Back to Bahasa Malaysia
By WONG CHUN WAI and AUDREY EDWARDS
KUALA LUMPUR: Bahasa Malaysia will again be the official term to be used to refer to the national language. In a unanimous decision last April, the Cabinet felt that reverting to the term Bahasa Malaysia would help inculcate a sense of belonging for all citizens irrespective of race, said Information Minister Datuk Seri Zainuddin Maidin.
All ministries, public universities and local institutions of higher learning have been directed to inform their relevant departments and agencies to begin using the term Bahasa Malaysia in letters, notices and documents with immediate effect.
It is understood that the heads of the various ministries are sending out these directives following the Cabinet order.
“The Malay language belongs to Malaysians of all races and not just the Malays. The term Bahasa Malaysia would instil a sense of belonging,” Zainuddin told The Star yesterday. He said the term Bahasa Malaysia was introduced by Tunku Abdul Rahman after the country's independence to inculcate a Malaysian identity.
“It was generally accepted and no one asked for a change until (Datuk Seri) Anwar Ibrahim became the education minister (in 1986).
“He dropped the term Bahasa Malaysia for Bahasa Melayu and it has remained that way. But now, we feel we should go back to the original term,” he said.
nota fadz: Perkara pertama, maaf cakap, selagi kaum etnik bukan Melayu-Bumiputera di Malaysia tiada rasa 'dengki' terhadap Melayu sebagai Bumiputera, perkara sebegini tidak akan berlaku (kebiasaan orang politik, jika tidak dapat menyelesaikan masalah pembahasaan, mereka mencari agenda nasionalisme yang sememangnya ideanya sendiri dangkal bagi penduduk Asia). Malaysia-Melayu-Malaysia kembali, mengarut dan memalukan. Panggillah ia bahasa Rakyat saja, habis cerita. Saya gerenti, sampai sekarang, orang bukan Melayu tetap menganaktirikan bahasa ini kerana penggunaannya yang terhad di bandar (bahasa Melayu banyak digunakan di pedalaman sedang bukan Melayu banyak terkelompok di bandar), kepentingan bahasa Inggeris serta kekuatan memegang akar umbi keturunan. Kalau suatu masa, seperti filem Melayu pun, jika idea mencari 'makna' ini diabaikan dan hanya melihat bahasa itu sebagai alat komunikasi, atau filem itu sebagai alat hiburan-paparan hidup, perkataan yang memberinya makna tidak akan wujud. Filem Melayu dahulu diterbitkan oleh orang Cina, diarah oleh orang India dan ditulis dan dilakonkan oleh orang Melayu. Tidak pun mereka bising mahu memanggilnya filem MeInCi (ia dipanggil filem Melayu atau filem Singapura, dan sememangnya dibuat untuk orang Melayu). Kalau sebuah filem itu bagus, semua orang akan menonton. Kalau bahasa itu praktikal untuk digunakan dan ada kepentingan, orang akan menggunakannya. Sesenang itu. Aku menunggu bagi kerajaan China menjadi 'pax romana' baru abad ke-21, mari kita lihat revolusi bahasa apa yang berlaku selepas itu.
PEMBACAAN- Wah, Idea Seksan sudah diraikan!
Sempena Pesta Buku Selangor yang akan berlangsung dari 26 Julai hingga 1 Ogos 2007 di Kompleks PKNS Shah Alam, Kumpulan Sasterawan Kavyan dengan kerjasama PTS Publications dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor bakal menganjurkan acara Baca Hikayat Abdullah. Untuk itu, Kavyan mengatur Bengkel Baca Teks Kavyan pada 30 Jun (Sabtu), 9:00 pagi di Perpustakaan Raja Tun Uda, Persiaran Bandar Raya, Shah Alam bagi menguji bakat, memilih dan membimbing peserta yang berminat mengambil bahagian dalam Baca Hikayat Abdullah.
Bengkel ini terbuka kepada peserta pelbagai kaum dan umur yang berminat membaca teks Hikayat Abdullah (PTS: 2007) yang diadaptasi oleh Hamzah Hamdani menjadi edisi semi-klasik. Penulis asal Hikayat Abdullah (1849) ialah Munsyi Abdullah bin Abdul Kadir, seorang guru bahasa dan penulis keturunan Arab-India; dan ramai sarjana berpendapat bahawa beliau adalah bapa kesusasteraan moden tanah air. Orang ramai yang berminat menyertai Bengkel Baca Teks Kavyan perlu mendaftar segera dengan menghubungi uthayasb@kavyan.cjb.net atau 012-3368142 kerana tempat adalah terhad.
12 comments:
Errr...sebenarnya Kavyan di bawah Uthaya sudah lama menganjurkan program sastera sebegini, sebelum wujud program-program di Seksan lagi.
Tak setuju kalau menyalahkan pada bangsa bukan melayu-bumiputra semata-mata, apatah lagi menuduh mereka 'dengki'. Selama ini masih melayu yang mendominasi politik, jadi melayu masih ada kuasa yang hebat. Mengapa kuasa itu selama ini tidak digunakan untuk 'mempertahankan' bahasa melayu? Jangan mudah menuduh orang lain. Tengok diri sendiri dahulu. Kalau bercakap mengenai seseorang, berlatar-belakangkan bangsa dan kaum apa sekalipun, lihat dulu latar sosio-ekonomik mereka. Letak-guna bahasa dipengaruhi oleh faktor-faktor itu. Sebagaimana kau menggunakan campuran bahasa melayu-inggeris adalah kerana suasana dalam keluarga. Faktor pendidikan yang diberikan, latar belakang ibubapa, pendedahan kepada pengaruh media (filem, muzik, seni, dll), tinggal di bandar/kampung semua tu. Jangan menuduh begitu saja. Bayangkan kita berada di tempat mereka.
Aku suka perbincangan dalam Malaysiakini. Kekeliruan & penjelasan semua tu. http://www.malaysiakini.com/letters/68443
Shaarad: "Suffice to say, in our country Bahasa Malaysia is caught between an identity in the Malay community and that of a fully secular national community. As lamentable as Jawi's disappearance from the public sphere, the script is part of the former; project of a single community's identity – celebrated by others as well – but not open enough for the present national community. Romanised Malay is only the starting point of a national language and not its end.
The schizophrenic politics of Bahasa Malaysia is the major source of its failure as a national language. Let Malay and Bahasa Malaysia coexist; let us acknowledge Malay's rich history but let us also give Bahasa Malaysia a future by releasing it from its current strictures. One that has been brought about by too close an identification with one community – its culture, society and religion."
Ya, politik yang gila. Dan juga pembebasan bagi Bahasa Melayu.
salam ketemu
kalau orang tak berdengki, panggil bahasa Melayu pun boleh jalan. Ini timbulkan isu 'menyatukan kaum/etnik Malaysia'. Azwan, dont be too naive lah. My point here is, it's just a word (see, i even answer in English, our so called colonial mother tounge) and that word, its our own choice to determine what form or concept it should be known by. Masalahnya, setiap benda yg diutarakan jadi 'politik', jadi isu 'nasional'. Aku tak memperjuangkan apa-apa, tetapi sebagai seorang pasca modenis, panggillah apa-apa pada Melayu itu, ia tetap satu konsep yang dicirikan oleh awak sendiri, sama dengan Malaysia. Jadi apa masalahnya dengan itu? Macam orang Nyonya atau Cenai di Melaka guna bahasa 'Melayu', takde masalah pun, sebab mereka tak tengok pada sudut 'kebangsaan' atau (drama: uhh, aku rasa terasing dengan kaum kau) tetapi 'practicality' (kalau tak tahu berbahasa Melayu, susah lah nak berkomunikasi dengan penduduk tempatan).
Jadi masalahnya masih dengan dengki, nak hak itu, nak hak ini, itu kebiasaanlah. Kalau tiada rasa "SAYA NAK" itu, takkan berlaku perasaan "SAYA TAK ADA TAPI AWAK ADA". Ini termasuk juga dengan orang Melayu kepada etnik lain.
Tetapi itulah, sebenarnya ada benda lebuh menarik aku jumpa dalam merahsilu.blogspot.com, mengatakan MELAYU itu bukan ETNIK/BANGSA tetapi satu idea PENYATUAN (semacam idea penyatuan Uthmaniah yang berbilang etnik, atau Amerika yang berbilang bangsa) yang menggunakan bahasa Melayu dan beragama Islam, (perkara ini benar di Sarawak, orang Melanau yang masuk Islam dipanggil MELAYU, sama juga dengan orang India/Cina zaman dulu di Melaka). Mereka masuk Melayu/Jawi menandakan mereka masuk Islam dan berkhatan). Jadi Melayu = Malaysialah.
Ingat filem AMUK Adman Salleh? Ada mat salleh dlm filem tu, En. Brown dipanggil 'Melayu'..ingat?
