Tajuk: Historical Fact and Fiction
Oleh: Syed Muhammad Naquib al-Attas
Terbitan: UTM
Tahun: 2011
Sinopsis:
Taakulan analitikal dan pemikiran yang teliti telah dilakukan untuk menghasilkan kerja "agung" ini yang mendasarkan tiga bab utama dalam memperkatakan berkenaan "sejarah silam" Tanah Melayu dan Nusantara, khusus kepada zaman pendakwahan Islam terawal di Nusantara (pembentukan Kerajaan awal Pasai yang kemudiannya dikenali sebagai, Acheh), lalu kemudian beberapa hal berkenaan pembinaan dan jati Kerajaan Melaka Islam, dan akhirnya pendakwah Hadratulmaut Keluarga Alawi yang menurunkan titisan mulia, pendukung utama dalam pendakwahan Islam ke segenap benua Nusantara.
Rasa:
Jikalau benarlah pihak Kementerian Pelajaran mahu mengubah kembali silibus sejarah negara, mereka bolehlah mulakan dengan menelaah dan merujuk buku ini. Sememangnya, selepas saya membaca buku yang merangkum tiga kajian ilmiah ini, tidak ada rasa sedikit sangsi, bahawa apa yang diperkatakan oleh pemikir besar Malaysia ini.
Beberapa perkara "fakta" yang sudah lama diperkatakan oleh sejarawan dunia disangkal, khusus terhadap perkembang pertama Islam di alam Nusantara (berkenaan teori Islam datang dari Arab, India, parsi atau China). Sebagai seorang pembaca yang kurang ilmu, saya ingin mengambil satu hal di sini, kerana kebanyakan tulisan ilmiah antarabangsa (dan diterima umum) selama ini selalu meletakkan "nama-nama" besar dalam pendakwahan Islam pada awal kurun ke-13/14 di Nusantara sebagai "mitos" atau tidak dapat dijustifikasikan (termasuk kemunculan Wali Songo di Jawa). Nama seperti Syeikh Jamaludin al-Kubra, di mana adik saya sendiri yang belajar pondok juga mengatakan "tidak wujud" bagi beberapa 'alim sejarah dan salasilah. Buku ini membuktikan segalanya bahawa manusia-manusia ini wujud, hidup dan telah berusaha sedaya upaya (tanpa mana-mana perintah, seperti yang berlaku dalam misi pendakwahan mubaligh Kristian oleh para Raja dan Pope) membawa syiar dan cahaya Islam ke setiap pelusuk Nusantara.
Banyak berlaku persilangan nama dan istilah, budaya dan bahasa, juga pemahaman "kiasan" dalam penggunaan simbolisme Melayu/Nusantara. Di sinilah kekuatan Syed Naquib dalam meneliti kebenaran dan "kebatilan" suatu hal, termasuk nama raja Merah Silau, nama Melaka dan istilah "atas angin" dan "bawah angin". Hanya aku sedikit "menyoal" mengapa penulis ini tidak "mengkaji dengan lebih dalam" berkenaan "Puteri" dari Kerajaan Chermin, dan persoalan Srivijaya dan Majapahit, yang aku faham, tidak terlalu ditekankan oleh Syed Naquib atas kerana tumpuannya yang lebih kepada "Arab" dan pengaruhnya terhadap Nusantara dan penduduknya.
Ini sebuah buku yang besar dan perlu dibaca oleh kalangan pencinta sejarah. Sekali lagi, beberapa misteri "mitos" dalam sejarah tersingkap kerana buku yang amat bernilai ini.

2 comments:
harga buku ini menjadi penghalang untuk masyarakat umum turut membaca. Tunggu library belilah nampaknya.
Kenapa kalau universiti yang menjadi penerbit, siaplah harga buku pun mencanak naik.
Buku ini memang hebat.
Post a Comment