Saya Sedang Membaca

The Consuming Fire oleh John Scalzi | Pemberontak Filem oleh Nasir Jani | The Prague Cemetry oleh Umberto Eco | Confessions of a Mask oleh Yukio Mishima | In Search of Modernity: A Study of the Concepts of Literature, Authorship and Notions of Self in "Traditional" Malay Literature oleh Hadijah Rahmat |

Tuesday, June 11, 2019

Hadiah Sastera Malaysia 1990/1991

Saya sedang dalam proses menghimpunkan kesemua senarai pemenang (dan jika ada, calon senarai pendek) Hadiah Sastera Perdana Malaysia. Mohon bantuan sesiapa untuk membaiki fakta atau ejaan dalam senarai di bawah. Tahun dalam hal ini ialah tahun mula karya diterbitkan.


HADIAH SASTERA MALAYSIA
TAHUN 1990/1991

Kategori Buku

Novel
Pemenang:
Empangan oleh Zakaria Ali (DBP, 1991)
Patriach oleh Shahnon Ahmad (DBP, 1991)

Kumpulan Cerpen
Senarai Pendek:
Firuzia, Firuzia oleh Kemala (Tempo Publishing, 1991)
Kumpulan Cerpen Sasterawan Negara Keris Mas 1946-1989 oleh Keris Mas (DBP, 1991)
Bunga Putik Putih oleh Siti Zainon Ismail (DBP, 1991)

Pemenang:
Kumpulan Cerpen Sasterawan Negara Keris Mas 1946-1989 oleh Keris Mas (DBP, 1991)

Kumpulan Puisi
Senarai Pendek:
Piramid oleh T. Alias Taib (DBP, 1990)
Nyanyian Undan oleh Suhaimi Haji Muhammad (DBP, 1991)

Pemenang:
Piramid oleh T. Alias Taib (DBP, 1990)

Skrip Drama
Senarai Pendek:
Orang-orang Kecil oleh Anwar Ridhwan (DBP, 1990)
Projek Besar oleh Dinsman (?, ?)
Nanamu Mantari oleh Mohd. Ghouse Nasaruddin (?, ?)
Pendekar Kundur: Sebuah Drama Sejarah oleh Mohamed Zahir Haji Ismail (DBP, 1991)
Peran oleh Noordin Hassan (Dewan Sastera November-Disember 1991)

Pemenang:
Peran oleh Noordin Hassan (Dewan Sastera November-Disember 1991)

Kajian Sastera
Pemenang: Tiada

Kumpulan Esei/Kritikan Sastera
Senarai Pendek:
Bunga Rampai Sastera Parsi oleh Muhammad Bukhari Lubis (DBP, 1990)
Teori dan Pemikiran Sastera Islam di Malaysia oleh Nurazmi Kuntum (DBP, 1991)
Pengkajian Sastera Rakyat Bercorak Cerita oleh Mohd. Taib Osman (Penyelenggara) (DBP, 1991)

Pemenang: Pengkajian Sastera Rakyat Bercorak Cerita oleh Mohd. Taib Osman (Penyelenggara) (DBP, 1991)

Biografi/Autobiografi
Pemenang: Tiada


*Berdasarkan laporan dalam Dewan Sastera Januari-Mac 1993. Hadiah dipanggil “Hadiah Sastera Malaysia” sebelum “Hadiah Sastera Perdana Malaysia” bermula tahun 1996/1997. Menurut Othman Puteh dalam “Daripada Hadiah Karya Sastera kepada Hadiah Sastera Malaysia” (Pengisian Dunia Sastera, 1995:27), bermula tahun penilaian 1990/1991, hadiah eceran untuk genre puisi, cerpen dan esei kritikan digugurkan. Anugerah tahun 1990/1991 dianggap antara penganugerahan paling kontroversi kerana beberapa keputusan kemenangan yang dipertikaikan, iaitu (1) kemenangan Kumpulan Cerpen Sasterawan Negara Keris Mas 1946-1989 yang turut menghimpunkan cerpen-cerpen di luar tahun penilaian, (2) kemenangan skrip drama “Peran” yang dianggap sebagai skrip drama eceran (tersiar dalam terbitan berkala) kerana beberapa buku drama turut dicalonkan, (3) kemenangan Pengkajian Sastera Rakyat Bercorak Cerita yang bersifat kumpulan esei pelbagai penulis daripada hanya kumpulan esei seorang penulis (malah, Mohd. Taib Osman ialah penyelenggara walaupun makalahnya dalam buku ini dinilai dan diiktiraf mutunya), dan paling kontroversi apabila (4) tradisi hadiah eceran yang digugurkan daripada penganugerahan.

No comments: