Tajuk: Kisah 25 Filsuf Barat
Oleh: Matluthfi
Terbitan: Putih Press
Tahun: 2017
Sinopsis:
Suatu pengenalan dengan bahasa yang mudah, sosok dan deretan laluan perjalanan 25 tokoh ahli falsafah Barat dengan pemikiran dan intipati gagasan utamanya, yang menolak pandangan umum Malaysia-Islam bahawa belajar falsafah itu "berdosa".
Rasa:
Kiranya, secara jelas dan sedar, artis-budayawan-aktivis-pelajar seni bina "muda" lagi terkenal ini menyatakan di kulit belakang buku dan pada pengenalannya, dengan jelas, bahawa buku ini untuk pembaca Muslim (yakni: buku bahasa Melayu untuk orang Melayu Muslim). Ini ditambah dengan tujuan buku ini yang membawa kehadapan 25 riwayat ringkas campur gagasan dan inti falsafah ahli perenung dan "pemberi pencerahan" Barat sejak era Yunani klasik hingga era moden 1980-an (diakhiri dengan Foucault). Hal ini akan "menyesatkan (mengasingkan!) beberapa pembaca bukan Melayu dengan beberapa istilah dan budaya amalan anak Melayu yang membentuk grup belajar agama di luar negara. Mungkin lebih sesuai jika Matluthfi memberikan sedikit latar dalam amalan ini (walaupun kita dapat menangkapnya) supaya menjadikan buku ini lebih "sarwajagat", walaupun secara ringkas hal ini sudah memadai.
Dalam hal inilah pula saya memuji dan terpesona dengan bentuk dan cara Matluthfi menangani projek "sekular" dalam kefahaman yang amat mendekati akal faham seorang Muslim yang sederhana, yakni, dengan jelas, Matluthfi menangani ke-25-25 tokoh falsafah ini dengan begitu "terbuka" tanpa meletakkan taring moralis atau menghukum. Sepertinya Foucault yang homoseksual, dinyatakan hal itu tanpa perlu Mathlutfi berlebih-lebihan menghukum sosok dan perilakunya sewaktu tinggal di San Fransisco era pasca Stonewall dan kehadiran AIDS sebagai "penyakit orang gay". Apa yang dipakai oleh penulis ini lebih humanis dan penting: memahami makna dan kefahaman gagasan dan cara fikir tokoh falsafah Barat ini dengan cara acuan pemahaman asas Islam bercampur Melayu-tempatan. Luthfi di sini bukan sahaja me"liberal"kan maksud dogma agamanya (yang selalu disalah tafsir sebagai agama yang jumud dan tertutup oleh orang luar) tetapi sekali gus melakukan "dakwah" percuma bahawa melalui pandangan atau pemikiran Islam pun, pembacaan teks menjadi kool dan boleh difahami oleh sesiapa sahaja. Kiranya, dengan gaya ini Matluthfi berjaya menghidangkan satu gaya yang digerakkan oleh beberapa pengarang Islam Barat yang mencari jalan sepakat dunia antarabangsa, termasuk Reza Aslan. Dan hal ini amat dipuji untuk datang daripada tangan seorang penulis yang mengakui karya ini sebuah kerja "pesudoakedemik".
Malah, saya terpesona dan setuju dengan terjemahan-terjemahan Melayu yang teliti oleh MatLuthfi akan judul-judul bahasa Barat dalam buku ini. Malah jelas, buku ini dari segi itu jauh lebih baik daripada penulisan Dayang Sifar untuk Filsuf untuk Noob (bijaknya Matluthfi dalam hal ini ialah beliau tidak bersikap terburu-buru tetapi merancang dan objektif, yakni memilih 25 tokoh yang kiranya memang "nama besar" dalam falsafah Barat-Eropah tanpa perlu memeningkan kepala kerana tidak menyentuh ahli falsafah lain, walaupun ada melakukan perbandingan, khususnya kepada beberapa ahli pemikir dan falsafah Islam), misalnya untuk "soul" dalam perbincangan Descartes, Matluthfi terus menterjemahkannya sebagai "jiwa" dan hal ini sudah begitu jelas dalam pemahaman asas bahasa Melayu-Islam walaupun mungkin memerlukan sedikit penjelasan (dan hal ini dibuat oleh Matluthfi).
Apa yang lebih menariknya dengan perbandingan buku Dayang itu tadi ialah cara susnan dan pilihan Matluthfi yang jelas lebih adil, tersusun dan sistematik - ini memaparkan suatu hal yang menarik: betapa tersusun dan bermatlamat jelasnya pemikiran/penulisan Matluthfi daripada pemikiran/penulisan Dayang, walaupun kedua-duanya beragenda untuk (1) menulis tentang falsafah dengan bahasa yang paling mudah, (2) menjadikan buku tulisan sebagai bahan asas atau permulaan dan (3) menggunakan pengalaman dan penghayatan peribadi untuk menguatkan kefahaman dan kelancaran hujah/perkara.
Hal ini ditambah pula dengan keindahan bentuk buku tersebut, berserta lakaran setiap ahli falsafahnya, cukup dengan coretan/usikan Matluthfi terhadap setiap satunya (Matluthfi menegur rambut Hegel seperti "baru sahaja habis main futsal"), menambahkan keseronokan pembaca untuk mengikuti tulisan dan apa yang hendak "diceloteh"kan terhadap mendiang-mendiang tokoh tersebut.
Ini sebuah projek yang mulia dan senang dihadam. Seperti saya mewajibkan buku Dayang itu dibeli, buku ini juga wajib dibeli oleh pelajar sekolah supaya dapat mengasah akal fikiran mereka akan persoalan pedoman dan makna hidup dari kaca mata Barat.

No comments:
Post a Comment