Saya Sedang Membaca

The Consuming Fire oleh John Scalzi | Pemberontak Filem oleh Nasir Jani | The Prague Cemetry oleh Umberto Eco | Confessions of a Mask oleh Yukio Mishima | In Search of Modernity: A Study of the Concepts of Literature, Authorship and Notions of Self in "Traditional" Malay Literature oleh Hadijah Rahmat |

Wednesday, June 20, 2007

Temu Ilmu: Prof. Naquib al-Attas




Apa: Diskusi Pemikiran Prof. Naquib al-Attas

Oleh: Sdr. Khalif Muammar (sarjana pemikiran Prof. Naquib dan penulis Atas Nama Kebenaran)

Bila: Ahad, 24 Jun 07

Masa: 3 petang

Di: Rumah PENA

Masuk: Percuma


Kalian tak kenal Prof. Naquib? Kalian wajib datang untuk pembelajaran 101 tentang Prof. Naquib (seorang daripada prof. kita yang sememangnya layak mendapat hadiah Nobel bagi kesusasteraan atau perjuangan kemanusiaan) Ahad ini. Semua sarjana Islam, baik di barat dan timur sangat menghormati beliau, malah kalau saya turun ke Indonesia, para pemikir, politikus dan ahli peniaga di sana sentiasa bertanyakan tentang beliau.


Oh ya, satu perkara lagi. Pada 7.07.07 saya dipelawa membaca naskhah saya di Rumah PENA. Jangan ketinggalan.

1 comment:

zubin said...

Selamat Sejahtera, saya ada datang ke majlis tu, agak menarik juga pembentangannya, tapi saya agak mengantuklah, jadi saya balik selepas beliau bercakap, tak sempat nak bersoal jawab, lagipun biarlah saya jadi pendengar saja dalam bidang ni, banyak yang kena belajar dan dengar!