Hanya bila pendatang Inggeris datang, dan seruan kaum muda (ini semua asing bagi orang Melayu dan Islam, sebab penyatuan mereka dari segi agama, bukan semangat kebangsaan) membawa idealisme Nasionalis Islam (Kamal Attartuk yang paling ekstrem), baharulah mula orang Islam sesama mula berpecah dengan 'kebangsaan' masing2, Turki guna bahasa Turki dan seumpamanya. Maka masalah ini menular juga dalam Malaysia/Melayu ini, lebih2 lagi sebagai alat 'pejuang merdeka' orang pada waktu itu. Jadi aku ambil pendapat, keluar dari kepompong tu, aku tak lihat bahasa Melayu sebagai alat kebangsaan, tapi hanya sebuah bahasa yang cantik yang aku suka guna, samalah aku suka Inggeris, dan mahu belajar Arab, Peranchis, Sepanyol, Thai, Jepun dan Mandarin.
There..
perumpamaan dia macam nilah,
Nizam Zakaria pernah cakap kat aku satu perkara: "I can always write my fiction in English, but i do not choose so. I prefer bahasa Melayu, why? Because it's 1 of the most beautiful language in the world"
Macam hari ni, aku pakai baju batik ke kerja. Kenapa? Diminta kerana pegawai? Menaikkan pakaian kebangsaan? Semangat tinggi untuk bangsa dan negara? Tak. Sebab aku suka pakaiannya yang bermotif cantik, dan aku lebih suka membiarkan baju aku terselit ke luar. Kalau tiap2 hari diminta pakai baju batik, aku ikut sebab kena dengan jiwa aku. Dan kalangan pegawai, bukannya semua mereka nak pakai baju batik. Perlu ke dipaksa? Tak, sebab itu kemahuan mereka.
Jadi samalah dengan bahasa ni, aku tetap suka guna bahasa ni, baik panggil Melayu atau Malaysia, tapi itulah, walaupun diubah, masyarakat juga akan ikut nak guna? Aku gerenti, lepas ni, berubah lagi Malaysia tu ke Melayu, percayalah cakap aku.
I got your points, dear friend. It just this sentence:
'selagi kaum etnik bukan Melayu-Bumiputera di Malaysia tiada rasa 'dengki' terhadap Melayu sebagai Bumiputera, perkara sebegini tidak akan berlaku (kebiasaan orang politik)'
Cakap saja orang politik, termasuklah melayu & bukan melayu. Jangan terus nak stereotaipkan "kaum etnik bukan melayu-bumiputra" yang jadi "pendengki". Kau sendiri tau aku tak suka & sensitif dengan benda-benda berunsur anti-perkauman sebegini, bukan?
Aku faham apa yang nak sampaikan. Semua komen yang kau balas balik ni aku setuju. Tak payah beritahu pun. Tapi berhati-hati.
Aku tak naive. Kalau ada orang dengki, itu dari diri dia & organisasi dia. Biasanya orang politiklah. Bukan kerana bangsa dia semuanya.
Rujuk balik pada surat Sharaad dalam Malaysiakini tu. Jelas dia, sebagai bukan melayu, bersetuju dengan kau & menyalahkan pada politik juga. Bukan pada mana-mana bangsa. Melayu atau bukan melayu. Aku bersetuju sangat dengan dia.
http://www.malaysiakini.com/letters/68443
Yang penting bahasa Melayu/Malaysia perlu dibebaskan! Inilah yang aku & kau (dan D, Ruhayat, dll.) tengah buat juga, terutamanya dari segi sastera. Kita dah bosan dengan kelesuan sastera bahasa melayu/Malaysia yang macam itu-itu juga, bukan?
ok, but the dengki point tu, semua orang ada..baik sesiapa..Point aku ialah (mungkin perkataan dengki tu terlalu keras, mungkin perlu diubah kepada rasa kemahuan atau iri?) baik Melayu atau bukan Melayu saling mempunyai perasaan 'mahu' itu, kalau tak, tidak adalah RMK, Felda dan apa2 lagi. Aku sengaja letak perkara ini sebab memandangkan ada beberapa kawan bukan Melayu aku yang menyokong bahasa Malaysia itu 'menyatukan kaum' yang bagi aku, sangat ridiculous. Bagi aku, pengubahan Melayu kepada Malaysia adalah alat caturan politik orang tertentu, melunaskan kemampuan mereka yang juga 'dengki' terhadap orang politik dahulu yang menggunapakai terma dulu.. Ini yang aku bisingkan. Baik antara Melayu-Melayu ini, atau kawan bukan Melayu aku yang dengan tulus mengatakan mereka tidak rasa bahasa Melayu boleh menyatukan mereka HANYA KERANA perkataan Melayu itu. Itu point dia (ya Azwan, dlm dunia ni, ada orang dengki dengan Keretapi Tanah Melayu, Tanah Rizab Melayu, dan pelbagai yg di'christian'kan Melayu, baik orang lain atau Melayu tu sendiri, kalau tak, takde yg sibuk nak jatuhkan sultan, tubuh republik, buangkan hak bumiputera dan benda2 lain tu).
aku sokong tulisan Sharaad, tapi bagi aku, ia tak akan menukar apa2 dari segi mempopularkan 'penggunaan' bahasa itu, melainkan bahasa Melayu (Malaysia, watever) menjadi bahasa yang praktikal. Dan perasaan 'mahu' mengubah itu takkan memberi impak apa2pun.
denai, salam ketemu..kenapa tak suka London? Memang musim panas busuk, kalau musim dingin atau spring, baunya lebih sedap.
wah, bersemangat juga hang dalam isu bahasa ni no.
Apapun, bagi aku, apalah yang sangat kita harapkan daripada orang politik. Apapun yang mereka buat, akhirnya - berdasarkan keuntungan peribadi mereka. Seperti yang sejarah telah mengajar kita, keadilan dan kemampuan sesuatu masyarakat melaksanakan sesuatu dengan adil - adalah kunci kepada kemakmuran. JAdi, hari ini, kita telah memberikan hal-hal yang penting, sebagai contoh, isu-isu bahasa kita bagi orang politik yang tak tahu apa-apa buat keputusan. Aku tak fikir mereka fikir ini semua kita nak cakap dekat press. Isu ini sama saja macam ni; orang yang sakit kita bawa ke pengemis bawah jambatan. Agak-agaknya orang yang sakit itu hilang tak demamnya? Ya, macam Prof Naquib kata - apabila kita tidak mampu berlaku adil - akhirnya lahirlah anak haram yang satu itu; Kezaliman. Itulah yang terjadi dalam masyarakat kita.
haa, lutfi, lama tak dgr cerita..!
Saya terpanggil untuk memberi reaksi terhadap tulisan yang disiarkan dalam ruangan "Naqdu bersama Salbiah Ani" (Berita Harian, 5 Julai 2007, halaman B13).
Sebagai penulis yang menghasilkan sajak "Pe(r)juang(an) Bahasa II" (Mingguan Malaysia, 24 Jun 2007), saya ingin menegaskan bahawa makna sajak berkenaan telah disalahertikan oleh Salbiah Ani.
Sajak berkenaan adalah berkaitan perjuangan memartabatkan dan mendaulatkan Bahasa Malaysia (yang juga dikenali sebagai Bahasa Melayu) sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi bagi negara Malaysia.
Salbiah Ani ternyata mentafsir sajak berkenaan sebagai menentang "Bahasa Melayu". Saya tidak tahu bagaimana beliau sampai kepada kesimpulan yang tersalah sasar seperti itu.
Saya mengakui sifat sajak sebagai sebuah karya sastera yang boleh ditafsir dengan pelbagai makna. Mungkin sahaja Salbiah Ani menganggap bait "Dirgahayu bahasaku/Dirgahayu Bahasa Malaysia!" sebagai bait yang menentang istilah "Bahasa Melayu".
Sedangkan sajak berkenaan secara nyata adalah mengenai bahasa kebangsaan yang perlu terus didaulatkan walaupun menerima saingan daripada bahasa-bahasa lain. Mesej sajak itu amat nyata dan mudah difahami.
Malah, salah tafsir yang lebih ketara adalah apabila Salbiah Ani menganggap, "beliau melabelkan pejuang bahasa sebagai dalang, petualang dan talam yang cuba mencabar."
Ternyata Salbiah Ani tersasar langsung daripada mesej sebenar sajak. Kandungan sajak itu mengatakan bahawa "pejuang bahasa" perlu berhadapan dengan "dalang, petualang dan talam yang cuba mencabar", bukannya "pejuang bahasa" itu sendiri menjadi "dalang, petualang dan talam"!
Saya tidak percaya bahawa Salbiah Ani sebagai seorang pengelola ruangan sastera yang sangat berilmu dan amat saya segani akan membuat salah tafsir terhadap sebuah sajak yang secara amat jelas menunjukkan bagaimana seluruh rakyat Malaysia perlu sama-sama menjadi "pejuang" terhadap bahasa kebangsaan walaupun akan menerima cabaran daripada pelbagai pihak.
Apapun, saya tetap mengakui hakikat sajak sebagai sebuah karya yang boleh ditafsir dengan pelbagai makna mengikut tahap penghayatan dan emosi setiap pembaca.
Namun, adalah menjadi tugas dan tanggungjawab saya untuk menegaskan bahawa ulasan yang dibuat dalam ruangan "Naqdu bersama ..." (Berita Harian, 5 Julai 2007) adalah tidak benar dan terkeluar daripada makna sebenar sajak berkenaan.
Post a Comment