Tajuk: The Sufi Science of Self-Realization
Oleh: Shaykh Muhammad Hisham Kabbani
Terbitan: Islamic Supreme Council of America
Tahun: 2005
Sinopsis:
Buku Sufi yang sebenarnya ditulis dan dibicara oleh tokoh sufi besar, Abu 'l-Hasan al-Kharqani, tentang tujuh belas sifat buruk manusia yang menyebabkan manusia tidak dapat memajukan diri dan rohani mereka, serta enam sifat terpuji dan 'hadiah' Allah kepada hambaNya jika manusia dapat mengatasi ketujuh belas sidat-sifat ini.
(Petikan di bawah diambil dari http://www.fonsvitae.com/sufi-science-hisham-kabbani.html:)The Sufi master Abu 'l-Hasan al-Kharqani asserted that the human state contains seventeen chief ruinous traits, each of which resembles a great tree, with main branches, smaller branches, twigs and leaves, all laden with various kinds of negativity. At the same time, human beings were granted six tremendous powers from the Divine: the power of attraction; the power of manifesting God's blessings; the power of intercession for those who oppress themselves; the power of directing the heart of seekers; the power of guidance; and the power to move in time and space.
The path from submersion in the negative traits to the unveiling of these six powers is known as the Migration to Perfected Character. Consisting of ten steps, it leads one from the ruinous aspects of the arrogant self, to achieve the state of satisfaction with the Divine decree and to achieve gnostic knowledge on the way to complete realization. Through a ten step program Shaykh Hisham Kabbani, a master of the Naqshbandi Sufi Path, describes the science of eliminating the seventeen ruinous characteristics of the tyrannical ego, to achieve purification of the soul. The sincere seeker who follows these steps, with devotion and discipline, will acheive an unveiling of the six powers which lie dormant within every human heart.
Rasa:
Sebuah buku yang memang dibuat untuk saya yang selalu tak beradab. Sheikh Hisyam memang tidak dapat disangkal lagi sebagai antara penulis dan tokoh sufi kini yang prolifik dan telah menghasilkan banyak kajian dan tulisan tentang tasawuf (ilmu yang amat ditakuti oleh ustaz-ustaz kita, serta para wahabi), polemik fiqh, usul-fiqh, sejarah Islam dan tarikat. Beliau sebenarnya lebih dikenali sebagai penolong kepada Syeikh Besar Sheikh Nazim al-Haqqani tarikat Naqshabandi Aliyah. Sohbet dan ceramah beliau memang senang dan tenang diikuti kerana kelancaran cara beliau menceritakan satu-satu analogi dan peristiwa dalam tema-tema ucapannya.
Maka mantik dan keasyikan ini dibawa olehnya dalam menyelami kitab lama Syeikh Abu 'l-Hasan al-Kharnaqi, sebagai syeikh yang telah memperkenalkan ilmu adab baik dan tidak baik manusia Islam (atau memang, untuk manusia), sepenting "7 Deadly Sins" untuk dunia agama Nasrani.
Dalam setiap bab, atau setiap tujuh belas tingkah laku manusia yang buruk diberitahu secara terperinci, senang dan menyeluruh, maka kita senang memahami apa yang ingin diperkatakan oleh pencetus tingkatan adab-adab ini. Ini dipersenagkan huraiannya dengan Syeikh Hisyam memberi contoh pengalaman beliau sendiri dalam mengerjakan pembersihan diri dengan kisah-kisah silamnya berserta abangnya waktu menuntut, atau berserta dengan wali-wali Allah di Damsyik. Malah, saya sendiri rasa gugup dan menggelupur, bagaimana benar dan terangnya, sehingga saya mendapat tamparan dan merasa diri sangat kerdil apabila membaca kesemua 17 sifat buruk manusia itu, yang mana, saya, secara tidak sedar dan sedar melakukannya. Maka Syeikh Hisyam juga, menurut apa yang diajar kepadanya dan juga ilham Sheikh Abu 'l-Hasan telah memberikan kaedah-kaedah atau cara untuk manusia 'melawan' diri mereka dari tunduk pada 17 sifat buruk ini.
Selepas itu, Sheikh Hisyam menampilkan 6 sifat terpuji atau hadiah pemberian Tuhan kepada kita apabila kita dapat menandingi 17 sifat buruk ini, malah ini adalah petanda-petanda yang ada dalam wali-wali Allah atau kekasih Allah yang sebenar. Malah, kalau dikaji betul-betul, secara 'trenscend'nya, kita dapat memahami perkaitan amalan yoga orang Hindu, tafakur orang Buddha dan 'hermit' mubaligh nasrani untuk mencapai kebaikan dalam diri untuk menjadi manusia-manusia istimewa yang 'mendapat pencerahan'. Tetapi itu bukan matlamat buku ini sebenarnya. Buku ini lebih mendedahkan, bagaimana manusia boleh saja lebih tinggi perkelasannya daripada malaikat jika manusia faham benar-benar kuasa itu bukan milik manusia dan manusia patut bunuh ego dan nafsu mereka serta bagaimana manusia boleh mendapat perkelasan lebih buruk dari haiwan jika manusia tidak menjaga diri dan nafsunya, dengan secara halus dan teliti sekalipun.
Walaupun buku ini agak intelektual, tetap senang dibaca dan difahami, dan patut dimiliki oleh sesiapa yang mahu menyelami dunia sufi, ihsan atau memotivasi diri untuk menjadi manusia yang lebih baik dan diberkati.
No comments:
Post a Comment