Judul: Mutiara Kata Sasterawan Negara
Penyelenggara: Halilah Haji Khalid
Terbitan: Dewan Bahasa dan Pustaka
Tahun: 2006
Sinopsis:
Buku ini memuatkan lapan Sasterawan Negara tersohor Malaysia, mengundang ungakapan dan kata-kata mutiara yang mereka hasilkan di dalam penulisan mereka, baik novel, cerpen, drama dan puisi mereka.
Rasa:
Sebuah buku yang perlu dimiliki oleh peminat susastera, penyelidik susastera, pencinta buku dan sesiapa sahaja yang mahu mengupas isi, falsafah dan wit sasterawan-sasterawan tersohor kita di Malaysia. Semuanya ada di sini; Keris Mas, Shahnon Ahmad, Usman Awang, A. Samad Said, Arena Wati, Muhammad Haji Salleh, Nordin Hassan dan Abdullah Hussain.
Kata-kata sedutan mereka, bukan saja indah, tetapi mengimplikasi keinginan sanubari kita orang Malaysia dalam memahami jati diri kita, alur kisah kita, akar kita dan intipati kita dalam hidup dan bermesra dengan alam dan dunianya, dunia yang penuh macam-macam dan ragamnya. Bukan saja ia memberi motivasi, tetapi pemahaman falsafah yang tinggi dan adab ala Melayu dalam memahami dunia, kebenaran dan perjuangan.
Dalam menyelusuri kata-kata mereka, dapat saja kita, bukan saja merasa budaya dan sejarah Malaysia dan Melayu, tetapi sejarah dan intipati sasterawan-sasterawannya, pemikiran, keinginan sanubari mereka yang halus tersimpan, hantu-hantu mereka dan jati kerja mereka melihat dunia. Dengan buku ini saja, kita dapat berintimasi dengan lebih dekat kepada sasterawan-sasterawan kita yang semamngnya penuh dengan mutiara yang dapat diintepretasi dalam pelbagai makna dan maksud.
Sebuah buku yang sangat elok untuk diberi sebagai hadiah kepada kawan-kawan.
2 comments:
Assalamualaikum nak tanya agak-agak kat mana mudah beli buku ni...nak beli di kedai dan belek-belek dulu untuk lihat
Salam Fauzan,
Setakat yang saya tahu, buku ini hanya boleh didapati di kedai2 buku DBP atau Dawama di Ulu Kelang, tetpai datanglah waktu kerja kerana waktu tengah hari, pegawai swasta berlagak kerajaan di Dawama tidak ada di tempat mereka kerana mereka sangat pemalas.
Post a Comment