Sedutan ini ialah novel pertama Stephen King saya. Saya antara peminatnya. Tahniah untuk Verso buat Joyland. Menunggu giliran King yang lain :)
Petikan daripada mingguan Enterprise, Westover (Me.), Ogos 19, 1966:
LAPORAN HUJAN BATU
Beberapa individu dengan pasti melaporkan bahawa terdapat segerombolan batu yang jatuh dari langit biru yang cerah di Carlin Street, pekan Chamberlain pada 17 Ogos. Batu-batu itu menghujani rumah Puan Margaret White, merosakkan keseluruhan bumbung rumah dan dua cucuran atap dan talang ke parit tanah yang kesemuanya berjumlah $25. Puan White, seorang janda, tinggal bersama-sama anak perempuannya yang berumur tiga tahun, Carietta.
Puan White tidak dapat dihubungi untuk memberi komen.
Tidak ada sesiapa yang benar-benar terkejut ketika ia berlaku, tidak sangat, tidak pada tahap prasedar di mana segala serakah haiwan itu tumbuh. Pada permukaannya, semua gadis di dalam bilik mandi itu tergamam, teruja, atau hanya gembira bahawa si betina White itu menelan kemabnya dalam-dalam sekali lagi. Segelintir daripada mereka mungkin mengaku terkejut, namun sudah tentu pengakuan mereka tidak benar. Carrie sudah bersekolah dengan sekumpulan daripada mereka sedari gred satu, dan perkara ini sudah terbina sejak itu, terbina kelu dan perlahan, mengikut segala undang-undang yang menguatkuasakan fitrah manusia, membina dengan suatu ketetapan tindak balas yang menuju ke arah suatu gumpalan yang kritikal.
Apa yang mereka tidak tahu, sudah tentu, ialah Carrie telekenetik.
***
Sebaris grafiti diukir di atas sebuah meja sekolah menengah Barker Street di Chamberlain:
Carrie White makan taik!
1 comment:
Stephen King memang suka membuat kaitan ataupun crossover untuk watak-watak di dalam novelnya, watak Carrie boleh dijumpai di dalam beberapa novel King yang lain seperti novel Different Seasons dan Nightmares & Dreamscapes.
Post a Comment