Saya Sedang Membaca

The Consuming Fire oleh John Scalzi | Pemberontak Filem oleh Nasir Jani | The Prague Cemetry oleh Umberto Eco | Confessions of a Mask oleh Yukio Mishima | In Search of Modernity: A Study of the Concepts of Literature, Authorship and Notions of Self in "Traditional" Malay Literature oleh Hadijah Rahmat |

Sunday, April 21, 2019

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000/2001

Saya sedang dalam proses menghimpunkan kesemua senarai pemenang (dan jika ada, calon senarai pendek) Hadiah Sastera Perdana Malaysia. Mohon bantuan sesiapa untuk membaiki fakta atau ejaan dalam senarai di bawah. Tahun dalam hal ini ialah tahun mula karya diterbitkan.

HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA
TAHUN 2000/2001

Kategori Buku

Novel
Senarai Pendek:
Bidong oleh Ali Jusoh (DBP, 2001)
Cinta Hari-hari Rusuhan oleh Faisal Tehrani (Creative Enterprise, 2000)
Perempuan Politikus Melayu oleh Faisal Tehrani (Penerbitan Pemuda, 2000)
Sentuhan oleh Hasanuddin Md. Isa (Creative Enterprise, 2001)

Pemenang: Tiada

Kumpulan Cerpen
Senarai Pendek:
Sekuntum Kembang di Sayap Jibril oleh SM Zakir (Pustaka Nusa, 2001)
Naratif Ogonshoto oleh Anwar Ridhwan (Matahari, 2001)

Pemenang: Naratif Ogonshoto oleh Anwar Ridhwan (Matahari, 2001)

Kumpulan Puisi
Senarai Pendek:
Huruf Tenggala oleh Sazalee Yacob (?,?)
Di Pinggir Semenanjung oleh Lee Keok Chih (Pustaka Nusa, 2001)
Membentuk Elok di Teluk Esok oleh Abizai (DBP, 2001)

Pemenang: Membentuk Elok di Teluk Esok oleh Abizai (DBP, 2001)

Kumpulan/Buku Drama
Pemenang: Tiada

Kajian Sastera
Pemenang: Puitika Sastera Melayu oleh Muhammad Haji Salleh (Penerbit UKM, 2000)

Kumpulan Esei/Kritikan Sastera
Pemenang: Tiada

Biografi/Autobiografi
Pemenang: Tiada

Novel Remaja
Pemenang: Bukan Legasi Lalang oleh Sri Rahayu Mohd. Yusof (UPD, 2001)

Kumpulan Cerpen Remaja
Pemenang: Kasih Seputih Kemboja oleh Azmah Nordin (DBP, 2001)

Kumpulan Puisi Remaja
Pemenang: Aku Hanya Mahu ke Seberang oleh Hashim Yaacob (Task Global, 2001)

Kumpulan/Buku Drama Remaja
Pemenang: Tiada

Novel Kanak-kanak
Pemenang: Tiada

Kumpulan Cerpen Kanak-kanak
Pemenang: Tiada

Kumpulan Puisi Kanak-kanak
Pemenang: Tiada

Kumpulan/Buku Drama Kanak-kanak
Pemenang: Tiada


Kategori Karya Eceran

Cerpen
Pemenang:
“Ipin” oleh Shahnon Ahmad (Dewan Sastera Januari 2001)
“Tuan Direktur Bikin Filem di Malaywood” oleh Awangku Merali Pengiran Mohamed (Dewan Sastera Ogos 2001)
“Tanjung” oleh Awangku Merali Pengiran Mohamed (Dewan Sastera September 2000)
“Sang Politikus” oleh Johan Jaafar (Utusan Zaman 27 Mei 2001)
“Awal Ramadan Waktu Itu” oleh A. Samad Said (Dewan Sastera Disember 2001)
“Seha” oleh Shahnon Ahmad (Dewan Sastera Jun 2000)
“Cinta Si Pemain Pedang” oleh SM Zakir (Dewan Sastera Februari 2001)
“Dunia Simulacra” oleh SM Zakir (Dewan Sastera Mei 2000)
“Jeritan Pulau” oleh A. Rahmad (Dewan Sastera Disember 2000)
“Menanti Buraq” oleh Marsli NO (Berita Minggu 19 Mac 2000)

Puisi
Pemenang:
“Di Bumi Tercinta Ini, Anakku” oleh Ehsan Jamily (?)
“Di Semenanjung Ini” oleh Lee Keok Chih (Berita Minggu 24 Disember 2000)
“Dongeng Yunani Tersangkut di Bima Sakti” oleh Siti Zaleha M. Hashim (Dewan Sastera Disember 2000)
“Jati Diri” oleh Mahaya Mohd. Yassin (Dewan Sastera Oktober 2000)
“Keris itu Masih di Tanagnmu” oleh Ahmad Sarju (Dewan Budaya Oktober 2000)
“Lelaki dan Sebilah Pedang Tajam” oleh Hasan Baseri Budiman (Mingguan Malaysia ? 2000)
“Pahlawan ialah Dia” oleh AGI (Abdul Ghafar Ibrahim) (Dewan Sastera Ogos 2001)
“Ramadan yang Manis” oleh A. Samad Said (?)
“Setelah Menjadi Burung” oleh Sazalee Yacob (Berita Minggu 11 Mei 2000)

Drama
Pemenang:
“Kilung Musung” oleh Ismail Kassan (Kumpulan Drama Dejavu Seorang Perempuan, Seroja Hyatt, 2001)
“Angin Madinah” oleh Faisal Tehrani (Dewan Sastera Januari-April 2000)
“Kembali Kurnia” oleh Zainatul Shuhaida Abdul Rahman (?)

Esei/Kritikan/Kajian Sastera
Pemenang:
“Memindahkan Fokus dari Teks dan Pengarang Teks kepada Teks dan Pemilikan Teks: Mengolah Fenomena Manuskrip 1589” oleh Umar Junus (Dewan Sastera ?)
“Sayyid Qutb dan Sastera” oleh Rahmad Ahmad Haji Osman (Dewan Sastera Mac 2000)
“Syair Sultan Abu Bakar: Dokumentasi Sejarah Negeri Johor” oleh Mohd. Yusof Md. Nor (Dewan Sastera Julai 2000)
“T. Alias Taib dan WS Merin Menyenangi Surealisme” oleh Ahmad Kamal Abdullah (Kemala) (Dewan Sastera September 2001)
“Orientalisme, Pascakolonialisme dan Kepengarangan Melayu” oleh Kamaruddin M. Said (Jurnal Pemikir Bil. 24, Utusan Karya, 2001)
“Karya Pascamoden” oleh Kamaruddin M. Said (Dewan Sastera Januari 2001)
“Ilmu Firasat dalam Penghayatan Sastera” oleh Jelani Harun (Jurnal Pangsura 6:10, DBP Brunei, 2000)
“Keunggulan Semantik-Pragmatik Puisi-puisi Dharmawijaya” oleh Arbak Othman (Dewan Sastera November 2000)
“Teori Takmilah dalam Puisi-puisi Malaysia” oleh Samsina Haji Abd. Rahman (Dewan Sastera Februari 2001)


*Berdasarkan laporan dalam Dewan Sastera November 2002.

No comments: