Saya menyedari sesuatu.
Kadang-kadang, kita memerlukan perubahan.
Saya pernah menghantar bahan makalah saya kepada majalah DBP untuk disiarkan. Kadang-kadang, bahan saya akan dipotong, dan potongan itu menyakitkan saya, kerana kadang-kadang ada perkara yang hendak saya sampaikan, seperti sengaja "dihilangkan". Adakah ini kerana kesalahan fakta, melewah atau editor sengaja bosan untuk menyiarkan petikan bahan itu?
Antara faktor utama sebenar mengapa petikan-petakan tiba-tiba halimunan sewaktu disiarkan adalah kerana ketidakcukup ruang. Saya sedar, kebanyakan penulis memang ghairah menulis (seperti saya), lantas menghantar "sebanyak mungkin" kata-katanya untuk disuap oleh editor.. Ruang yang kecil diganggu dengan patak perkataan yang membuka. Lantas editor terpaksalah melakukan suntingan substantif kepada satu kaedah agak menyusahkan: mengenalpasti isi yang mana paling penting untuk disiarkan dan tolak yang mana tidak perlu.
Saya ada beberapa kawan yang bekerja di majalah-majalah swasta. Mereka lagi seksa. Jika tulisan mereka tidak mengikut ruang sedia ada, bahan mereka akan dikoyak oleh editor di depan mereka dan kadang-kadang dilempar di muka. Seorang penulis dalam majalah swasta (di Bhg Majalah DBP, tidak ada fungsi sebegitu, editorlah yang menjadi wartawan, penulis dan tukang sunting) perlu tahu sedari awal (rujuklah mana-mana filem Hollywood dan lihatlah bagaimana mereka bekerja) ruang dan format yang perlu dipatuhi.
Tetapi kita ramai penulis yang manja dan banyak akal bukan?
Ini satu permintaan sebenarnya, buat saya, menyenangkan semua pihak, saya, saudara penulis, dan pembaca yang akan membaca tulisan saudara. Justeru itu, saya menurunkan format penulisan DS untuk diikuti:
Fon Arial 12, langkau dua baris, dokumen MS Word (seboleh-bolehnya *.doc).
Cadangan Halaman Saiz A4 Dokumen MS Word
Cerpen: 12-20 halaman
Puisi: 3/4 – 1 halaman (jika boleh)
Drama: 15-20 halaman (jika boleh)
Fokus: 12-18 halaman
Kajian: 15-21 halaman
Bicara Karya: 15-21 halaman
Ulasan Buku: 1-2 halaman
Sastera Antarabangsa: 8-9 halaman
Sastera Tradisional: 8-9 halaman
Sorotan: 2-3 halaman
Reaksi: 4-9 halaman
Tabir Hayat: 4-9 halaman
Surat Pembaca: 1 halaman
Buat puisi dan drama, memang sengaja saya letak (jika boleh), kerana buat saya, kita tidak boleh menahan seorang penyair dan dramatis dalam meluahkan penulisannya yang terikat dengan ruang, yang saya kira memang piawai yang diikuti oleh mana-mana editor sastera di seluruh dunia. Arenas pernah menyatakan, bila dia menulis, ia bagaikan air yang melimpah-limpah turun dari langit yang mengalir terus menjadi sungai dan membentuk air terjun yang deras menurun. Bolehkah kita mengkotakkan semangat itu dalam satu ruang yang kecil? Sebab itu, saya memberikan sedikit "pengecualian". Tetapi buat bahan lain, DAN LEBIH-LEBIH LAGI bahan bukan kreatif seperti Fokus, mohonlah untuk membantu saya menyatakan apa yang kalian benar-benar perlu nyatakan, supaya bahan itu akan tersiar dengan sempurna.
Dunia ini penuh dengan syarat dan ketentuan, bukan menyusahkan, tetapi menyenangkan semua pihak. Jika tidak, takkan Rasulullah s.a.w. melakarkan Piagam Madinah, Nabi Musa a.s. memohon Allah 10 Perintah dan Nabi Daud a.s. mengadakan mahkamah.
Sila rujuk: http://dwnsastera.dbp.my/?page_id=75
9 comments:
salam sdr fadz. terima kasih atas panduan yang diberikan. & tahniah, sebagai editor DS :)
Salam Tuan,
saya ingin bertanya bagi kategori puisi 3/4-1halaman itu maksudnya 3/4 buah puisi dalam satu halaman?
wah! Menarik.
salam Tetamu,
3/4 halaman itu panjang sebuah sajak, boleh meliputi 3/4 halaman A4 sehingga 1 halaman A4, tetapi seperti yg saya nyatakan, hal ini "jika boleh" kerana kuasa penyairan itu tidak terletak dalam formula tetapi kata-kata, jadi ianya bukan hal mandatori. Malah selalunya, penyair akan menghasilkannya dalam langkau satu baris, bukan dua baris. Hal ini diambil perhatian.
Terima kasih Tuan editor atas penjelasan itu.
salam tuan
cerpen kurang dari 12 halaman takpe kan?, lagi sikit lagi editor suka ke?
apepun, takde projek antologi indie lagi ke?, ingat nak propose satu atau dua cerita picisan
Sama2..
Kukang, dalam 10 ok lagi.
busan ah. edit dewan sastera pun nak kena ikut filem hollywood. pigi duduk syarikat amerika lah lu.
Apa-apa lah TAMBEY..
Post a Comment