Saya Sedang Membaca

The Consuming Fire oleh John Scalzi | Pemberontak Filem oleh Nasir Jani | The Prague Cemetry oleh Umberto Eco | Confessions of a Mask oleh Yukio Mishima | In Search of Modernity: A Study of the Concepts of Literature, Authorship and Notions of Self in "Traditional" Malay Literature oleh Hadijah Rahmat |

Monday, November 26, 2007

Bhg. Istilah DBP Tidak Relevan?

nota fadz: Saya amat marah dengan padangan Dr. Wan ini. Ini adalah satu contoh kenapa saya rasakan Ahli Parlimen yang mewakili kita asyik beretorik yang bukan-bukan. Lebih-lebih lagi tentang bahasa. Banyak yang boleh diceritakan, tetapi satu yang saya tahu, kalau saya ada peluang mengundi di Gerik, saya memang tidak akan menyokong calon Dr. Wan.
DBP alami kemandulan minda
KUALA LUMPUR 26 Nov. – Seorang ahli Parlimen menyifatkan Jawatankuasa Istilah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengalami kemandulan minda apabila gagal mewujudkan istilah-istilah baru bagi memperkasa bahasa Melayu.
Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) kawasan Gerik, Datuk Dr. Wan Hashim Wan Teh (gambar) berkata, berbanding para sarjana terdahulu, jawatankuasa berkenaan tidak mahu membuat penyelidikan bagi mencari istilah-istilah baru untuk mengatasi penggunaan bahasa rojak akibat terlampau meminjam istilah bahasa Inggeris.
Sedangkan, kata beliau yang juga Pengerusi Institut Terjemahan Negara, para sarjana terdahulu begitu bersungguh-sungguh memperkasa bahasa Melayu dan sanggup menjelajah sehingga ke Sabah, Sarawak dan Indonesia semata-mata untuk mencari istilah-istilah baru.
Katanya, ketiadaan istilah baru menyaksikan istilah bahasa Inggeris seperti bajet, snek dan konsultansi dimelayukan tanpa batasan, sedangkan kamus Dewan terbitan DBP sendiri ada menyediakan perkataan yang sesuai dan ia perlu dijadikan rujukan rasmi.
‘‘Saya rasa jawatankuasa istilah ini telah mengalami kemandulan minda, tidak mahu membuat penyelidikan seperti sarjana-sarjana terdahulu mencari istilah. Sekarang ini istilah dalam bahasa Melayu tangkap muat sahaja. Saya berharap ia dihentikan,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan mengenai penggunaan istilah bahasa Inggeris kepada Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran, P. Komala Devi di Dewan Rakyat hari ini.
Sementara itu, Komala berkata, bahasa merupakan sesuatu yang dinamik dan tidak statik di mana ia akan berubah dan masyarakat pula akan meminjam istilah tertentu dari bahasa lain.
Dalam konteks ini katanya, kementerian mendapati peminjaman istilah bahasa Inggeris adalah berkaitan bidang teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).

9 comments:

Anonymous said...

Oit bro tak baik mare-mare...Kak Komala kan dah gerudi kepala si Wan yang tuuttt %&^@(!#&&^. Dosa, tak masuk syurga tau kalu marah-marah sama che wan che nik!

lutfi said...

kecaman dr Wan Teh itu tak lebih daripada mempopularkan diri. Maklumlah tak lama lagi pilihanraya Mengatakan orang lain sebagai mandul minda menunjukkan orang yang berkata itu mandul minda. Lagipun, Dr Wan sendiri, sebagai pengerusi institut terjemahan, adakah cemerlang sangat dia di sana? Sudah berapa banyak buku yang diterjemahkannya? Dan adakah buku terjeman intmb itu sampai ke khayalak? Tak baik mengutuk orang lain tapi lupa melihat diri sendiri. orang Melayu kata, hal ini ialah; kuman di seberang nampak, gajah depan mata tak nampak.

Anonymous said...

Aik Lutfi, sejak bile ni ko berani ngutuk Che Wan Che Nik nih? Ko dah nak sangat masuk neraka ye!

fadz said...

Kak Mar, takkan le kutuk orang yg kita angkat secara mengundi (hak rakyat) tu boleh terus masuk neraka? Feudalisnya...

fadz said...

Saya suka jawapan Dr. Firdaus dan Dr. Hassan selepas itu. Ayah saya kata, Dr Wan ada betulnya dalam beberapa istilah (seperti advertisi tidak perlu, sebab istilah iklan sudah ada), tetapi CARAnya menjatuhkan KESELURUHAN DBP itu sangat saya marah. Ini adalah kebiasaan orang kita (termasuk saya, Kak Mar, dll. kalau tak caya, Kak Mar terus 'hukum' sesiapa BOLEH masuk syurga/neraka di mana Allah yg tentukan dan bukan kita, biarkan yang MEMASUKKAN itu Tuhan, jangan kita, itu kerja Tuhan bukan kita). Ini dipanggil 'sweeping generalisation' iaitu menyalahkan keseluruhan entiti itu sedang cerita yang mahu dibicarakan ialah satu titik dari entiti itu (di sini, Bhg Istilah). CTH: Amir malas buat kerja, maka MELAYU memang pemalas danf asal ni tak boleh maju selama-lamanya. Hah, macam itulah... Perkara sebegitu sangat salah. Oleh sebab itu, saya ingin melihat lebih ramai lagi calon dewan rakyat yang lebih senonoh dan teliti cakap mereka, dan bukan menghumban dan mengenerelisasi tak tentu fasal. Oleh kerana itu, Amir Muhammad boleh buat duit dengan mengeluarkan buku bestsellernya.

lutfi said...

Itulah bila semua orang nak jadi Tuhan. Aku rasa, ramai daripada kita kena ambil kelas logika. Supaya mereka boleh fikir ikut aturan, ikut mantiknya - bukan ikut seekor iblis yang ada di hujung lidah mereka. Belajar logika, sekurang- kurangnya, biarpun berasal dari Aristotle - namun dapat mengelakkan kita daripada fanatik yang bukan-bukan, sama ada kepada individu, idea, atau sekelompok orang. Buat apa pergi pelajar nun jauh di hujung dunia, balik berdegar-degar cakap bahawa masyarakat maju sangat kritis pemikirannya, namun dalam masa yang sama, kekritisan itu tidak ada pun dalam dirinya. Pagi tadi, aku ada terima sms, entah dari lahanat mana kata aku pun mandul minda. Aku rasa orang yang hantar sms dekat aku tu lebih mandul minda kerana langsung tidak memperkenal siapa dirinya. Sikap marahkan nyamuk kelambu dibakar patut dinyahkan dalam pemikiran bangsa kita. Kepada Mardiah, saya berharap agar kita dapat bertemu muka.Mungkin banyak benda yang boleh kita bincangkan, dan ada beberapa persoalan yang mahu saya ajukan. Tetapi bukan secara maya, saya lebih suka mengadap 2 biji mata saudari.

fadz said...

huhu, udah le... saya tau Kak mar tu seloroh..ok kan kak Mar, ok kan?..0-0 yek..ni kena pujuk ke ni?

Anonymous said...

Fadz, kau pun tahu aku ni lelaki jenis mana.

fadz said...

aku tahu ke? perempuan aku tahu lah, hehehe.. yeap.. sebenarnya, aku suka pandangan2 lutfi, sangat tepat, analitikal, tak pernah lari dari halatuju... fasal tu aku suka kau jadi 'pemerhati' pada org2 parlimen kita.. isu2 yg kau utarakan mmg pedas dan mengena sasaran.