Saya Sedang Membaca

The Consuming Fire oleh John Scalzi | Pemberontak Filem oleh Nasir Jani | The Prague Cemetry oleh Umberto Eco | Confessions of a Mask oleh Yukio Mishima | In Search of Modernity: A Study of the Concepts of Literature, Authorship and Notions of Self in "Traditional" Malay Literature oleh Hadijah Rahmat |

Thursday, May 3, 2007

Berpesta Buku

Pesta Buku datang lagi. Dan ini adalah syurga bumi bagi kami yang dipanggil ulat buku @ nerd @ royan roman. Seperti biasa (dan lebih perit, kerana saya sudah mula bekerja, maka saya sudah ada banyak duit) saya akan memborong buku. Saya suka membawa beg sendeng saya dan beli buku tanpa plastik, dengan mengucapkan, "Jangan beri saya plastik, saya nak jaga alam sekitar". Semacam itu boleh menolong, tetapi saya buat sahaja. Saya hanya gugur dengan godaan Gerai Mufti Brunei kerana mereka memberi sebuah beg kain yang sangat cantik. Kali ini, walaupun saya dengar dari pihak gerai, promosi agak kurang, bagi saya, pengurusan aktiviti Pesta Buku agak baik dan berjalan lancar. Hanya masalah perletakan gerai yang merata-rata (dari tingkat 2 hingga 4) dan memerlukan peta di kedua-dua tingkat bagi menolong pengunjung yang sesat (mungkin di dalam dewan juga diperlukan). Saya juga rasa sedih apabila Tom Wolfe serta Alice Walker diletakkan dibawah "unknown writers" di Pay Less. Saya beli secara borong, kerana saya jenis yang suka membaca satu-satu buku, dan mencampak buku itu jika buku itu tidak bagus, sampah dan tidak ikut cita rasa saya. Kalau baik saya akan membacanya sehingga habis, atau simpan dalam plastik 'reserve' sebagai buku yang saya akan sambung jika tiada masa. Kali ini, saya habis rm500 untuk 4 kali saya melawat PWTC. Baik, ini adalah senarai buku-buku yang saya beli (alamat bertingkat-tingkat lagilah buku di rumah yang tak berbaca):

1. Literature Lover's Book of Lists (di Pay Less)

2. We (buku SF di Pay Less)

3. Coldheart Canyon oleh Clive barker (utk rm15, sape tak nak??)

4. The Doorman oleh Reinaldo Arenas (Pay Less)

5. Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785-1954 (UKM, buku yang sangat baik, dan sedang saya baca hingga tak lepas)

6. Sebuah buku fiskyen Hamzah Husin tentang bintang filem (UKM)

7. Adab Sopan dan Budi Pekerti dalam Islam (UTM)

8. Perintah Segala Raja-raja Acheh (UTM)

9. Gapura oleh Zehann Ur Rakhi (Pekan Ilmu- sangat menunggu kemunculan en. Zehann, tapi dia tak datang)

10. Persona 'Entah Apa' oleh Dr. Zaki (novel FS Utusan- sudah menjadi 'collectors item' kerana susah mahu dapat. ujanailmu pun tak sanggup terbit sebab judul-judul sebegini sebab belum ada nama lagi)

11. 3 komik dari gerai KLP serta kemeja-t

12. Dua buku komik Sudirman (Karangkraf)

13. Susuk oleh Amir H (Marshall Cavendish)

14. Warisan (Creative)

15. Rampaian Sejarah (Kem. Sejarah Brunei)

16. Istilah Cina-Melayu (Kem. Sejarah Brunei)

17. Tsunami: 1 Iktibar oleh Mufti Brunei (Jab Mufti Brunei)

18. Jambatan Ke Akhirat oleh Mufti Brunei (Jab Mufti Brunei)
19. Sebuah buku siri Vampyr oleh Brian Lumley (Pay Less)

Dan ada beberapa lagi tetapi saya dah lupa

7 comments:

naiza said...

Terima kasih kerana menghadiahkan saya dua majalah di pesta buku ahad lalu.Ingat saya lagi?

naiza said...

Assalamualiakum...
Terima kasih kerana menghadiahkan saya dua majalah di pesta buku.Ingat saya lagi?

Anonymous said...

beli novel 'susuk'? kata tak sedap.

spyz said...

Assalamualaikum,
lupa nak salam ko masa jumpa smalam.
[hulur salam]
:-)

p/s aku tak beli jian, tapi aku beli DS bulan ni.. hehe..

fadz said...

hai naiza, edy panggil u lain, nama dlm blog lain, rupa2nya azian..haikh camne nih, saya dah confius...apa2pun, salam marhaban dan terima kasih juga kerana menjadi peminat sastera..novel Faisal tu dah beli?

embun, ni versi Inggeris, lain daripada versi Melayunya (bukan dari segi bahasa, cerita pun). Lihat, saya sentiasa beri peluang pada diri saya membaca entah apa-apa.

Spyzz, hullo:) dah salam kan semalam, mana tak salamnya..dan tahniah untuk Kalashnikov, blogger yang sangat terkenalkan?

zafi said...

SALAMZ..
tsunami itu mcm menarik.. nanti buat summary ek.. leh baca...
try baca buku nih "The kite runner"
khaled hosseini... Narrative nyer bagus! :)

fadz said...

zafi, salam...

Ya, buku itu sangat menarik. Pada mulanya saya nampak di Pesta Buku Islam di Jakarta beberapa bulan lepas, saya asyik ralit membacanya sehingga adik saya suruh ke gerai lain. Sentuhan yang dibuat oleh mufti Brunei itu, sangat menyentuh perasaan. beliau tidak menulis dengan kebenciaan, beliau menulis dengan kasih sayang terhadap manusia, dan itu jarang-jarang kita dapat rasa dengan terlalu banyak pemikir 'fiqh' di rantau ini.

Baik, saya cuba cari...aduh, banyaknya nak dibaca, hehehe..