Saya Sedang Membaca

The Consuming Fire oleh John Scalzi | Pemberontak Filem oleh Nasir Jani | The Prague Cemetry oleh Umberto Eco | Confessions of a Mask oleh Yukio Mishima | In Search of Modernity: A Study of the Concepts of Literature, Authorship and Notions of Self in "Traditional" Malay Literature oleh Hadijah Rahmat |

Monday, April 22, 2019

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 1998/1999

Saya sedang dalam proses menghimpunkan kesemua senarai pemenang (dan jika ada, calon senarai pendek) Hadiah Sastera Perdana Malaysia. Mohon bantuan sesiapa untuk membaiki fakta atau ejaan dalam senarai di bawah. Tahun dalam hal ini ialah tahun mula karya diterbitkan.


HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA
TAHUN 1998/1999

Kategori Buku

Novel
Pemenang: Sukma Angin oleh Arena Wati (DBP, 1999)

Kumpulan Cerpen
Pemenang: Dongeng Pasca-Merdeka oleh Azman Hussin (Dian Darulnaim, 1999)

Kumpulan Puisi
Pemenang: Mim oleh Kemala (DBP, 1999)

Kumpulan/Buku Drama
Pemenang: Tiada

Kajian Sastera
Pemenang: Raja Aisyah Sulaiman: Pengarang Ulung Wanita Melayu oleh Ding Choo Ming (Penerbit UKM, 1999)

Kumpulan Esei/Kritikan Sastera
Pemenang: Menyeberang Sejarah oleh Muhammad Haji Salleh (DBP, 1999)

Biografi/Autobiografi
Pemenang: Memoir Mustapha Hussain: Kebangkitan Nasionalisme Melayu Sebelum UMNO oleh Mustapha Hussain (DBP, 1999)

Novel Remaja
Pemenang: Julia oleh Abu Hassan Morad (UPD, 1999)

Kumpulan Cerpen Remaja
Pemenang: Surat dari Madras oleh Uthaya Sankar SB (DBP, 1998)

Kumpulan Puisi Remaja
Pemenang: Tiada

Kumpulan/Buku Drama Remaja
Pemenang: Tiada

Novel Kanak-kanak
Pemenang: Tiada

Kumpulan Cerpen Kanak-kanak
Pemenang: Tiada

Kumpulan Puisi Kanak-kanak
Pemenang: Tiada

Kumpulan/Buku Drama Kanak-kanak
Pemenang: Tiada


Kategori Karya Eceran

Cerpen
Pemenang:
“Bawod” oleh Jonathan Kandok (Kumpulan Cerpen Pesta Demokrasi, DBP, 1999)
“Bendung Lahuma” oleh Zurinah Hassan (Berita Minggu 1 Mac 1999)
“Cinta Sekerdip Embun” oleh SM Zakir (Mingguan Malaysia 22 Ogos 1999)
“Gerhana Manusia” oleh Aminah Mokhtar (Mingguan Malaysia 18 April 1999)
“Kesan yang Tak Hilang” oleh Hasidah Disan (Antologi Talian Kasih, DBP, 1999)
“Memanah Bulan” oleh Ana Balqis (Dewan Sastera Mac 1999)
“Meniti Kerikil Tajam” oleh Nora (Al-Islam Ogos 1998)
“Mencari Langkasuka” oleh Noorjaya (Berita Minggu ? Jun 1999)
“Nagasaki” oleh Abdullah Hussain (Dewan Sastera September 1999)
“Roh Tersangkut” oleh Aziz Jahpin (Dewan Sastera Januari 1999)

Puisi
Pemenang:
“Anak yang Bertanya Siapa Wira Kita Sekarang Ayah?” oleh Marzuki Ali (Kumpulan Puisi Duyung, DBP, 1999)
“Berikan Sepi itu kepada Kami” oleh Suhaimi Haji Muhammad (Dewan Sastera Mac 1999)
“Seloka Bonda Kandung” oleh Siti Zainon Ismail (Dewan Sastera September 1999)
“Ingatan kepada Kawan” oleh Zaen Kasturi (Dewan Sastera September 1999)
“Langit Kosovo itu Masih Sama” oleh A. Samad Said (Dewan Sastera Jun 1999)
Licentia Poetica oleh T. Alias Taib (Mingguan Malaysia 12 Disember 1999)
“Tiada Tertanding” oleh Mahaya Mohd. Yassin (Antologi Tiada Tertanding, KOPPEN, 1999)
“Perempuan di Ladang Anggur” oleh Hassan Abdul Majid (Dewan Sastera April 1999)
“Potret Perjuangan Seorang Pemimpin” oleh Shukri Abdullah (Antologi Tanah Serendah Sekebun Bunga, DBP, 1999)
“Suara Ombak itu Maria” oleh Lee Gwo Yinn (Mingguan Malaysia 8 Mac 1998)

Drama
Pemenang:
“Selendang Umi” oleh Noordin Hassan (Dewan Sastera Januari-Mac 1999)
“Muzika Tenggang” oleh Rahmah Bujang (Kumpulan Drama Ketokohan: 4 Drama, Akademi Pengajian Melayu UM, 1998)

Esei/Kritikan/Kajian Sastera
Pemenang:
“Ahmad Rashid Talu: Pengkritik Sosial yang Unggul” oleh Muhammad Haji Salleh (Dewan Sastera Disember 1998)
“Era Globalisasi Masih Pentingkan Pendidikan Kesusasteraan” oleh Misran Rokimin (Dewan Sastera Jun 1999)
“Kemanusiaan Penyair Sa’di di dalam ‘Bustan’” oleh Muhammad Bukhari Lubis (Dewan Sastera September 1999)
“Latiff Mohidin dan F. Garcia Lorca: Menghadapi Sang Maut dan Puitika” oleh Ahmad Kamal Abdullah (Kemala) (Jurnal Perisa Bil.6, DBP, 1998)
Melati Sarawak dan Ranjau Semalam: Satu Perbandingan Struktural” oleh Jais Sahok (Dewan Sastera Jun 1998)
“Protagonis dalam Era Pascakolonial: Perubahan Ideologi dan Naratif Baru Tentang Sastera Tradisional” oleh Noriah Taslim (Dewan Sastera Jun 1999)
“Sentimentalisi: Sensibiliti Sebagai Titik Tolak” oleh Shahnon Ahmad (Dewan Sastera Mei 1999)
“Simbolisme dalam Pantun Percintaan Melayu” oleh Mohd. Azmi Abd. Rahman (Dewan Sastera Februari 1998)
“Siti Zubaidah Watak Impian Pengkritik Feminis” oleh Siti Hajar Che Man (Dewan Sastera Ogos 1998)


*Berdasarkan rencana dalam Dewan Sastera Januari 2001.

No comments: