Saya Sedang Membaca

Robert Kuok: A Memoir oleh Robert Kuok dan Andrew Tanzer | Pemberontak Filem oleh Nasir Jani | The Prague Cemetry oleh Umberto Eco | Confessions of a Mask oleh Yukio Mishima | In Search of Modernity: A Study of the Concepts of Literature, Authorship and Notions of Self in "Traditional" Malay Literature oleh Hadijah Rahmat |

Monday, May 20, 2019

Hadiah Sastera Malaysia 1992/1993

Saya sedang dalam proses menghimpunkan kesemua senarai pemenang (dan jika ada, calon senarai pendek) Hadiah Sastera Perdana Malaysia. Mohon bantuan sesiapa untuk membaiki fakta atau ejaan dalam senarai di bawah. Tahun dalam hal ini ialah tahun mula karya diterbitkan.

HADIAH SASTERA MALAYSIA
TAHUN 1992/1993

Kategori Buku

Novel
Pemenang:
Panrita oleh Arena Wati (DBP, 1993)
Dari dalam Cermin oleh Azmah Nordin (DBP, 1992)

Kumpulan Cerpen
Senarai Pendek:
Utopia oleh Anis (DBP, 1992)
Yuda oleh Zaen Kasturi (DBP, 1992)
Doa kerana Kebenaran oleh Baharudin CD (DBP, 1993)

Pemenang:
Yuda oleh Zaen Kasturi (DBP, 1992)

Kumpulan Puisi
Senarai Pendek:
Rawa-rawa oleh Latiff Mohidin (Pustaka Cipta, 1992)
Watak Tenggara oleh Muhammad Haji Salleh (Pustaka Cipta, 1993)
Katarsis oleh Zaen Kasturi CD (DBP, 1993)

Pemenang:
Rawa-rawa oleh Latiff Mohidin (Pustaka Cipta, 1992)

Kumpulan/Buku Drama
Senarai Pendek:
Yang Menjelma dan Menghilang oleh Anwar Ridhwan (DBP, 1992)
Sirih Bertepuk Pinang Menari oleh Noordin Hassan (DBP, 1992)
Tuk Ketua oleh Wan Ahmad Ismail (DBP, 1992)
Cik Siti Wan Kembang oleh Mohamed Zahir Ismail (DBP, 1992)

Pemenang:
Yang Menjelma dan Menghilang oleh Anwar Ridhwan (DBP, 1992)
Sirih Bertepuk Pinang Menari oleh Noordin Hassan (DBP, 1992)

Kajian Sastera
Senarai Pendek:
Ciri-ciri Satira dalam Novel Melayu dan Afrika Moden: Kajian Perbandingan oleh Fatimah Busu (DBP, 1992)
Cerpen Tamil dan Melayu (1957-1970) oleh Krishanan Maniam (DBP, 1993)
Dongeng tentang Cerita oleh Umar Junus (DBP, 1993)

Pemenang:
Dongeng tentang Cerita oleh Umar Junus (DBP, 1993)
Ciri-ciri Satira dalam Novel Melayu dan Afrika Moden: Kajian Perbandingan oleh Fatimah Busu (DBP, 1992)

Kumpulan Esei/Kritikan Sastera
Senarai Pendek:
Pendidikan Estetika daripada Pendekatan Tauhid oleh Mohd. Affandi Hassan (DBP, 1992)
Teori dan Kritikan Sastera Melayu Tradisional oleh Noriah Taslim (DBP, 1993)

Pemenang: Teori dan Kritikan Sastera Melayu Tradisional oleh Noriah Taslim (DBP, 1993)

Biografi/Autobiografi
Pemenang: Tiada



*Berdasarkan laporan “Senarai Pemenang Hadiah Sastera Malaysia 1992/93” Bahagian Penyelidikan Sastera Dewan Bahasa dan Pustaka dan laporan dalam Dewan Sastera November-Disember 1994. Hadiah dipanggil “Hadiah Sastera Malaysia” sebelum “Hadiah Sastera Perdana Malaysia” bermula tahun 1996/1997. Menurut Othman Puteh dalam “Daripada Hadiah Karya Sastera kepada Hadiah Sastera Malaysia” (Pengisian Dunia Sastera, 1995:27), bermula tahun penilaian 1990/1991, hadiah eceran untuk genre puisi, cerpen dan esei kritikan digugurkan.

No comments: