak-koyak dan pijak-pijak, bila aku nampak logo alaf 21.

Ha ha ha terkejut??? aku acah aje berangan ala-ala penulis idealistik susastera tegar yang hagin dengan pemilihan Akhidiat Akasha sebagao SIFU mastera 2006.

But next time be more careful dalam memilih penerbit. Do not hasitate to tell them yang buku kau bukan ada nilai ilmu, bukan pop semata-mata. Jangan malu untuk bagi tahu yang kau penulis yang ada citra idealisme kau tersendiri dan dapatkan review dari somebody dalam dunia sastera like Dr Anwar Ridwan ka, sifu PTS ka, and demand for the best grafic designer yang mereka ada. Kalau kau buta ilmu grafik you can always asked sinaganaga tu for advisekan.

Cuba kau tingok cover buku abang Marsli No. Macam itulah baru ada kelas.

Mardhiah-

Anonymous said...

thanx ya ltak gmbar 'bdak cute' kat c2...hehehe..
-yg sebenarnye x cute-

tiex said...

Hey, salam kenal yah.
Klo boleh tanya dimana bisa beli kaset/CD sami yusuf yah?
Thanks b4...

fadz said...

mardiah, noted dan terima kasih.

budak cute, u mmg cute :)

tiex, ada dijual di Minerva tak silap saya.