"Malapetaka", Samsudin Wahab (2015).
(i) Hal ini sedang berlaku
Abdullah Hassan, 2017. "Bahasa Melayu dalam Konteks Dasar Kebudayaan Kebangsaan" dlm. Hashim Ismail (ed.). Kebudyaan Kebangsaan Dicabar. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 123-25:
Bahasa Melayu yang kita gunakan ini, sama ada sebagai bahasa harian mahupun sebagai bahasa pendidikan merupakan wahana bagi membina "himpunan memori" kita sebagai orang Melayu Malaysia. Himpunan memori itu ialah himpunan seluruh konsep, nilai, norma, nama, proses dan pengalaman, yang membentuk jati diri kita sebagai satu bangsa. Apabila kita menggunakan bahasa lain sebagai bahasa kita, maka himpunan memori kita juga akan berubah. Kita tidak lagi akan menjadi orang Melayu Malaysia.
Apabila kita menggunakan bahasa lain, konsep yang kita cetuskan menjadi berlainan, walaupun bagi benda yang sama. Sebagai contoh, dalam bahasa Bhutan, komputer ialah logrig yang membawa makna "mesin yang dikendalikan oleh tenaga elektrik". Dalam sebuah bahasa Afrika Timur, komputer ialah mobusha, iaitu "mesin yang tidak membuat salah", malah tabiat kita juga boleh diubah kerana bahasa yang digunakan. Contoh yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat kelas menengah Melayu yang saya kaji memperlihatkan fenomena ini berleluasa.
Kelas menengah Melayu yang sering menggunakan bahasa Inggeris di rumah mendapati anak-anak mereka sering mencabar dan menjadi derhaka. Ungkapan seperti "What kind of a father are you?", "I will report you to the authority for child abuse", "Mother! Who ask you to enter my room, don't you know how to knock?" Yang paling menyayat hati dalam himpunan pemerhatian saya ialah "I hope you will burn in hell!" yang dikeluarkan oleh seorang anak lelaki kepada bapanya.
Ungkapan begini tidak zahir dalam bahasa Melayu. Ada anak Melayu dalam golongan biasa, tetapi tidak pernah berkata dengan ungkapan "Apa jenis bapa kamu ini?" atau "Engkau pergi mampus dalam neraka jahanam!" Isteri yang dwibahasa juga bercakap dalam bahasa Inggeris apabila mahu melawan suami berucap, tidak dalam bahasa Melayu.
Dalam contoh lain, seorang eksekutif Melayu mengadakan doa tahlil untuk arwah ibunya. Apabila ditanya oleh imam nama ibunya dia menjawab "Zubaidah". "Binti apa?" tanya imam lagi. "Othman," katanya! "Bukan, nama ibu kepada ibu kamu," kata tuan imam. Sahihlah, oleh sebab sentiasa sibuk dan bercakap pun dalam bahasa Inggeris sahaja, maka memori tahlil tidak tercipta dalam benaknya. Dia pun belum pernah mengadakan doa tahlil, maka tentulah memori itu tidak ada dalam benaknya. Bagi yang ada memori itu, kita tahu bahawa untuk tahlil sesiapa sahaja akan dibintikan dengan nama ibunya.
Apabila golongan menengah Melayu membuang bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda dan menggantikannya dengan bahasa Inggeris, maka bahasa Inggerislah yang akan terlekat dalam benak anak Melayu itu. Apabila elit Melayu menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa benak, berdasarkan hipotesis Spir-Whorf, mereka akan memahami alam ini dengan acuan Inggeris, dan bukan dengan acuan Melayu lagi. Berdasarkan hipotesis Malik Bennabi pula, anak-anak itu juga akan mewarisi idea-idea induk yang terkandung dalam bahasa Inggeris, bukan Melayu lagi.
Oleh sebab bahasa Melayu telah menyerap idea-idea induk Islam, maka pengambilan bahasa Inggeris menjadi bahasa ibunda membawa implikasi yang serius. Sebagai contoh, gejala anak-anak yang "menjawab" ibu bapa bukanlah suatu hal yang tidak ada kaitannya dengan bahasa ekspresif. Konsep seperti "derhaka" dan "syurga itu di bawah tapak kaki ibu" hanya terkandung dalam bahasa-bahasa yang sudah menyerap idea-idea induk dalam Islam, seperti bahasa Melayu.
Penggunaan bahasa Inggeris tidak memberi peluang untuk kemasukan konsep tersebut ke dalam benak individu yang telah membuang bahasa Melayu sebagai bahasa ibundanya. Nilai-nilai yang terkandung dalam sastera Melayu seperti dalam cerita Si Tanggang, Malim Kundang, Batu Belah Batu Bertangkup dan Siti Zubaidah juga tidak ada kesempatan untuk masuk ke benak mereka. Tempat cerita tersebut akan diganti oleh cerita seperti Little Red Riding Hood, Cinderella, Pinocchio, Snow White, Rapunzel dan Goldilocks. Hero mereka bukan Hang Tuah dan rakan-rakannya tetapi Robin Hood dan King Arthur and the Knights of the Round Table.
(ii) Hal ini akan berlaku
Abdullah Hassan, 2007. "Bahasa dan Pembinaan Tamadun Bangsa" dlm. Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu I-VI (1952-2002). Kuala Lumpur: Persatuan Penterjemah Malaysia, hlm. 872:
Pemimpin kita sering membuang kenyataan bahawa bahasa Melayu sudah mantap. Oleh itu ia tidak perlu digunakan dalam pendidikan, dan ia tidak diketepikan. Kita tidak dapat membayangkan apa yang akan berlaku kepada bahasa Melayu akibat tindakan ini. Mari kita lihat sebuah kes.
Saya meminjam kajian Simanjuntak dalam Kongres Bahasa Melayu Sedunia. Saya mengambil satu contoh sahaja, iaitu bagaimana bahasa Hawaii pupus, dan sekali gus bagaimana bangsa Hawaii luput dan kehilangan maruah. Pada tahun 1820 Ratu Kamehameha I menerima guru Inggeris masuk ke pulaunya. Dia didesak oleh peniaga-peniaga asing berbahasa Inggeris supaya mendirikan sekolah Inggeris untuk anak-anak mereka. Dia mengalah. Pada tahun 1848, Ratu Kamehameha III memutuskan supaya bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar pendidikan. Golongan bawahan rakyat yang menjadi majoriti mahu mempertahankan bahasa Hawaii. Tetapi mereka kalah kepada golongan elit yang terdiri daripada orang Hawaii berbahasa Inggeris dan kaum Haole (kacukan). Mereka ini tidak ramai. Alasan mereka ialah ... supaya bahasa Inggeris diajar kepada seluruh negara, dan ini sekali gus membuka sumber ilmu yang luas kepada mereka (Bingham, 1848:44). Samalah dengan apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan Malaysia.
Seorang ahli sejarah, Reinicke (1969) melaporkan, pada tahun 1848 ada 624 sekolah berbahasa Hawaii dengan murid seramai 19 644 orang. Pada masa itu hanya ada tujuh sekolah Inggeris swasta dengan murid seramai 200 orang. Pada tahun 1893 semasa Ratu Liliuokalani digulingkan oleh peniaga dan pengusaha ladang Amerika berbahasa Inggeris, hanya tinggal 28 sekolah Hawaii dengan 552 murid. Sekolah Inggeris Kerajaan meningkat menjadi 140 buah dengan murid seramai 10 160 orang. Pada 1902, semua sekolah berbahasa Hawaii pupus.
Hilanglah bahasa Hawaii dari buminya sendiri. Apabila bahasanya pupus, bangsanya juga hilang maruah. Bangsa Hawaii tidak wujud lagi. Mereka hanya menjadi bangsa serpihan kepada bangsa Amerika. Setiap bahasa mempunyai ekologi sendiri. Ikan mempunyai ekologinya, persekitarannya, airnya, makanannya, binatang lain yang hidup bersamanya, dll. Bahasa juga mempunyai ekologi sendiri. Penuturnya, fungsinya, persekitarannya, dll. Apabila fungsi menyampaikan sains dan teknoligi digugurkan, kita mengusik ekologinya, kemusnahannya akan mengikut.
(iii) Pasca-Apokalips
Jose, F. Sionil, 1999. "Afterword: Self and Nation in Literature" dlm. Don Vincente. New York: The Modern Library, hlm. 415-16:
(nota: pada hari ini, Filipina mempunyai dua bahasa rasmi, yakni bahasa Filipina dan bahasa Inggeris manakala bahasa Filipina ialah bahasa kebangsaan, dengan 12 bahasa ibunda lain, termasuk Ilokano dan Tagalog sebagai bahasa rasmi daerah. Pada era pengarang F. Sionil menulis catatan ini dalam novelnya, kemungkinan Filipina mempunyai tiga bahasa rasmi waktu itu, bahasa Filipina, Inggeris dan Tagalog. F. Sionil Jose sendiri menulis hanya dalam bahasa Inggeris.)
A few words about Ilokano: it is spoken today by some fifteen milion Filipinos in northern Luzon and in Mindanao. In Hawaii, the majority of the citizens of Philippine ancestry are Ilokanos, which is perhaps why Marcos elected Honolulu as his place of exile. ... our language is very precise and sensual, and in the back of my mind I had koped that I could enrich my writing in English by extracting from my native Ilokano the same nuances and musicality that Richard Llewelyn drew from his native Walsh or, on a much more magnificent scale, James Joyce, from Irish. ...
I had meant to say that I was going back to my hometown after many years of living in Manila and elsewhere in Asia. I relished going home: all the remembered words came alive again. I could understand everything that was said in Ilokano, including the archaic expressions and the poetry bubbling all over the place. Slowly I came to realize that I had missed a lot.
Then it was my turn to speak. I started in my own language, but after the first phrases of elaborate greeting, I found myself fumbling, groping for words. The idea was crystal-clear, but I could not express them and I strained with an expression that had become alien to me. In the end, I had to give up Ilokano and speak in English. I had never felt as I felt then, the terrible sense of inadequacy and helplessness.
They all understood me, of course, for English is one of our three official languages, but the experience humbled me and impinged upon me that fact that, perhaps, I cannot go home again.
I am sure that this experience can be duplicated easily in any part of the world by those individuals like myself who have become urbanized. I am sure that many of us in Asia have raised questions that probe deep into the very core of our personalities and even into the very purpose of our inconsequential lives.
This is not just the result of our history but the complexity of the Philippines itself. Although Tagalog, the national language, can be understood in almost every part of the country now, the language of science and culture, of government and the elite, continues to be English. With a population of seventy million, a third of our people is capable of communication of sorts in English, a fact that has been embroidered into the dubious statistic that we are the third'largest English-speaking country in the world.
Akhirnya, kita hanya akan merindui pada benda-benda lalu tanpa dapat berbuat apa-apa dengan kepupusannya, seperti melihat daun-daun perang berterabur di tanah yang kian sirna dari pandangan, dipuput angin sore.
No comments:
Post a Comment