Sebuah buku terjemahan "bestseller" dan diungguli ramai pengkritik novel antarabangsa, Kenang-Kenangan Seorang Geisha atau Memoirs of a Geisha oleh Arthur Golden sudah berada di pasaran. Publisiti tentang buku itu sungguh mengujakan. Setiap akhbar tempatan Inggeris dan Melayu ada memperkatakan tentangnya (mungkin juga akhbar tempatan bahasa Cina dan Tamil yang saya tidak baca). Buku itu terdampar bukan sahaja di tepi rak-rak buku terjemahan Inggeris-Melayu dari Indonesia di Kinokuniya KLCC tetapi beratur di setiap ceruk toko-toko majalah dan buku India, senasib novel-novel popular yang lazim tersedia di dalam toko-toko ini.
Persoalan yang tergambar daripada memerhati perkara ini adalah, adakah buku yang diiktiraf "sastera moden" ini boleh laku?
Persoalan yang tergambar daripada memerhati perkara ini adalah, adakah buku yang diiktiraf "sastera moden" ini boleh laku?
Tetapi persoalan yang lebih membimbangkan adalah, kenapakah pihak yang bertanggungjawab untuk mengedar dan mempublisitikan novel sastera Melayu moden tidak secekap Marshall Cavendish (Malaysia) Sdn. Bhd. (MC) mengeluarkan buku terjemahan Melayu sulung mereka? Apakah buku terjemahan baik keluaran DBP dan beberapa penerbit universiti lain, mengeluarkan novel-novel sastera terjemahan seperti Wira Ladang (Catcher in the Rye), Lorong Midaq (Midaq Alley), Lalu Enggang Ranting Patah (To Kill A Mocking Bird), Bebas (To Be Free), Ermita tidak tersebar luas?
Perkara ini agak membimbangkan apabila Christine Chong, timbalan pengarah syarikat terjemahan MC dalam wawancaranya dalam akhbar theSun ("The Right Read: The Art of Translation", 26 Julai 2006) telah memperkatakan kenapa terjemahan buku Golden ini perlu untuk pasaran pembaca novel Melayu:
"The reason according to Chong, is to bring local literature to the next level in terms of quality. The current crop of mass market Malay novels- though selling well - is not of sufficiently high quality in terms of writing"
Terjemahannya:
"Tujuan terjemahan ini mengikut kata Chong, adalah untuk meningkatkan tahap sastera tempatan kepada tahap yang lebih berkualiti. Pasaran massa kini untuk novel-novel Melayu, walaupun mendapat tempat, adalah kurang baik daripada segi kualiti penulisannya."
Penerangan Chong sedikit-sebanyak mencubit penerbit-penerbit novel sastera tempatan seperti Utusan Publications, Dawama DBP, Rhythm, Creative dan lain-lain untuk menilai usaha mereka. Seakan-akan titik-peluh mereka yang seadanya kini tidak cukup hebat dan cekap dalam mempromosikan novel-novel berkualiti Melayu.
Pemasalahan kedua yang dapat dibaca daripada penerangan Chong adalah bagaimana "novel" dalam erti kata kebanyakan pembaca dan penerbit bukan Melayu ditakrif sebagai 'novel-novel popular dan picisan'. Sastera Melayu bagi mereka adalah novel-novel popular (yang dipanggil novel remaja oleh toko-toko buku) yang berlambak di serata kaunter kedai buku mamak, MPH dan Popular. Mereka tidak nampak lagi novel-novel baik keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka atau sastera-sastera baru keluaran Neohikayat atau beberapa syarikat penerbit persendirian yang makin meningkat.
Kecelaruan ini sedang berlaku dan ia sedang merebak.
Ada sebuah buku antologi di dalam tangan saya, Antologi Karya Sasterawan 2005 keluaran Pena, sebuah buku koleksi karya-karya terbaik oleh penulis-penulis muda yang mapan di Malaysia. Buku ini sangat baik, satu suara yang dikira baru, segar dan membawa perubahan gambaran sastera Melayu di Malaysia. Tetapi buku ini hanya diedar di kedai buku DBP dan beberapa kedai buku Melayu sahaja. Ia tidak tersebar di toko buku besar seperti MPH, Kinokuniya dan Borders. Ramai pembaca tidak sedar dengan kemunculan buku ini. Termasuk juga Wilayah Kutu keluaran Neohikayat yang hanya tersebar di kedai buku 'elitis', Silverfish. Oleh kerana tidak ada publisiti yang meluas, yang berlaku seperti Kenang-kenangan Seorang Geisha, buku ini akan tenggelam dan diketahui hanya pada kalangan yang tersedar akan kewujudannya. Dan selalunya ia adalah golongan penulis dan sahabat-sahabat penulis sahaja.
Persoalannya, kenapa majalah dan akhbar satu-satu syarikat hanya mempromosikan buku-buku terbitan mereka sahaja dan bukan karya-karya sastera baik yang terdampar tanpa dipromosi?
Utusan Malaysia akan hanya mempromosikan buku-buku keluaran anugerah utusannya. Majalah Dewan Sastera, sebuah majalah 'elitis' akan hanya mempromosikan bahan-bahan karya yang sampai pada mereka dan menjadi terbitan mereka. Hanya sesekali sahaja mereka akan mengeluarkan satu ulasan daripada terbitan syarikat lain, seperti Iman karya Abdullah Hussain dan Perempuan Politikus Melayu karya Faisal Tehrani. Adakah kerana tidak ada penulis yang mahu mengulas karya terbitan syarikat lain menjadi persoalannya? Malah, majalah Dewan Sastera bulan Jun telah memaparkan satu sisi diskriminasi apabila Faisal Tehrani mengupas beberapa cerpen keluaran majalah itu dengan ilmu bantu mengikut teori Sastera Islam.
Kebanyakan cerpen dikupas oleh Faisal dikecam sebagai tidak ada kualiti mengikut teori yang digunapakainya. Kesan masa panjang yang akan berlaku adalah, kebanyakan karya yang dipaparkan akan hanya diselusuri karya-karya cerapan "kumpulan sasterawan Islam Melayu" dan cerpen-cerpen lain akan hanya terumbang-ambing tanpa tapak lagi.
Saya membangkitkan isu ini kerana dalam realiti pemasaran dan penerbitan sastera Melayu, tidak berlaku keserasian dan gembleng edaran yang serata. Maka berlakulah tanggapan-tanggapan songsang seperti yang diandaikan oleh Chong terhadap sastera Melayu.
Saya percaya, novel sastera Melayu bukan "susah untuk dibaca" dan "kurang khayalak" tetapi cara peredarannya, promosinya dan pengenalannya tidak serancak Kenang-kenangan Seorang Geisha terbitan MC. Lihat sahaja buku-buku berkualiti Siri Novel Malaysia Pilihan Abad 20 yang berkulit tebal. Oleh kerana tidak ada novel terbitan ini yang berkulit nipis dengan harga yang lebih berpatutan, buku-buku baik ini tidak bergerak laju dalam pasaran dan hanya dilihat sebagai "collector's item" pada pembeli.
Untuk melihat ironik kata-kata Chong, membandingkan karya Golden itu sebagai lebih berkualiti daripada novel-novel "cinta" yang berlambak di pasaran:
"More importantly, the story- about the life of a Japanese girl, Sayuri, who is sold as a slave but ends up being trained as a geisha, and her love for a man known as the Chairman- is both moving and intriguing."
Terjemahannya:
"Yang lebih penting, ceritanya- kisah hidup seorang gadis Jepun bernama Sayuri, yang dijual sebagai hamba tetapi kemudiannya dilatih menjadi seorang geisha, dan cintanya kepada seorang lelaki yang digelar Chairman- amat menguja dan memikat."
Pelik. Sinopsis di atas seperti pernah saya dengar daripada sebuah petikan sinopsis novel Anis Ayuni atau Liana Afira Malik. Hanya ia berlatar di Jepun. Bayangkan, untuk memperomosikan buku yang baik seperti karya Arthur Golden juga, perkataan "cinta" mengubah segala-galanya.
2 comments:
Izinkan saya mengulas sedikit tentang pendapat saudara. Mungkin saya bukan arif mengenai sastera. Namun ini adalah pandangan peribadi saya melaui pengalama, pemerhatian dan harapan swedikit fakta. Saya sebenarnya menyokong pandangan Chong di mana, kualiti sastera melayu adalah boleh dikatakan hampir tidak nerkualiti. Kebanyakkan isu yang di utarakan ialah cinta dan sekali gus tidak menunjukkan kemajmukan malaysia itu sendiri. Bayangkan siapa yang mahu membaca sesuatu karya andai karya itu tidak berkaitan dengan diri mereka itu sendiri? Tidak menggambarkan situasi sebenar di dalam negara itu sendiri? Adakah mereke takut untuk menyuarakan apa yang sebenarnya bermain di dalam benak mereka atau sememangnya mereka itu tidak tahu? Kebanyakkan lambakan novel di pasaran ialah mengenai kisah cinta. Persoalan saya disini, adakah orang melayu itu asyik dengan cinta? atau mereka sememangnya bangsa jiwang? Kadang-kdanag saya kurang faham mengapa karya sebegini boleh di kategorikan sebagai sastera. Terjual banyaknya di toko-toko buku. Saya sebenarnya sudah muak. Sememangya ada karya2 yang hebat. Namun, yang pastinya karya2 tersebut sangat kurang. Tapi apa yang pasti, penulis kita amat takut untuk berfikir luar daripada kotak pemikiran bangsa itu sendiri. Harap saudara dapat meneliti komen ini. Sekian , terima kasih.
salam anon, generalisasi anda memang, maaf untuk dibiacara, tidak bertempat. Sebenarnya Chong memperkatakan begitu dengan melihat koleksi novel Marshall Cavendish sendiri yang 97% bertaraf cinta, hanya 3% bergenre misteri/seram, feminis (Seri Tertangguh), dan tiada langsung berbentuk sastera serius. Anda perlu tahu dengan 'mainan' yang dibuat oleh Chong untuk menjual "Geisha"nya. Ini strategi. Beberapa penulis sastera sudah cuba menghantar manuskrip baik kepada pihak Cavendish tetapi mereka sendiri TIDAK DILAYAN malah meminta para penulis menulis NOVEL CINTA. Tepuk dada tanya selera (anda faham dgn sistem kapitalis?). INI semua berkenaan pasaran. Saya mengambil sikap menegur pihak DBP, Utusan, Creative dan beberapa penerbit lain kerana mahukan mereka lebih BERGERAK AKTIF dgn pemasaran strategi novel2 sastera terjemahan atau novel sastera, tetapi mereka membuat SELEKSI (cth: Hanya beberapa pilihan novel DBP yang berani dipilih oleh org tengah seperti Sangeetha, Manikam Kalbu dan Bedar Sukma Bisu) yg tertentu. Tetapi takpe, sekurang2nya sedang ada percubaan, seperti penambahan novel sastera di Kinokuniya, serta ambil peduli PTS yg memasarkan novel2 sastera yg komersial serta Alaf21 yg cuba menjual novel2 penulis sastera mapan. Anon hanya PERLU jenguk sahaja apa yang ada di luar sana DAN BELI. Apa yang anon sendiri mahu? Novel Geisha itu? Pernah dengar sebuah novel baru yg bagus Othman Hj Zainudin berjudul KAPAL? Pernah dengar novel2 baik Utusan? Sebenarnya Malaysia banyak novel baik (Amir Muhammad dalam proses pencarian ini, sila lihat senarainya dalam blognya) hanya ia menunggu masa saja untuk dibeli dan dibaca.. Sekarang ialah masanya untuk kita menyelaminya. Jangan bandingkan KEKURANGAN novel sastera dengan novel cinta, maaf kata, itu perbandingan lapuk kerana hanya kita di Malaysia saja yg buat perbandingan begitu. Di England pun penuh berjuta2 novel picisan/cinta Mills and Boons yg mmg terjual tinggi, tapi MEREKA TAK PEDULI sebab itu adalah pasarannya tersendiri, yg mereka JUAL/PROMO/HEBOH2kan ialah novel2 SASTERA mereka seperti Life of Pi, Curious Incident .. Trainspotting dan pelbagai lagi.. Malah mereka tidak ada hal utk meletak sebelah menyebelah novel Sophie Kinsella (ini penulis novel pop yg kian menaik) dengan penulis serius John Updike contohnya.. hal ini buat mereka TAKDE HAL..
jadi, selepas ini, kalau ANON mahu membuat perbezaan, pergi ke mana2 kedai buku mamak, dan MARAH pada taukenya dan minta mereka jual novel2 DBP/Creative/Utusan yg memang dalam peraduan.. mungkin itu saja yg boleh membuat tauke jual buku berubah "pembelian" mereka. Ini satu realiti, kerana kebanyakan pembaca/pembeli kita adalah "silent consumer", kita tak suka MEMINTA, kita hanya suka melihat apa yg ada di depan mata.
Post a Comment